photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Sunday, September 21, 2014

MMM… MMP… BMP… PC… SATU PENGALAMAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana member peluang kepada saya untuk menulis dalam ruangan ini. Mungkin ini adalah satu perkongsian pengalaman ‘Sharing Moment’. Alhamdulillah saya sangat bersyukur sepanjang berada di bumi ilmu ini UKM, saya diberi peluang untuk mengembangkan bakat dan kecenderungan saya, melatih saya menjadi pemimpin yang kental, melatih saya menjadi pendebat yang petah dan menjadikan saya seorang pemantun yang cerdas akal untuk menghasilkan pantun dan membeli pantun. Satu minat yang saya tidak boleh nafikan atau tolak ketepi.

Saya menjejakan kaki di bumi KIZ, UKM tanggal 1 Julai 2005, sesi pengajian 2005/2006. Mendaftar sebagai pelajar tahun satu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dalam jurusan Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian. Pertama kali masuk universiti saya dimomokkan dengan pelbagai cerita oleh senior-senior dan jiran-jiran yang pernah masuk universiti lebih awal dari saya. Paling menggerunkan adalah MINGGU ORIENTASI! Kata mereka orientasi di universiti tak sama dengan orientasi sekolah. Kalau sekolah pun aku dah kena teruk, kat U ni plak macamana gaknya??... tak tidur malam dibuatnya.

Masa saya tahun 1 orientasi UKM disebut sebagai 3M (Minggu Mesra Mahasiswa) kemudian ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar (MMP) dan pernah juga menjadi Bulan Mesra Pelajar (BMP), dan kini kembali kepada MMM. Tidak kiralah bagaimana namanya namun aktivitinya tetap sama. Sebagai pelajar KIZ, KIZ dan tangga tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi saya yang gemuk ini, azabnya tuhan sahaja yang tahu. Namun, 3 tahun berlalu dan saya ke kelas dengan naik dan turun tangga sehinggalah saya konvo pada 2008, tapi hairan berat badan tak pernah turun… hahaha… dalam gemuk-gemuk comel itu saya mencari kelebihan saya sendiri. Saya tidak mahu digelar budak gemuk yang tiada apa-apa. Makanya pada sesi 2005/2006 itu untuk pertama kalinya dalam sejarah KIZ saya dan kawan-kawan pendebat menjulang piala pusingan DEBAT PIALA NAIB CANSELOR KATEGORI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS. Kami JOHAN DEBAT BM dan BI. Itulah pentingnya pencarian bakat dalam diri sendiri. Pada tahun itu juga saya dan kawan-kawan pemantun menjulang JOHAN PESTA PANTUN UKM untuk tahun ke dua berturut-turut.

Bercerita tentang PEMUDAHCARA pula. Ada pelabagai ragam PC, masa saya tahun 1 PC saya sangatlah ramai. Ada yang mesra, ada yang sombong, ada yang garang dan ada yang buat-buat garang. Seperti biasa, mana-mana yang sombong tu memang mengundang carutan lah dalam hati. Yang garang pula juga dpat carutan yang sama… hahaha… didenda, dimarah dan seumpamanya sudah lazim untuk kami. Pada masa itu. Bila saya menjadi PC pula pada sesi 2006/2007 saya dan kawan-kawan berfikir corak macamana pula yang akan kami bawa?? Makanya kami menganalisis segala perkara yang kami tidak suka pada masa kami MMM utk tidak berulang pada sesi kami sebagai PC. Namun Senior dan Junior memang seakan tak boleh bertemu, tetap ada pertelingkahan. Sepanjang di UKM 3 tahun saya menjadi PC. Kenapa sampai 3 tahun? Sebab saya seronok. Seronok berpenat lelah, seronok melihat keserasian dan kerjasama antara PC. Angkat khemah sama2, angkat motor yang diparking salah sama-sama, tidur di surau dan lobi beramai-ramai.

2008 bila saya dilantik menjadi felo KIZ saya masih bersama-sama dengan team PC untuk merangka aktiviti sepanjang minggu orientasi. Setiap kali saya hadir meeting setiap kali itu saya akan dengan apa yang Ketua Eksekutif harapkan daripada MMM/MMP kendalian mereka. Ada yang mengambil inisiatif bertegas supaya junior ikut kata. Ada juga yang pilih untuk berlembut supaya junior suka nanti. Bagi saya kedua-duanya ada pro dan kontra. Garang sangat pun tak boleh, baik sangat pun susah pula nanti. Bertindaklah mengikut kesesuaian. Dalam tempoh 8 ke 9 tahun ini, saya melihat pelbagai ragam dan karenah. Seakan boleh dibina bentuk trend pemikiran PC dan junior. Saya pernah melihat satu pagi sewaktu MMM saya bangun agak lewat kerana melatih peserta debat, sewaktu saya turun saya lihat seorang rakan PC menghentakan kerusi plastik ke tiang khemah kerana marahkan junior yang tidak hormat PC. Saya juga lihat bagaiman PC yang kecil hati kerana junior tidak mengucapkan terima kasih ketika ambil makanan. Saya juga melihat K.E yang mahu letak jawatan ketika MMM sedang berlangsung. Macam-macam lagi. Tapi semua itu menjadi pengalaman saya untuk saya kongsikan dengan adik-adik selepas ini.

Trend junior juga menjadi sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Ada yang sangat aktif, ada yang sangat pasif, sehinggakan mahu tepuk tangan pun kena suruh. Namun, saya faham awal2 orientasi mereka masih homesick, masih rindu mak dan ayah dirumah. Masih rindu buah hati yang ditinggalkan dikampung. Tetapi lama kelamaan semua itu akan berubah secara semulajadi. Saya bangga berada di KIZ, KIZ banyak mengajar saya tentang hidup, kemahiran insaniah, kepimpinan dan berorganisasi. Dari seorang budak junior yang gemuk kini saya berdiri sebagai seorang felo yang gemuk juga… perubahannya hanya junior kepada felo… hahaha… kegarangan senior-senior saya dahulu mendidik saya berdisiplin… dan kelembutan mereka mendidik saya juga menjadikan saya seorang yang sabar dan penyayang.

Sayangi KIZ dan jangan khianatinya… ini tempat tinggal kita…


Nor Adlyizan Bin Theis
Felo Penghuni K18D
2005 - Kini

2 comments: