photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Friday, March 20, 2015

HAM IV : Ekonomi Masyarakat Pulau Mabul

PENULISAN HAM IV SIRI 5
Ekonomi Masyarakat Pulau Mabul

Pada 4 Mac sehingga 6 Mac 2014 saya Muhamad Mustaqim B. Abdul Latiff bersama rakan saya Siti Nur Adilah Bt Ishak merupakan ahli Program Hak Asasi Manusia 3 (Shrek Projek) telah menjejakkan kaki buat pertama kalinya dibumi Sabah iaitu di sebuah pulau yang sangat cantik dikenali sebagai Pulau Mabul.

Tugasan yang diberikan untuk saya dan rakan saya semasa berada di Pulau Mabul ialah berkenaan dengan faktor ekonomi penduduk tetap di Pulau Mabul. Berdasarkan sesi temubual bersama-sama lebih kurang 6 orang responden iaitu penduduk tetap di pulau tesebut,apa yang dapat kami rumuskan adalah ekonomi  mereka tidak menentu kerana bergantung kepada sumber yang mereka miliki.Terdapat juga sesetengah penduduk yang bekerja tetap di “resort”.

Ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk pulau tersebut ialah perniagaan. Ramai penduduk membuka kedai runcit yang dijadikan sebagai sumber pendapatan utama mereka. Rata-rata penduduk yang membuka kedai runcit akan memperbaharui dan menambahkan stok barangan mereka sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh sebulan yang diperolehi daripada kedai-kedai di Semporna, Sabah.

Barang-barang yang dijual ialah keperluan asas seperti beras, minyak, sabun dan lain-lain lagi. Kebanyakan kedai runcit  diurus oleh anak-anak pemilik kedai tersebut. Selain itu, terdapatsegelintir kanak-kanak yang berniaga secara kecil-kecilan seperti buah-buahan,air minuman dan lain-lain lagi.

Di samping itu, terdapat juga penduduk yang menjana pendapatan dengan membuat bot,membaiki bot dan menjadi nelayan.

Sebilangan kecil penduduk kampung di Pulau Mabul bekerja sebagai pekebun,pengendali untuk aktiviti “snorkeling” dan “scuba diving” di resort dan pusat peranginan di sana. Berdasarkan perkongsian pekerja tersebut mengenai pendapatan bulanan mereka, rata-rata mereka dibayar antara RM350 sehingga RM850. Gaji pekerja dibayar mengikut jangka masa mereka bekerja. Sebagai contoh pekerja yang bekerja selama 3 tahun akan mendapat bayaran yang lebih tinggi daripada pekerja yang baru bekerja selama setahun.

    
Khazanah lautan seperti kulit kerang,coral,mutiara tiram, kulit siput dan sebagainya turut dijadikan sebagai sumber mencari pendapatan oleh sesetengah penduduk mabul. Mereka membersihkan kesemua khazanah tersebut sebelum dipasarkan sebagai cenderamata. Bagi cenderamata seperti kulit kerang,kulit siput dijual pada harga antara RM5 sehingga RM35. Untuk coral dan mutiara tiram, harga yang selalu ditawarkan adalah di antara RM35 sehingga RM 300 mengikut saiz dan keaslian cenderamata tersebut.

Selama 3 hari 2 malam di Pulau Mabul,ini adalah antara pengalaman peribadi serta maklumat yang telah diperolehi.Setiap daripada penduduk mabul sentiasa berusaha keras untuk memajukan kehidupan mereka yang serba kekurangan.Pelbagai jenis pekerjaan telah dilakukan bagi menjana ekonomi masing-masing supaya dapat mengubah kehidupan kearah yang lebih baik.

 

No comments:

Post a Comment