photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Saturday, September 20, 2014

Salam Mesra Mahasiswa!

Salam mesra mahasiswa!

Post pertama untuk blog ini. Macam tak percaya perancangan untuk mewujudkan sebuah blog untuk Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain Universiti Kebangsaan Malaysia terlaksana jua. Alhamdulillah.

First of all, this is not a formal blog. Blog ini merupakan sebuah medium perkongsian pengalaman oleh warga Kolej Ibu Zain. Kami mahukan warga kolej, terutamanya pelajar, untuk mengekspresikan diri mereka. Tiada format yang ditetapkan, tiada had untuk anda, bebaskan dirimu!

MANIFESTO BELOG INI
1. Blog ini merupakan medium untuk warga kolej mengekspresikan diri mereka, berkongsi pengalaman, kegembiraan, kebahagian, kegusaran, kesedihan dan segala jenis emosi anda.
2. Juga khas untuk anda mengutarakan buah fikiran, pendapat dan idea anda serta berkongsinya dengan semua.
3. Kami mahukan pengalaman anda dalam menyertai apa-apa aktiviti atau projek kolej, dalam menjalani kehidupan harian anda sebagai pelajar universiti.
4. Bahasa adalah kebebasan anda sebagai penulis. Bagi kami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa ibunda anda, semuanya merupakan bahasa Malaysia!
5. Kami percaya tiadanya had sempadan itu menjadikan pelajar seperti kita lebih kreatif. Oleh itu, kami dan anda tidak terikat dengan sebarang peraturan dan had dalam blog ini!
6. We publish real stories from you and will try not to edit any of your contents. Promise! Asalkan tidak menyentuh sensitiviti dan isu kontroversi Malaysia.
7. We don't pay you dalam menulis untuk belog ini sepertimana we're not paid for doing this hehe
8. Ekspresikan rasamu, bukakan mindamu dan bebaskan dirimu!


Stay tuned with us!


Salam sayang,

Dayang Roziekah Ussin
Ketua Eksekutif
Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Ibu Zain
2014/2015

No comments:

Post a Comment