photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Sunday, October 26, 2014

Pengalaman Sebuah Percintaan Bermakna

Nukilan : Noor Suzila Yatim, Ikon Teraju KIZ, Timbalan Ketua Eksekutif

Nama diberi  Noor Suzila Binti Yatim. Berasal dari Kampung Chinta Mata, daerah Tenom, negeri Sabah. Anak sulung antara 3 beradik, tetapi anak ketiga dalam 6 orang adik beradik sebab ayah kahwin dua, ibuku isteri kedua. Diriku tidaklah istimewa, hanyalah seorang anak gadis kampung lulusan STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Persuratan Melayu, di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana impian dan hasrat tercapai apabila universiti yang diimpikan telah menerima diri ini.Aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi atas segala limpah dan kurniaNya kerana rezeki yang tidak ternilai harganya.Aku juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang dari dulu sehingga sekarang tidak berhenti menyokong dan memberi dorongan dalam menjadi seorang yang berpendidikan dan insan yang berguna. Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik saya tanpa jemu, dan rakan-rakan yang menjadi penguat tatkala diri ini sedang gundah dan gulana. Aku bersyukur dan terharu bila mengenangkan betapa perjuangan aku, yang ingin masuk ke universiti seperti mimpi semalam yang baru saja dibina. Terlalu banyak pengorbanan yang tidak mungkin saya mampu tafsirkan dengan kata-kata, hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya.


Pertama kali datang ke UKM, aku berasa rendah diri. Aku gembira juga sebenarnya sebab seolah-olah macam bermimpi yang aku bergelar mahasiswi UKM, antara uniersiti yang terkenal di Malaysia. Aku tidak kenali siapa-siapa dan berharap aku akan ramai kawan yang sudi berkawan dengan aku yang baru pertama kali jejakkan kaki ke UKM. Alhamdulillah,sepanjang di UKM, aku mengalami pengalaman yang cukup bermakna, cukup manis, pahit, duka, lara, gembira dan sebagainya. Ia berjaya mendidik aku berdikari dalam menempuh alam kedewasaan yang matang. Semasa menjadi pelajar tahun 1 di UKM, memang amat mencabar. Dunia aku bukan lagi zaman sekolah, tapi alam kampus, yang menentukan sama ada masa depan aku gelap atau cerah.Aku amat suka dengan suasana di UKM, terutama di Kolej Ibu Zain.Suasana kolej yang mendekatkan lagi perasaan aku dengan kampung kelahiran.Tidak dilupakan juga  Memori Minggu Mesra Pelajar 2013 amat bermakna sekali,kerana bertuah berkenalan dengan rakan pelbagai negeri, bangsa, dan budaya. Aku pada mulanya sukar memahami Bahasa Melayu Semenanjung melainkan Bahasa melayu Sabah dan Sarawak.Alhamdulillah itu bukan penghalang, aku berjaya tempuhinya. Pengalaman bermakna buat pertama kali menjadi warga UKM, aku Berjaya ke peringkat akhir Pidato Piala Naib Canselor dan sekali gus mendapat tempat ketiga.Padahal,berentap dengan 12 peserta dari kolej lain sebelum layak ke final sungguh sengit ketika pusingan semi final itu.Sungguhpun aku ketika itu sedang sakit, demam dan batuk, para felo,barisan MEP 2013/2014 dan rakan-rakan tidak putus-putus memberikan sokongan dan berdoa demi kemenangan. Terima kasih semua, anda adalah kekuatan saya di sini. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.  

Pengalaman bermakna dapat berpidato di DECTAR di hadapan semua warga UKM semasa Minggu Mesra Pelajar sesi 2013/2014.
Padahal ketika itu pening kepala,demam panas yang melanda, suara yang hampir hilang semua aku hapuskan dari otak aku. Aku mahu yang terbaik demi KIZ dan tidak mahu hampakan mereka yang berharap dengan diri ini yang menewaskan kolej-kolej lain. KIZ sebuah kolej yang sedikit jumlah pelajarnya. Sememangnya kami kumpulan ‘krik-krik’ tapi kami mampu buktikan bahawa KIZ juga boleh menjadi saingan kepada kolej-kolej lain yang jauh lebih besar jumlah pelajar.

Aku bangga mejadi warga KIZ dengan Pengetua kolej En.Anuar Ahmad yang tegas, berwibawa dan penyayang terhadap warga KIZ yang dianggap seperti anak-anaknya. Timbalan Pengetua KIZ En. Nik Noor Faizul Md Saad yang mesra, tegas dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Barisan felo, Abang Ijan yang tidak lain tidak bukan adalah orang pertama yang rapat dengan diri ini. Segala perkongsian, air mata dan luahan aku kongsikan dengan felo yang berjiwa mesra pelajar ini. Orang pertama yang berkongsi air mata dengan aku yang ketika itu masih bertatih dan tidak tahu apa-apa. Abang Ijan seorang yang banyak memberi kekuatan dan motivasi untuk aku jadi lebih kuat. Dr.Elfith pula seorang felo yang sangat positif dan banyak memberi aku pendedahan besar terhadap banyak perkara, beliau seorang kakak yang baik dan selalu sahaja memberi nasihat dan bantuan setiap kali aku perlukan dia. Abang Acap, Abang Chang Ee, Abang Shaqiq dan kak Hana adalah felo yang selamba, menghiburkan hati dan selalu dekat dengan pelajar, mereka-mereka ini antara felo-felo yang selalu berkongsi dengan banyak perkara sehingga kita terasa senang dan terinspirasi dalam banyak perkara. Kak bie pula seorang felo yang tegas, serius dan sebenarnya peramah orangnya. Teringat pertama kali sertai pidato, beliau banyak membantu aku dalam pengucapan umum  sehinggakan aku sedar dia juga orang sabah (hahaha) orang bajau pula tu.Gembira juga sebenarnya. Untuk Abang Nik yang baru dilantik menjadi felo, aku tengok abang Nik seorang yang pemalu tetapi mesra orangnya. Suka tersenyum dan lagaknya menjadi idaman wanita (hehehe) dan siapa sangka, dia adalah ustaz (hahaha) memang felo-felo KIZ ni selalu sahaja mengejutkan orang. Namun, mereka semua sentiasa di hati menjadi yang tersayang dan inspirasi.

Gambar di atas merupakan gambar aku berjaya meraih tempat Ketiga selepas berentap dengan 6 orang peserta dari kolej lain. Bersyukur dengan kudrat dan usaha. 

Pengalaman berkawan juga merupakan kenangan terindah buat aku. Aku sebenarnya seorang insan yang bertuah dan sentiasa akan menikmati hubungan persahabatan kerana dianugerahi kawan-kawan yang selalu sahaja menjadi penghibur, penasihat, dan pembantu disaat diri ini suka, duka, dan banyak lagi. Mereka adalah insan-insan yang berjasa kerana banyak membantu aku mengecapi semua kejayaan ini. Mereka adalah adik beradik yang selalu sahaja dengan diri ini, Geng Lobi yang selalu aktif penglibatan dalam kolej, membuat riuh rendah, riang ria tawa, suka berdrama, suka beraktiviti dan banyak lagi (tak dapat nak cakap) siapa sangka kami ini berlainan negeri, bahasa, bangsa dan budaya boleh bersatu hati? Aku sayangkan mereka dan selamanya takkan berubah kasih sayang itu. Tidak dilupakan rakan-rakan kolej yang senantiasa memberi sokongan dan selalu sahaja membantu tatkala diri ini sedang runsing, mereka sentiasa menawarkan diri membantu dalam menyertai program dan aktiviti bahkan, menjadi penghibur, penasihat dan rujukan sekiranya ada sahaja hal yang menganggu hati ini.Seterusnya kepada rakan-rakan fakulti yang selalu memahami aku seorang yang aktif, mereka tidak selalu membebankan diri ini malah sebaliknya membantu aku dalam tugasan-tugasan kuliah dan memberi rujukan nota-nota untuk sama-sama cemerlang dalam pelajaran. Mereka Keluarga Dongdel yang selalu menghiburkan hati ini dan selalu mengambil berat tanpa jemu kerana risau aku akan ketinggalan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini, anda adalah kekuatan saya dalam menempuh hidup ini. Teruskanlah bersama saya dan teruskanlah menegur saya demi kebaikan saya untuk membina keperibadian diri ini. Teruskanlah kejutkan saya dari lena tidak berpenghujung ini. Mari!!! Bangkitlah bersama diri ini!


Percayalah, di dunia ini kita bukan keseorangan.Kita punya keluarga, rakan-rakan dan banyak lagi yang sentiasa menyokong kita. Jangan dilupa kepada Allah SWT yang maha mengetahui segalanya, kepadaNya kita berdoa dan melaksanakan amanah sebagai hambanya. Sentiasalah ingat bahawa diri kita ini ada masa depan dalam mencipta sejarah tersendiri. Yakinlah! Bangkitlah! Jangan tidur lena dibantal yang empuk itu, kelak kau akan menyesal bahawa kau tertinggal saat-saat yang bermakna dalam menyedut pahit manis dalam menyelusuri ranjau kehidupan untuk menjadi insan yang berjaya, ingatlah ibu bapa kita dan mereka yang berkorban demi kita. Sesungguhnya semuanya dari diri kita sendiri. 

Di UKM ini mengajar aku banyak nilai yang aku sendiri juga sukar untuk mengerti, sehingga buat aku berfikir bahawa, aku sudah dewasa dan di depan aku banyak lagi cabaran-cabaran yang menanti. Mulai saat ini aku harus kuat dan bangunkan diri ini dalam menghadapi masa-masa yang bakal menjatuhkan aku itu. Tetapi bagaimana? Di sinilah jawapannya, aku harus kuat dalam pegangan agamaku, mantapkan ilmu aku, jaga perhubunganku dangan alam sekitarku dan penghuni di muka bumi ini sebaiknya dan sedia berubah dalam perbaiki kekurangan diri. Kerana apa? Aku ingin menjadi insan yang merubah nasib keluarga, bangsa dan agama. Aku tidak mahu hidup dibayangan orang lain dan ingin mengorak langkah dalam membantu diri ini dan mereka yang lain. Allahuakbar, besar sungguh tangungjawab ini. Adakah aku antara mereka yang terpilih? Allahualam. Semoga Allah permudahkan urusanku dalam sepanjang hidup ini Inshaa Allah. Amin.

Pengajianku di UKM berjalan dengan lancar dan kadangkala tersangkut kerana kesibukan, masalah-masalah lain seperti kesihatan dan perasaan malas yang tidak diundang. Aku akui bukan mudah dalam mendisiplinkan diri dengan masa, tapi mahu atau tidak kita kena juga berdisiplin dan berjuang dalam kecemerlangan diri kita. Namun,aku berbangga menjadi pelajar Persuratan Melayu kerana sejak sekolah menengah, STPM dan kini aku tidak pernah tinggalkan subjek kesukaan aku ini. Entah kenapa, meskipun ramai yang bersuara sumbang mengatakan jurusan ini tidak punya masa depan cerah,aku tidak peduli! Kerana bagi aku,biarlah aku belajar kerana minat, tentang kerja bukannya tidak penting, aku akui ia amat penting demi masa depan kita.Tapi sedarlah, kerja atau kerjaya itu rezeki daripada Allah SWT, berusahalah kejar minat anda dan asahlah bakat demi kebaikan dan ilmu yang membantu kita dikemudian hari.Usah berharap hari yang cerah, tetapi bersedialah menghadapi mendung yang mungkin hujan. Bersedialah untuk tidak bersedia!! Kerana hidup memang bukannya mudah seperti yang anda jangkakan.

Sepanjang setahun saya berada di UKM, adalah menjadi satu pengalaman yang banyak membantu saya membina karakter diri saya menjadi seorang insan yang ingin maju seperti mereka yang lain. Saya dedahkan diri saya terhadap banyak perkara sehingga jauh dari kepakaran saya. (terkejut juga tapi tiada yang mustahil). Saya berusaha menjadi yang terbaik semaksima yang mungkin. Saya cabar diri saya untuk menjadi contoh kepada yang lain. Kerana bagi saya tiada alasan melainkan alasan untuk menempah kegagalan sendiri. Cukuplah kita berusaha sebaik mungkin dan sekiranya nasib tidak menyebelahi kita itu adalah hikmah yang mempunyai nilai tersirat dalam mendidik kita supaya jangan cepat mengalah dan teruskan sehingga menang! Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan impian saya dengan menganugerahkan saya pelbagai nikmat yang saya tidak jangka sepanjang setahun ini saya mampu menjulang semua itu. Berkat didikan para pensyarah yang selalu memberi tunjuk ajar, barisan felo yang selalu tidak lekang dengan nasihat dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan, saya berjaya hadapi semua itu. Namun, saya tidak akan berhenti dan akan terus mencipta sejarah hidup saya lagi untuk masa akan datang!!!



Alhamdulillah..itulah rakaman kenangan terindah buat aku yang setahun menetap di UKM. Banyak lagi sebenarnya, tetapi semua itu akan disematkan di dalam hati dan fikiran agar menjadi motivasi dalam menuju kejayaan. Sepanjang penglibatan inilah yang berjaya mendidik,melatih dan mencipta imej atau perwatakkan aku sekarang. Inilah aku, yang sentiasa dahagakan pembaharuan, yang sentiasa mengejar erti hidup dalam mengejar makna hidup sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Aku tidak mahu buang masa, aku ingin mengisi hidup ini dengan sesuatu yang bermakna agar, menjadi panduan generasiku suatu hari nanti.

Berkat doa keluarga, para pendidik dan rakan-rakan.Segala penat lelah sebagai pelajar dalam mengharungi pelbagai tangungjawab sekali gus banyak melatih kita sebenarnya. Aku banyak menerima rezeki yang selalu sahaja tidak putus-putus. Rezeki itu luas, bukan wang tetapi kepercayaan! Amanah! Dan sudah pasti tangungjawab terhadap diri ini. Zaman 2013, zaman 2014 bakal melabuhkan tirainya. Apa lagi harus ku kejar? Selain ketakwaan kepada Allah SWT, aku ingin mencabar diri ini mendapat sesuatu yang sukar didapati. Sudah tentu dalam pelajaran, membentuk akhlak yang baik dan banyak lagi. Namun, tiada yang senang, hanya cabaran yang menanti. Untuk kali ini aku menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Ibu Zain dan memimpin rakan-rakan untuk memajukan diri menjadi Pendaulat Amanah Negara! Bukan mudah,tetapi aku percaya hasil doa,kerjasama dan usaha bersama pasti kita akan jadi lebih hebat.


Terima kasih kerana anda sudi membaca coretan perkongsian ini. Semoga apa yang saya kongsikan ini menjadi motivasi untuk kita semua dalam membina pembangunan diri.Maafkan saya kepada pihak yang tidak dinyatakan dalam ruangan ini, dan sebarang kekurangan dalam ruangan ini adalah kelemahan saya sendiri. Semoga anda terhibur dan ketahuilah bahawa, KERANA ANDA SAYA BERADA DI SINI!! Salam perjuangan dan Assalamualaikum!


Saya Noor Suzila Yatim ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas dorongan dan segala kata-kata mahu pun apa sahaja yang berjaya memberi saya inspirasi untuk menulis blog ini.

Tuesday, October 21, 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Oleh : Anonymous, Tahun 2

Tak kenal maka tak cinta. Sebuah persahabatan yang dibina di Kolej Ibu Zain, UKM.  Bagaimana persahabatan kami bermula?? Bagaimana penubuhan G.L berlaku? G.L bukan untuk gila dan laro tetapi maksudnya biarlah kami sahaja yang mengetahui.

Perkenalan kami bermula seawal selepas Minggu Mesra Pelajar. Rancangan asal mahu pergi ke Times Square bersama-sama akhirnya bertukar menjadi sebuah persahabatan di Buzen. Buzen nama manja yang diberi senior-senior KIZ. Kami hanya meneruskannya.  Komunikasi kami tercetus di laman social facebook iaitu Junior KIZ 2013/2014. Perbincangan kami untuk ke Times Square mencecah sehingga beratus-ratus komen. Mungkin tindakan kami mengundang kemarahan oleh sahabat KIZ yang lain kerana notificasi mereka asyik berbunyi tetapi pada masa itu kami seakan tidak peka dengan situasi tersebut. Kami jadikan group tersebut bagaikan group kami sendiri.

Perjalanan kami ke Times Square meninggalkan seribu kenangan manis. Dimana saat itu kami bagaikan rusa masuk kampung. Riuh gerabak KTM dengan suara kami. Syukur Alhamdulillah kerana kami ada pemandu arah. Pandu arah punya pandu arah akhirnya kami semua tersesat  kerana kebisingan kami.  Tempat yang sepatutnya kami turun, tidak kami turun kerana keasyikkan mengikut pengumunan yang diumumkan oleh operator KTM. ‘Next station Pudu, next station Pudu. Please mind your step.  Pelbagai perkara lucu berlaku pada kami semasa kami ke Times Square.

Persahabatan kami tidak putus hanya di Times Square. Kami panjangkan persahabatan kami dengan menyertai projek yang sama iaitu Pesta Pantun Tunas Warisan. Ada apa dengan Pesta Pantun Tunas Warisan? Di sini banyak mengajar kami benda baru. Di bawah bimbingan oleh penasihat super comel abg Iejan dan  dan mep kebudayaan yang hensem Elfie.  Projek pantun ini boleh dikatakan sebagai projek pertama kami semua. Kami diajar bagaimana cara untuk menguruskan projek tersebut. Alhamdulillah projek kami berjalan dengan lancar dan ukhuwah antara kami semakin erat.

Menyambut ulang  tahun kelahiran antara sahabat menjadi satu kemestian antara kami. Sambutan ulang tahun bukan semeriah mana, hanya sebiji kek dan sekeping kad ucapan. Mungkin semua itu nampak kecil tetapi bagi kami keikhlasan dalam persahabatan menjadikan semua itu besar nilainya. 

Lulu Sys. Siapa Lulu Sys??  Dia adalah abang kesayangan kami. Keramahan Lulu Sys akhirmya dia juga menjadi salah seorang ahli G.L. Lulu Sys dan abang Iejan boleh dikatakan penasihat kepada kumpulan G.L. Kami banyak menerima nasihat daripada mereka berdua. Mereka mejadikan kami semakin matang. Jika menghadapi masalah, kami banyak membuat rujukan dengan mereka. Dengan kata lain kami G.L sangat sayangkan mereka berdua.

Antara rutin kami semua ialah makan malam bersama–sama. Hampir setiap malam kami akan berkumpul dan makan bersama–sama. Di Kafe Azura lah kami berkongsi cerita, saling sakat – menyakat. Gelak ketawa kami kadang gamat satu kafe. Perbualan kami tidak berakhir di kafe kerana ianya bersambung di lobi juga. Kami digelar saka lobi oleh abang iejan.  Apabila disamping rakan– rakan sendiri tahap konfiden kami amat tinggi. Kami tanpa segan silu menyatakan kami comel,cantik dan hensem. Itulah kami. Kadangkala kami akan saling kutuk mengutuk sesama sendiri. Namun semua itu tidak pernah mengugat persahabatan kami kerana kami semua sudah maklum bahawa itu semua hanyalah gurauan semata–mata. Selfie antara penyakit yang serius menghantui kami. Pantang nampak kamera maka senyuman kami akan terlukis. Cantik ke tak cantik belakang kira. Yang penting muka mesti nampak dalam kamera.

Pengerusi kami sudah tentu ayah bagi kami. Walaupun sebaya tetapi kami selalu memanggilnya dengan panggilan ayah. Panggilan ayah itu cukup melekat pada kami sampai pernah terjadi salah faham. Salah seorang ahli pernah bertanya kepada ahli yang lain. Nama ayah kau apa ? dengan konfiden dia menjawb nama ayah G.L sebagai nama ayah kandungnya. Itulah kami. Percutian ke Sungai Tekala, jalan-jalan ke Kuala Lumpur dan bbq antara aktiviti kami. Kalau hendak cerita memang tak habis.

Lupa nak cakap, sebenarnya ahli G.L ini terdiri daripada pelbagai fakulti. FSSK, FST, FPI, FEP, FKAB, FPEND,dan FTSM. Macam mana kami berlainan kos berlainan fakulti boleh ‘stay up’ belajar sesama sampai pagi terutama pada musim peperiksaan. Itulah kelebihan kami tetap belajar sesama walaupun berlainan aliran kerana kami tahu kalau kami belajar dalam bilik banyak halangan dan cabaran. Terutama bila nampak katil dan laptop depan mata. Apa lagi kerjanya membuta lah.  Sekurang-kurangnya dengan belajar bersama–sama kami dapat lebih fokus. Semasa belajar kami semua menjadi senyap kerana fokus dan apabila dah penat mulalah kami membuat mesyuarat ahli tingkap. Budaya itu masih kami kekalkan sehingga dua sem.

Kami semua boleh dikatakan agak aktif dalam berprogram. Boleh dikatakan semua program kami nak ikuti. Aktif berprogram tidak semestinya kami abaikan pelajaran.  Kami mahu menjadi red umbrella dengan cara kami sendiri. Macam mana biarlah kami tentukan. Alhamdulillah walaupun kami aktif tapi keputusan kami semakin meningkat. Dari sem 1 ke sem 2. PNGK kami semakin meningkat. Kami antara pengumpul merit yang tegar. Boleh dikatakan merit kami agak tinggi.

Persahabatan kami sudah mencecah setahun lebih. Masih lagi seperti dulu. Rapat dan gila-gila. Walaupun sebahagian daripada kami sudah menjadi MEP namun kami masih rapat. Kesibukan mereka tidak menghalangkan mereka dari terus aktif sebagai G.L. Boleh dikatakan mereka tak nak bersaralah dari G.L walaupun mereka teramat sibuk. Kekadang kami kesian tengok mereka. Selalu penat namun kami bangga kerana melihat mereka menjadi pemimpin yang baik dan kami hormat cara mereka. Junior –junior semua jangan risau mereka semua ada masih ada empat kekosongan. Satu lagi perangai ahli lelaki G.L mereka boleh dikatakan menyimpang angan-angan kahwin 4 tahun. Seram tak seram. Hahahaha. Semua ini gara-gara pengaruh besar dari pengerusi kumpulan.

Adat dalam bersahabat ,ada pasangnya ada surutnya. Ada suramnya ada cerahnya. Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula kita sebagai manusia biasa. Bergaduh, berselisih pendapat adalah perkara biasa. Namun seandainya kita pandai mengatasinya dan sayangkan persahabatan yang dibina semua itu hanya menjadi luka kecil yang akan sembuh sendiri.

Tujuan penulisan ini bukanlah untuk mengajar untuk hidup berpuak–puak atau mengagung-agungkan G.L. Tetapi kerana ingin menceritakan realiti sebenarlah dalam kehidupan. Kita memerlukan teman, kita memerlukan sahabat. Siapa sahabat kita, anda sendiri yang tentukan. Kami berlainan latar belakang tetapi bersatu kerana satu perkataan. SAHABAT, TEMAN, KAWAN. Di universiti, kita jauh dari keluarga siapa lagi tempat untuk kita mengadu selain sahabat. Dalam kita mengharungi kehidupan di sini ,jangan pernah lalai. Saling ingat mengingat. Penting untuk kita pilih siapa kawan kita.


Sahabat….
Kita hanya mampu merancang,
ALLAH yang menentukan.
Kita ditemukan di Kolej Ibu Zain,
Disini kita berkongsi suka dan duka,
Disini kita sama –sama perjuangankan nasib,
Sama ada kita kecundang atau kita berjaya,
Kita memilih untuk menjadi sahabat

Sahabat..
Seandainya salah seorang dari kita salah memilih langkah,
Pimpinlah dia kembali,
Pimpinlah dia,
Jangan biarkan dia,
Kerana kita pernah menjadi sahabat,

Wahai sahabat
Tidak pandai aku berkata – kata secara puitis,
Tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih,

Kerana kita masih bergelar sahabat.

Tuesday, October 14, 2014

Bertatihnya Aku di Kolej Ibu Zain

Oleh : Abdul Rauf Badrul Hisham

Bismillahirrahmanirrahhim...

Salam Perantauan Buat Warga Kolej Ibu Zain...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang dikurniakan ke atas kita. Kini saya berada di Ma’raad, Tanta, Mesir. Alhamdulillah saya sudah mulakan kuliah dalam bidang pengajian Perubatan Pergigian di Fakulti Perubatan Pergigian, Universiti Tanta, Mesir.


Berikut antara gambar sewaktu “Jaulah” sekitar Kaherah, Mesir.

Sewaktu berada di Qal-‘Ah Salahuddin (Kubu Salahuddin) di Kaherah, Mesir
Berada di dalam Masjid Muhammad Ali


In sya Allah, saya ingin berkongsi pengalaman berada di Kolej Ibu Zain dan keadaan semasa di Tanta...

Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia ... >>>

Sepanjang tempoh hampir 1 bulan bertatih mengenal dunia universiti yang penuh dengan ragam dan karenah manusia yang pelik-pelik. ½ lelaki dan ½ perempuan yang membuat aku terfikir, “Ini ke dunia luar yang akan aku tempuhi?" Itu salah satunya la .Namun apa yang menarik di Kolej Ibu Zain ini terlalu banyak. Okay rauf dapat klasifikasikan kepada beberapa “point”. Antaranya;

1. Felo yang sporting and like a brother to us


Cerita je pasal Felo, mesti felo-felo Kolej Ibu Zain (KIZ) ranking top 3. Ke top 2? Ke Top 1 ? Itu masing-masing punya pendapat la. Abang Acap, Abang Chang Ee, Abang Syaqiq, Abang Iejan Comel, Abang Nik. Semua mantap2 dan ramah dengan pelajar KIZ. Lagi-lagi felo blok D tu. Abang Iejan yang comel dan “cute” .Before cerita pasal abang iejan. Lets talk about others dulu. Hehehe. Dengan abang2 felo blok lain mungin kurang bergaul BUT !! they still peramah. Ingat lagi waktu nak ke Metropoint Kajang untuk teman geng nak berlatih Bowling. Aku tumpang kereta abang Nik. Awalnya like “krik krik krik. Hahaha. But suddenly bercakap la jugak and ada topic to talk. Aku ni bab nak beramah susah sikit. Tapi kalau dah rapat, takut tak terlayan je nanti. 

Back to Main Character Brother Iejan. Like a Brother. So caring. So kind. So cute. So and so.Meski perkenalan yang hanya hampir 1 bulan sahaja bisa membuat kami rapat like adik beradik. Ilmu bomoh apa entah yang abang Iejan guna sehinggakan kami rapat dengan dia as a Family. Tak boleh cerita panjang2 pasal abang iejan ini. Nanti takut dia terkenang penulisan hambar aku ni. >_<


2. Kawan atau Aku dah anggap as Sahabat BLOK D
Sebut je blok D. We like “Assobiyyah”. Pengenalan yang hanya 1 bulan ini juga buat kami rapat dan respect each other. Dengan karenah manja, nakal, dan macam-macam lagi. 


Perlu ke cakap pasal budak-budak blok lain? Hehe.Masuk blok D dulu la. Hehehe. First day masuk KIZ ternanti-nanti juga siapalah roomate aku. Adakah sama dengan roomate aku sebelum ini? Tunggu punya tunggu, rupanya aku tak ada roomate. Happy and Bored. So aku banyak berkepit dengn Aieman sebab dia dulu satu sekolah dengan aku waktu sekolah menengah. Kami sekolah biasa je.



Tak macam budak2 lain yang dari MRSM, SBP, SMS & etc. From that, kenal la seorang demi seorang budak2 either di blok D atau pun daripada blok lain. Then, abang iejan uruskan untuk aku dapat roomate baru. Nama manjanya Adam. Bersyukur dapat roomate. Dan bangga dengan roomate ini sebab ada latar belakang yang HEBAT dan aku sangat sangat KAGUM dengan dia. Hope dia tak baca penulisan ini supaya dia tak RIAK. Hehehe. 

Aku kenal Daus, Faisal, Nasir, Abang Izzul, Ustaz Rahmad, Fahmi (IPIN), Syuk (UPIN) & Abang2 yang lain. Tak nak cerita lebih2 pasal kawan ini sebab taknak menaip sambil kesat air mata. Biarlah kenangan yang lain aku semat di hati. Sungguh kita kena bersyukur dengan kawan2 dan sahabat2 di sekeliling kita. Mana tahu mreka antara asbab kita masuk ke Syurga. Aku cuma mengharapkan pertemuan kita di KIZ ini mendapat reda Allah. Semoga kita masih bisa bergurau senda di dalam Syurga. “Usah Dilupa Akan Daku Dalam Doamu”.

Abang-abang senior yang lain pun banyak membantu kami. Even beza umur hanya setahun dua. Takpun sama umur, namun tidak menjadi penghalang kepada hubungan persaudaraan yang erat. Kepada Abang Amsyar terima kasih kerana banyak bantu dan berleter untuk saya. Terima kasih untuk buku ‘Rabiatul Adawiyah’ tu. Mengenangkan kembali sejarah silam saya.Untuk abang yang lain pun peramah even saya macam nak tak nak je cakap sebab tak tahu nak cakap apa.

Untuk disini sahaja dulu coretan kasih buat sahabat-sahabat di Kolej Ibu Zain serta felo dan yang lain. Meski setiap pertemuan yang baru menjalinkan sebuah ikatan persahabatan yang baru namun yang LAMA masih dalam KENANGAN dan INGATAN. Moga setiap masa kita bersama mendapat reda dan keberkatan Allah s.w.t.


SAMPAI KITA BERJUMPA LAGI !!!

Jangan lupa like PAGE

and Cer singgah di my blog at



Nota Kaki MEP:
Selamat maju jaya kepada Rauf yang jauh di perantauan. Semoga terus sukses dan jangan lupa kami di sini! :)

Monday, October 6, 2014

Ceritera 19 Hari Kita

Walau cuma 19 hari kita kongsi suka duka bersama.

Dalam 19 hari itu, banyak perkara yang aku belajar. Banyak yang aku dapat. Di sini, lahirnya sebuah cinta. Kena sangat dengan tema kemerdekaan haha. Siapa sangka 19 hari sahaja dah mampu bina satu ikatan antara kita semua.

Makin hari makin banyak benda yang disogok oleh para mep kepada kami . Projek mobiliti, alur ilmu, coffee and cake dan banyak lagi. Aaahhh dah mula jatuh hati. Patutla kak suzi kata kiz ekslusif dan elegan .. Walaupun sebelum ini aku belajar di asasi, di dedahkan dengan kehidupan sebenar universiti tapi belum berkesempatan jumpa projek seperti yang dianjurkan oleh kiz.


Selalu, kalau jumpa longkang kecil di laluan dr ptsl ke fst, mesti aku teruja. Tengok air longkang pun teruja, mesti korang tak faham. Haha. Jernih tau. Teringat alur ilmu. Bila boleh jadi camni juga?!!


Walau cuma 19 hari, aku rasa rapat dengan roomate & coursemates. Gurau2, makan sama2. Hari terakhir berada di ukm. Salam dan peluk coursemate sorang ni (awak tau awak siapa kann? Haha) . Jujur, rasa berat nak berpisah. Dua2 sebak, pastu menangis. Rasa tu tak mampu nak ungkap dengan kata2. Bila ada kawan kehulu hilir sama2, mengantuk dalam lecture sama2, pening susun jadual citra sama2. moga semua momen tu akan jadi kenangan indah untuk kita brdua.

Dan.. oh ya, terima kasih untuk memori kawad kreatif yang enjoy walaupun tak menang. Haha.
Walaupun jasad ini tidak lagi menjadi sebahagian daripada keluarga KIZ, tapi hampir setiap yang berlaku di sana aku tau perkembangan. (Walaupun outdated)


Tahniah K18&19D sebab jadi juara family dayyy!! (Booo lambat haha) D the best, beat the rest! Dan suka tengok Book House Club dan CnC. Mantap!!


Meninggalkan ukm mungkin akan jadi satu benda paling di ingati. Ada yang pertikaikan kenapa keluar, tak kurang yang gelakkan. Jujur, hati terguris. UKM kot, top uni di malaysia. Siapa yang taknak?


Tapi untuk berada sehingga tahap ni mengejar cita-cita, aku ambil keputusan ni dengan berat hati. Dugaan datang, buat hati aku rasa pedih. But this is life!


Terima kasih untuk semua nasihat dan teguran daripada ayahanda KIZ En Anuar, En Nik, semua staf dan felo kolej, barisan MEP yang baik2 belaka dan kawan2 KIZ yang telah, sedang dan akan dirindui!


Semoga kalian, kawan2 dan senior di Ibu Zain akan terus maju and be the red umbrella! Life must goes on, but i have to admit that being a part of ukm and kiz (although for only 19 days) was the best memory so far.


Doakan semoga aku teguh dan kuat di tempat baru, dan dapat grad 4 tahun lagi. Hehe insyaAllah.



Salam rindu dari perantauan (la sangat) ;P
Ex-K19D 2**
**tergendala dekat 2 minggu sebab sibuk dengan urusan tempat baru. Dan sebab tak ada UKM Jaring yang laju macam di KIZ!



NOTA KAKI MEP:
Tahniah kepada awak di mana sahaja awak berada sekarang! Selamat maju jaya kami ucapkan dan jangan lupakan kami di sini yaaa! :D