photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Monday, September 29, 2014

Ke Melbourne Ke Kita?

Assalammualaikum dan Salam Perantauan dari Melbourne :P


Hello. Hari ini Kak Nanana akan menulis satu esei yang panjang supaya mata anda berpinar untuk membaca. Haha. Sebenarnya entri ini sepatutnya di post pada hari Ahad yang lalu tetapi anda tahu Kak Nanana has been very busy with life. Haih. Walaupun kehidupan Kak Nanana ni sangat hambar dan tidak glamorous seperti Megan Fox tetapi Kak Nanana masih vogue de vas okay (haha kenyataan mintak tampor). Never in my life address diri sendiri sebagai Kak Nana eyuu I feel totally annoying. Haha. Dah kenapa kau ni Nana? Perenggan pertama langsung takde isi penting kut. Okay rasa tidak perlu intro lagi panjang baik kita terus ke main point je.

Anyway kalau korang nak tahu ni la first time iolss travel ke luar negara. Sobs. Cenggini la orang miskin, takde duit nakk. Haha. Okay kembali ke tajuk utama. Ke Melbourne ke kita? Yes Kak Nanana telah pun pergi ke Melbourne bersama enam orang oh sayang engkau lah jejaka idaman untuk satu program yang di beri nama Kayuhan Amal dan Sihat 3 atau lebih dikenali sebagai KASIH 3. Sebenarnya program ini telah lama dirancang namun Allah belum mengizinkan ia berlangsung sehingga tiba waktunya. Kenapa? Kerana kita manusia hanya mampu merancang tetapi segalanya ditentukan Allah :)


Semua orang pastinya akan berkata "wow best nya travel ke overseas, wow itu, wow ini". Over tau korang ni. Haha. Best tu memang best, tak dinafikan. Tapi proses untuk ke sana bukan lah mudah seperti yang korang jangka kan. Sebelum pergi kami telah bersiap sedia dengan pelbagai persiapan dan kelengkapan. Penat! Ye tapi berbaloi kerana program yang memenatkan ini memberi anda pelbagai pengetahuan baru serta menimba pengalaman yang tak mungkin dapat dimiliki oleh semua orang. Kenapa? Kerana pelbagai jenis pembelajaran berlaku secara langsung dan tidak langsung. Jika dahulunya Kak Nanana ini begitu dungu tidak tahu format surat menyurat, kini sudah terer sikit kut. Ecewah. Sebenarnya persiapan awal yang lengkap itu penting kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh kes MH370 yang hilang tanpa khabar berita dan juga MH17 yang ditembak jatuh. Jadi segala persiapan walaupun ianya nampak remeh namun masih perlu di ambil kira.


Kami bertolak pada 7 September 2014 tepat jam 3.30pm. Masa tu ayah je yang datang teman ibu takde. Tapi ibu dah datang sehari sebelum tu. Masa tu terasa nak nanges namun terpaksa ku control kan kecomelan di khalayak ramai. Kuikui. Sewaktu berkumpul di KLIA, ribuan mata memandang ke arah kami. Yela orang lain atas trolley penuh dengan luggage tapi kami penuh dengan kotak besar berisi basikal. Dah macam orang nak pindah rumah pun ada. Hihihi. Untuk penerbangan pergi dan balik kami telah memilih Emirates Airlines kerana mereka memberi tawaran yang bagus (tiada kena mengena dengan takut naik MAS okay). Sebenarnya flight apa pun tak kisah la asalkan selamat pergi dan balik. Betul? Kalau dah beli tiket kelas ekonomi jangan la demand tempat awak tu selesa macam kelas bisnes. Betul?



Ni tiket flight KL-Melbourne. Nampak nama itu? Nama pun typo -_-


Ini lah team KASIH 3 yang berangkat ke Melbourne. Yang berbaju merah itu namanya Abang Husni. Dia tidak terlibat namun dia banyak memberikan pandangan dan tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih :)


Yang ni pula barang yang kami bawa. Sebijik macam orang nak pindah rumah kan? Pening kepala orang kargo tu.


Sesampai je di sana sudah merasakan perubahan cuaca yang amat. Habis tu kalau kau tu Asian yang biasa dengan suhu 27 degree celsius tetbe bertukar ke 7 degree celsius tak ke terkezut veruk? Sejuk gilaaaaaaa! Ingat kan musim spring tak la sejuk macam winter namun tanggapan itu salah sama sekali. Tu la berlagak tak nak beli sweater tebal-tebal. Sampai kat sana menggigil yaww.





Nampak tak keadaan dalam dua gambar ni? Yang kiri tu memula sampai. Berbekalkan sweater Elle yang ku beli beberapa tahun lepas, tu jela yang ada untuk di pakai buat masa tu. Sejuk ya ampun! Gambar kiri tu setelah berjaya mendapatkan gloves. Baru la fefeeling oberseas sikit kan? Harga glove tu dalam AUD 4.00, jika di convert kan dalam ringgit menjadi RM12. Ahh betapa ruginya rasa. kalau beli dekat Daiso baru RM5. Kan?



Setelah check in tempat tinggal, kami bergegas ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Kedatangan kami di sambut meriah oleh dato' Rameez Yahaya selaku Konsul Jeneral di sana. Kami amat berbesar hati kerana disambut gembira oleh pihak mereka dan sidang diskusi mengenai tujuan ke Melbourne turut berlangsung. Penasihat serta Ketua Pengarah iaitu Tengku Adiduddin Shah menerangkan tujuan sebenar kami ke sana dengan lebih lanjut.




Persidangan pertama berlaku pada hari yang sama kami tiba di Melbourne.


Persidangan kedua berlaku pada hari ketiga di mana kami mengadakan perjumpaan bersama Konsul Jeneral dan juga wakil komuniti berbasikal Malaysia di Melbourne. Mereka turut membantu kami dalam proses kajian serta berkayuh bersama kami.



Team KASIH 3 turut melakukan lawatan ke beberapa tempat seperti Melbourne University, Victoria University, RMIT, La Trobe University, Flinders Street dan banyak lagi untuk tujuan kajian mengenai aktiviti berbasikal dan sistem pengurusan basikal di sana. Berbeza sungguh jika dibandingkan dengan negara kita. Bukan mengutuk tapi ini lah realiti dan seharusnya kita mengubah mentaliti kita. Pernah tak kita terfikir jika Malaysia sudah menjadi negara maju pada suatu hari nanti, adakah kita mampu mengubah mentaliti rakyat untuk membudayakan basikal sebagai pengangkutan utama? Di sana trem (iaitu train) adalah king of the town. Bayangkan trem berada di tengah-tengah jalan raya. Hanya satu lane untuk laluan kereta dan motor serta lane paling kecil adalah untuk basikal. Mereka menggunakan laluan yang sama tanpa ada kemalangan atau kesesakan lalu lintas. Kagum kan? Kak Nanana begitu terpegun dengan tahap mentaliti rakyat Melbourne. 







I respect them can obey the rules. It shows how they respect each others. But why we can't? Satu persoalan yang mungkin perlu di tanya pada diri setiap individu.



La Trobe University yang berada begitu dekat dengan tempat tinggal kami


Victoria University yang berada di tengah bandar dan berdekatan dengan Flinders Street


Kami turut melawat Melbourne University dan kami berkayuh pada waktu malam untuk menjiwai bagaimana suasana malam di Melbourne


Basikal sewa juga disediakan bagi memudahkan rakyat untuk berbasikal dari satu tempat ke satu tempat lain


Basikal pelbagai jenama dan jenis di letakkan begitu sahaja namun basikal tersebut masih berada dalam keadaan selamat. Jika di Malaysia? Hermm 5 minit kau letak dah lesap. Kan?


Team KASIH 3 turut melawat kedai basikal jenama TREK di Melbourne. Di sini pelbagai pilihan dan boleh dibuat mengikut kehendak anda. Harganya pula jauh lebih murah jika dibeli di Malaysia (of course la murah sikit sebab tak perlu shipping cost kan)


Seterusnya lawatan ke Bike Park 


Team KASIH 3 bertuah kerana berpeluang bertemu dengan Sir Ken Ong, Chair Planning of Melbourne. Kalau cakap bahasa kita cem perancang bandar la. Walaupun Mr Ken ini orang yang berjawatan tinggi dan bila masuk ke ofis dia terpegun sangat dengan keunikan bangunan Inggeris lama yang masih kukuh dan cantik serta dipenuhi beribu jenis buku. Tergamam sekejap. Dalam hati nak je tanya "bila you baca semua buku ni?". Tapi tak yah tanya dia dah bagitahu. Dia memang baca dan dah habis 3/4 daripada buku-buku yang dia display tu. Terjojol bijik mata mendengarnya. Hebat. Kami bernasib baik kerana Mr Ken sudi berkongsi dan menerangkan dengan jelas mengenai pengurusan track basikal dan bagaimana cara beliau merancang kedudukan track basikal di dalam bandar. I'm very impress with him. Walaupun seorang yang sangat busy dengan meeting ke sana ke sini, beliau masih memberi layanan terbaik kepada kami dan menggunakan masa yang ada sebaiknya untuk memberi penerangan.


Penerangan mengenai pembangunan bandar di Melbourne rupanya telah dirancang beratus tahun dahulu. Oh kita semua belum hadir ke muka bumi lagi. Satu info yang menarik ialah setiap jalan di bandar Melbourne di susun berpetak petak, senang cita tak kan sesat la dalam bandar tu In sha Allah


Yeah inilah gambar kami bersama setelah selesai sesi penerangan.Yang di tengah berkaca mata itu lah Mr Ken Ong dan di sebelah saya pula Dato' Rameez. Untuk makluman semua, Team KASIH 3 merupakan satu-satunya team dari Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke Counsulate General of Melbourne. Alhamdulillah, kami berjaya menjadi yang pertama :)

Sebenarnya panjang lagi perjalanan cerita ke kita ke Melbourne ni tapi rasanya kalau ditulis semua dah boleh jadi 67 jilid agaknya? Haha. Sebenarnya membuat program sama ada di dalam atau di luar negara adalah sama sahaja walaupun berbeza situasinya. Pembelajaran itu terhasil di mana-mana dan ianya bergantung pada diri individu tersebut bagaimana mahu mengambilnya sebagai pengetahuan dan pengalaman. Apa yang membezakan seseorang tersebut ialah hasil daripada pembelajaran yang berlaku sewaktu berprogram. Mungkin sesetengah individu mengatakan program/projek itu remeh, semak, boringgg dan sebagainya namun untuk menjadi seorang mahasiswa/i anda perlu lah ada kualiti tersendiri. Di mana karisma awak dan apakah yang membezakan awak dengan pelajar lain. Kak Nana kau ni pun baru je tersedar dari lamunan. Dulu memang fikir susah lah, leceh nak pergi meeting bagai tapi bila diri ni realized sebenarnya banyak ilmu yang diperoleh, baru lah tiada rungutan lagi. Lepas tu rasa jatuh cinta pulak nak buat projek. Hehe. Betul pe. Kalau korang suka dan ikhlas melakukan sesuatu perkara, In sha Allah dipermudahkan segalanya dan korang tak kan rasa stress. Nawaitu kena betul la. Jangan join projek sebab ada mamat handsome atau awek comel. Hiks. Okay sebelum berakhir cuci lah mata korang supaya segar sikit dengan gambar-gambar comel ittew. Kahkah.


The place where we stay


Wajib ada gambar lompat


Sewaktu mengutip dana. Boboboy tu paham ke?


Time ni sesat sebenarnya. Haha. Cerita lawak. Ni kalau cerita 10 entri pun tak cukup. Dah sesat kepenatan sempat jugak bergambar. Yang paling penting, sesat 5 jam dengan Adi, kteorang survive balik sendiri. Masa ni kat luar bandar dah. Ketaqqqqq bak hang! Hahahaha


Basikal ringan boleh la nak poyo


I bawak satu Buzen ke Melbourne sebenarnya. Tu dalam gambar


Arts street dorang la ni, bukan vandelisme


Baby yang banyak berjasa. Nasib tak rosak tak pancit


Aku di sini yang selalu menunggu, yang selalu ada di setiap waktu mu, selalu menanti jawapan mu, untuk cinta yang terakhir (nomad)


Bangga bila ada jalur gemilang berkibar di tengah bandar Melbourne


Penat I travel 8 jam nak jumpa you, you main fon je? I campak kat alur ilmu jugak kang nak?


Harus lah cuba tapi tak bergerak pun


Kawan kata "spek tu mintak penampor". Ahahaha


Heaven gila jumpa teh tarik kat Melbourne. AUD 2.00 bersamaan RM 6


Beca di Melbourne


Paip ni kat KLIA. Dekat Melbourne mimpi la nak jumpa macam ni. Hari-hari kena istinjak. Bab tu buat aku rindu Malaysia!


Rindu kampung halaman? Masakan kampung? Meh beli petai. Ekekeke tak sangka petai sampai ke Melbourne dulu dari kau Nana.


Harus lah feeling perantauan sikit. Snap gambar send kat mak ayah tapi diri sendiri yang nanges. Ahahaha


Antara jenama basikal yang bagus. Highly recommended


Lamb set ni harganya AUD 9.50. Ni lah set lamb yang paling murah. Kat sini ikan keli high market babe. Pecel lele set AUD 14.50. Lagi mahal dari kambing. Bhahaha. Ni lawak. Hidup ikan keli yeay!


Panjat dan pose tu dah memang hobi. Aipp jangan tegur kenapa gemoks. Dah pakai baju 4 lapis, nak nampak kurus acane? Anyway baju cekelat tu first jacket iolss beli kat sana. Hiks.


Walk away from your life


Owh yeah I on the way to class. And yeah they are my friends here.
*kau tak dapat belajar kat sana buat caption pun jadi la kan



Chicken set ni sama harga dengan lamb set tadi. Lihat. Pecel lele masih menjuarai dengan harga yang tinggi. Tapi siyes ayam dengan lamb tu sedap gila dorang marinate. Dah la large portion.



Berpinar kan mata korang baca. Penat scroll down? Ahahaha. Maap la kalau terngarut sepanjang essay yang panjang ini. Just share some opinion and some mengarutness in this post. 

Thank you for reading!




Noor Farhana Basiron
Eksekutif Sukan dan Rekreasi
Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Ibu Zain
Universiti Kebangsaan Malaysia




Wednesday, September 24, 2014

Minggu Orientasi

Minggu Orientasi.. singkatan untuk minggu pengenalan bagi seorang pelajar. Pelbagai nama lain turut digunakan dan di sini, lahirnya suatu nama. Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).

6 hari aku dan rakan-rakan melalui MMM yang kami sifatkan sebagai suatu minggu yang sangat berlainan dan ‘istimewa’. Tiada istilah ‘ragging’, bosan mahupun paksaan. Dari segi pengisian sehinggalah ke hal kebajikan, semuanya terjaga. Dek kerana adanya barisan Pemudah Cara (PC) yang bolehlah dikatakan sebagai ‘guardian of the sisters and brothers’, hehe.



Kita bermula dengan Kak Nur Fatin Bt Mohamad Farid, ‘my savior’, haha.  Hari terakhir MMM, aku dan romate tersasar terbangun lambat, 7.30 pagi. Perasaan waktu tu hanya Dia yang tahu. Membayangkan KE  yang agak tegas, semuanya jadi tak tentu arah. Namun aku memberanikan diri untuk menelefon Kak Fatin dan perasaan ‘cuak’ tersebut terus bertukar. Tiada ungkapan marah hanya mahu kami turun sahaja. Aku melihat dia seorang yang sangat ‘cool’. Terima kasih Kak Fatin!! Hehe. 

Yang kedua Abg Ahmad Nur Amsyar B Zainal,  seorang yang sentiasa mengingatkan kami perihal solat. Boleh kami sifatkan sebagai ‘abang’, mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya.  Abg Mohamad Shahrul Fizree B Idris  pula bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab mengenai aktiviti kebudayaan dan persembahan. Manis orangnya dan sepanjang MMM, tidak pernah kami melihat dia marah. Seterusnya, Abg Mohd Azrulshafik B Basri. Jarang melihatnya memegang mikrofon namun jeritan semangatnyalah yang mengetuai kami di Dectar. Abg Devakumar A/L Roopa Das, Eksekutif Kebajikan yang sangat mengambil berat. Hampir setiap masa bertanyakan keadaan kami dan dia  jugalah PC yang banyak membantu kami dalam urusan pendaftaran ‘Citra’. Terima kasih semuanya!

Beralih kepada Kak Iman Nadhirah Syahirah Bt Sharin Selvan, orang yang sentiasa menjaga ‘perut’ kami, haha. Dialah insan yang memastikan makan minum kami terjaga. 6 kali sehari kot makan, sampai tahap dah tak lalu nak makan. Haha.

Kak Nur Syuhaidah Bt Nor Azni,  PC yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan disiplin kami sentiasa dalam keadaan yang baik dan meyakinkan, hehe. Namun sukar untuk melihat dia bertegas dengan kami, cukup dengan teguran matang yang membuatkan kami faham maksudnya.  PC seterusnya, Kak Noor Farhana Bt Basiron. Dia jarang bersama kami namun telatahnya yang riang sangat menghiburkan, terutamanya semasa dia sibuk mahu bergambar dengan kami semua kerana tidak dapat turut serta dalam majlis makan malam. Beralih pula kepada Kak Ain Nahuzeera A/P Khee King Huat.  Peneman setia kami mendaki bukit yang juga merupakan jiran sebelah bilikku. Sentiasa tersenyum dan sifat itulah juga yang membuatkan kami sangat selesa dengannya. Seterusnya, Kak Siti Munirah Bt Mohmad Yusop. Tidak banyak bercakap, namun sering membantu kami. Lembut orangnya, pandai menari pulak tu. Hehe. Kita beralih pula kepada PC yang memiliki ramai peminat, Kak Bathrisyia Fatini Bt Sedik.  Seraut wajah manisnya sudah cukup untuk menarik perhatian sesiapa yang memandang.  Hehe


Orang kedua paling penting dalam Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Kak Noor Suzila Bt Yatim. PC yang berasal dari Sabah ini sememangnya sangat disenangi kerana keperibadiannya yang sering membantu kami. Dia juga kadangkala ibarat penyelamat ketika kami ditegur oleh KE. Haha. Ketua aerobik serta orang yang selalu memberikan panduan dan info untuk kami. Satu-satunya dari FSSK. 

Dan yang terakhir sudah tentulah Ketua Eksekutif kami, Kak Dayang Roziekah Bt Ussin. Pemegang mikrofon tetap yang juga penggerak utama MMM kami. Dia seorang yang tegas namun boleh dibawa berunding. Hehe. Aku tak berapa ingat namun kalau tak silap, dialah antara orang terawal yang menyambutku di Ibu Zain. Orangnya kecil namun memiliki bakat dan kredibiliti yang sangat besar. Tahniah kerana telah berjaya membuktikan betapa eksklusifnya MEP di mata kami.

Tidak dilupakan kepada Abg Hazim, Abg Udin, Abg Mustaqim, Abg Arnold dan Kak Adilah. Mereka sangat membantu kami dalam pelbagai urusan. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat kakak dan abang BSMM, Kak Anita, Kak Atikah Amirah, Kak Shaameswary dan Abg Ng Jie Suang. Tanpa diaorang, tak mungkin kami dapat menjalani MMM dalam keadaan yang baik. Terima kasih!!



‘Hai semua, kami tengok je’. Haha. Perang Dectar yang telah berjaya memperlihatkan betapa matangnya mahasiswa Kolej Ibu Zain. Kami tidak menolak, hanya kurang berminat untuk turut serta. Cukuplah sekadar menjadi pemerhati yang lebih banyak manfaatnya dari bertindak sebagai pemain. Namun tidak dapat dinafikan, kemeriahan Perang Dectar sebagai tradisi UKM membawa pengalaman baru buat kami. Hanya berbekalkan bantal dan selimut, sudah cukup untuk menghadirkan ‘silent psychology’ kepada kolej –kolej lain. Syabas KIZ!!



Masih di dalam Dectar, aku ingin kongsikan mengenai perjalanan pulang kami ke kolej. Setinggi penghargaan kepada barisan PC yang bertungkus lumus menjaga keselamatan kami terutama di saat kaki mahu melangkah keluar dari Dectar. Jelas kelihatan betapa risaunya PC terhadap keselamatan kami memandangkan kolej-kolej lain sudah bersedia untuk menggamatkan Dectar. Terima kasih PC semua!

Aktiviti sepanjang di Dectar boleh disifatkan menghiburkan namun belum cukup untuk menghalang kelopak mata kami dari tertutup. haha. Di saat barisan PC kolej lain dengan tegas mahukan pelajar menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku di atas pentas, dengan selamba kami dibolehkan untuk tidur. haha. Terserlah sisi memahami PC KIZ pada ketika itu. Terima kasih!!

Pengisian di fakulti bolehla diibaratkan agak samar. Kami tidak diberikan penjelasan yang terperinci mengenai Program Citra. Masing-masing pulang dengan seribu persoalan. Dan di sini, sekali lagi kami harus berterima kasih kepada PC yang berusaha untuk membantu.




Pengisian MMM sangat jelas banyak memberi kepentingan kepada kami, mahasiswa baru UKM. Penyaluran maklumat yang lebih bersifat santai dan terbuka memudahkan kami mengemukakan idea mahupun pertanyaan. Matlamat untuk melengkapkan kami sebagai seorang mahasiswa yang mampu mengeluarkan ‘red umbrella’ sangat terang dan jelas. Semuanya dijelmakan melalui perjalanan aktiviti yang ringkas dan berkesan. 

Makan Malam Kolej!! Kami diberikan peluang untuk menguruskan majlis. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik hasil pertolongan dan bimbingan barisan PC. Majlis penutupan MMM yang menyimpan seribu satu pengertian dan pengalaman kepada kami. Kami datang dengan senyuman, namun pulang dengan perasaan yang sangat sukar. Mahu saja meminta agar malam itu dipanjangkan agar kami dapat terus bersama-sama PC. Namun itulah malam terakhir kami mendengar nasihat, teguran dan bimbingan secara dekat. Selepas itu, kami harus membawa haluan sendiri berbekalkan apa yang telah kami perolehi sepanjang MMM berlangsung.


Sesi bersalaman dengan barisan PC yang telah bertungkus lumus, penat dan lelah berusaha sepanjang MMM berlangsung cukup untuk menghadirkan perasaan sedih dalam diri kami. Tiada ungkapan lain yang mampu kami luahkan hanya penghargaan jutaan terima kasih. Berakhirnya makan malam, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk merakamkan potret bersama barisan PC. Aku tidak terkecuali. Gambar yang diambil akan menzahirkan seribu kenangan kepada kami. Saat itu, aku dapat melihat hilangnya jurang antara kami pelajar baru dengan PC. Kami berasa sangat dekat dengan mereka. Wujudnya ikatan mesra yang telah dibina selama 6 hari dan itulah sebenarnya kekuatan sebenar kami warga kolej Ibu Zain berbanding berada di kolej lain. Agak sukar untuk aku melihat kemesraan sebegitu terjadi di tempat lain.

Aku melihat jurang yang sangat jauh seperti ada tembok tinggi yang menghalang perhubungan tersebut. Pelajar dijerit, dimarahi semata-mata mahu memastikan kemenangan berpihak kepada kolej. Di KIZ, semua itu tidak terjadi. Perasaan menghormati sesama kami wujud atas nama saling mengambil berat bukan kerana takut dimarahi. Dan di sinilah, kami melihat KIZ sebagai pemenang yang sebenar. Tidak perlu menjerit, cukup dengan mempamerkan peribadi seorang mahasiswa. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian dari keluarga Kolej Ibu Zain. Tahniah KIZ!!




Jiha Hakimi
Pelajar Tahun 1
Kolej Ibu Zain