photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Wednesday, September 24, 2014

Minggu Orientasi

Minggu Orientasi.. singkatan untuk minggu pengenalan bagi seorang pelajar. Pelbagai nama lain turut digunakan dan di sini, lahirnya suatu nama. Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).

6 hari aku dan rakan-rakan melalui MMM yang kami sifatkan sebagai suatu minggu yang sangat berlainan dan ‘istimewa’. Tiada istilah ‘ragging’, bosan mahupun paksaan. Dari segi pengisian sehinggalah ke hal kebajikan, semuanya terjaga. Dek kerana adanya barisan Pemudah Cara (PC) yang bolehlah dikatakan sebagai ‘guardian of the sisters and brothers’, hehe.



Kita bermula dengan Kak Nur Fatin Bt Mohamad Farid, ‘my savior’, haha.  Hari terakhir MMM, aku dan romate tersasar terbangun lambat, 7.30 pagi. Perasaan waktu tu hanya Dia yang tahu. Membayangkan KE  yang agak tegas, semuanya jadi tak tentu arah. Namun aku memberanikan diri untuk menelefon Kak Fatin dan perasaan ‘cuak’ tersebut terus bertukar. Tiada ungkapan marah hanya mahu kami turun sahaja. Aku melihat dia seorang yang sangat ‘cool’. Terima kasih Kak Fatin!! Hehe. 

Yang kedua Abg Ahmad Nur Amsyar B Zainal,  seorang yang sentiasa mengingatkan kami perihal solat. Boleh kami sifatkan sebagai ‘abang’, mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya.  Abg Mohamad Shahrul Fizree B Idris  pula bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab mengenai aktiviti kebudayaan dan persembahan. Manis orangnya dan sepanjang MMM, tidak pernah kami melihat dia marah. Seterusnya, Abg Mohd Azrulshafik B Basri. Jarang melihatnya memegang mikrofon namun jeritan semangatnyalah yang mengetuai kami di Dectar. Abg Devakumar A/L Roopa Das, Eksekutif Kebajikan yang sangat mengambil berat. Hampir setiap masa bertanyakan keadaan kami dan dia  jugalah PC yang banyak membantu kami dalam urusan pendaftaran ‘Citra’. Terima kasih semuanya!

Beralih kepada Kak Iman Nadhirah Syahirah Bt Sharin Selvan, orang yang sentiasa menjaga ‘perut’ kami, haha. Dialah insan yang memastikan makan minum kami terjaga. 6 kali sehari kot makan, sampai tahap dah tak lalu nak makan. Haha.

Kak Nur Syuhaidah Bt Nor Azni,  PC yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan disiplin kami sentiasa dalam keadaan yang baik dan meyakinkan, hehe. Namun sukar untuk melihat dia bertegas dengan kami, cukup dengan teguran matang yang membuatkan kami faham maksudnya.  PC seterusnya, Kak Noor Farhana Bt Basiron. Dia jarang bersama kami namun telatahnya yang riang sangat menghiburkan, terutamanya semasa dia sibuk mahu bergambar dengan kami semua kerana tidak dapat turut serta dalam majlis makan malam. Beralih pula kepada Kak Ain Nahuzeera A/P Khee King Huat.  Peneman setia kami mendaki bukit yang juga merupakan jiran sebelah bilikku. Sentiasa tersenyum dan sifat itulah juga yang membuatkan kami sangat selesa dengannya. Seterusnya, Kak Siti Munirah Bt Mohmad Yusop. Tidak banyak bercakap, namun sering membantu kami. Lembut orangnya, pandai menari pulak tu. Hehe. Kita beralih pula kepada PC yang memiliki ramai peminat, Kak Bathrisyia Fatini Bt Sedik.  Seraut wajah manisnya sudah cukup untuk menarik perhatian sesiapa yang memandang.  Hehe


Orang kedua paling penting dalam Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Kak Noor Suzila Bt Yatim. PC yang berasal dari Sabah ini sememangnya sangat disenangi kerana keperibadiannya yang sering membantu kami. Dia juga kadangkala ibarat penyelamat ketika kami ditegur oleh KE. Haha. Ketua aerobik serta orang yang selalu memberikan panduan dan info untuk kami. Satu-satunya dari FSSK. 

Dan yang terakhir sudah tentulah Ketua Eksekutif kami, Kak Dayang Roziekah Bt Ussin. Pemegang mikrofon tetap yang juga penggerak utama MMM kami. Dia seorang yang tegas namun boleh dibawa berunding. Hehe. Aku tak berapa ingat namun kalau tak silap, dialah antara orang terawal yang menyambutku di Ibu Zain. Orangnya kecil namun memiliki bakat dan kredibiliti yang sangat besar. Tahniah kerana telah berjaya membuktikan betapa eksklusifnya MEP di mata kami.

Tidak dilupakan kepada Abg Hazim, Abg Udin, Abg Mustaqim, Abg Arnold dan Kak Adilah. Mereka sangat membantu kami dalam pelbagai urusan. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat kakak dan abang BSMM, Kak Anita, Kak Atikah Amirah, Kak Shaameswary dan Abg Ng Jie Suang. Tanpa diaorang, tak mungkin kami dapat menjalani MMM dalam keadaan yang baik. Terima kasih!!



‘Hai semua, kami tengok je’. Haha. Perang Dectar yang telah berjaya memperlihatkan betapa matangnya mahasiswa Kolej Ibu Zain. Kami tidak menolak, hanya kurang berminat untuk turut serta. Cukuplah sekadar menjadi pemerhati yang lebih banyak manfaatnya dari bertindak sebagai pemain. Namun tidak dapat dinafikan, kemeriahan Perang Dectar sebagai tradisi UKM membawa pengalaman baru buat kami. Hanya berbekalkan bantal dan selimut, sudah cukup untuk menghadirkan ‘silent psychology’ kepada kolej –kolej lain. Syabas KIZ!!



Masih di dalam Dectar, aku ingin kongsikan mengenai perjalanan pulang kami ke kolej. Setinggi penghargaan kepada barisan PC yang bertungkus lumus menjaga keselamatan kami terutama di saat kaki mahu melangkah keluar dari Dectar. Jelas kelihatan betapa risaunya PC terhadap keselamatan kami memandangkan kolej-kolej lain sudah bersedia untuk menggamatkan Dectar. Terima kasih PC semua!

Aktiviti sepanjang di Dectar boleh disifatkan menghiburkan namun belum cukup untuk menghalang kelopak mata kami dari tertutup. haha. Di saat barisan PC kolej lain dengan tegas mahukan pelajar menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku di atas pentas, dengan selamba kami dibolehkan untuk tidur. haha. Terserlah sisi memahami PC KIZ pada ketika itu. Terima kasih!!

Pengisian di fakulti bolehla diibaratkan agak samar. Kami tidak diberikan penjelasan yang terperinci mengenai Program Citra. Masing-masing pulang dengan seribu persoalan. Dan di sini, sekali lagi kami harus berterima kasih kepada PC yang berusaha untuk membantu.




Pengisian MMM sangat jelas banyak memberi kepentingan kepada kami, mahasiswa baru UKM. Penyaluran maklumat yang lebih bersifat santai dan terbuka memudahkan kami mengemukakan idea mahupun pertanyaan. Matlamat untuk melengkapkan kami sebagai seorang mahasiswa yang mampu mengeluarkan ‘red umbrella’ sangat terang dan jelas. Semuanya dijelmakan melalui perjalanan aktiviti yang ringkas dan berkesan. 

Makan Malam Kolej!! Kami diberikan peluang untuk menguruskan majlis. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik hasil pertolongan dan bimbingan barisan PC. Majlis penutupan MMM yang menyimpan seribu satu pengertian dan pengalaman kepada kami. Kami datang dengan senyuman, namun pulang dengan perasaan yang sangat sukar. Mahu saja meminta agar malam itu dipanjangkan agar kami dapat terus bersama-sama PC. Namun itulah malam terakhir kami mendengar nasihat, teguran dan bimbingan secara dekat. Selepas itu, kami harus membawa haluan sendiri berbekalkan apa yang telah kami perolehi sepanjang MMM berlangsung.


Sesi bersalaman dengan barisan PC yang telah bertungkus lumus, penat dan lelah berusaha sepanjang MMM berlangsung cukup untuk menghadirkan perasaan sedih dalam diri kami. Tiada ungkapan lain yang mampu kami luahkan hanya penghargaan jutaan terima kasih. Berakhirnya makan malam, ramai pelajar mengambil kesempatan untuk merakamkan potret bersama barisan PC. Aku tidak terkecuali. Gambar yang diambil akan menzahirkan seribu kenangan kepada kami. Saat itu, aku dapat melihat hilangnya jurang antara kami pelajar baru dengan PC. Kami berasa sangat dekat dengan mereka. Wujudnya ikatan mesra yang telah dibina selama 6 hari dan itulah sebenarnya kekuatan sebenar kami warga kolej Ibu Zain berbanding berada di kolej lain. Agak sukar untuk aku melihat kemesraan sebegitu terjadi di tempat lain.

Aku melihat jurang yang sangat jauh seperti ada tembok tinggi yang menghalang perhubungan tersebut. Pelajar dijerit, dimarahi semata-mata mahu memastikan kemenangan berpihak kepada kolej. Di KIZ, semua itu tidak terjadi. Perasaan menghormati sesama kami wujud atas nama saling mengambil berat bukan kerana takut dimarahi. Dan di sinilah, kami melihat KIZ sebagai pemenang yang sebenar. Tidak perlu menjerit, cukup dengan mempamerkan peribadi seorang mahasiswa. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian dari keluarga Kolej Ibu Zain. Tahniah KIZ!!




Jiha Hakimi
Pelajar Tahun 1
Kolej Ibu Zain

2 comments: