photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Friday, February 27, 2015

Catatan Seorang Hamba

Apa yang boleh saudara/i katakan apabila saudara/i sampai di tempat baru? 1000 persoalan akan saudara/i timbulkan di otak pemikiran saudara/i. Bagaimana keadaan tempat tinggal saya? Bagaimana kehidupan menjadi mahasiswa? Siapa pensyarah-pensyarah yang akan mengajarku? Bagaimana rupa dia? Dimana kelas saya? Bagaimana pecaturan massaya? Siapakah sahabat saya? Siapakah rakan sebilik saya? Dimanakah saya hendak makan? Bolehkah saya membawa kenderaan? Apakah pakaian tiap hari saya? Bolehkah membawa telefon di dalam kelas? Dimana pejabat urusan, pusat kesihatan, perpustakaan, fakulti, tandas, surau, masjid, kafeteria dan bangunan tempat pembelajaran saya? Bila cuti semester akan bermula? Bagaimanakah sistem pembelajaran saya? Siapa senior saya? Dari mana sumber rujukan saya boleh dapati? Dan berbagai lagi persoalan yang akan saudara/i wujudkan di dalam otak. Mesti persoalan ini akan bermain di pemikiran saudara/i. Ya, sama seperti saya.

Ketika ini baru saja saudara/i mahu mengenali dan membiasakan keadaan diri dengan persekitaran Univerisiti, baru saja nak memahami kehidupan sebagai mahasiswa, baru sahaja nak membiasakan tinggal di tempat yang baru, baru sahaja kembali untuk uruskan hidup setelah berbulan duduk di rumah, baru sahaja nak menyusun jadual sebaik-baiknya supaya tidak terslah langkah dalam percaturan masa, baru sahaja mahu mengenali insan-insan untuk mengklasifikasikan yang mana kawan, yang mana musuh, yang mana sahabat baik dan yang mana keluarga, baru sahaja nak membiasakan tinggal di dalam rumah indah Kolej Ibu Zain yang terletak di atas bukit, baru sahaja membiasakan diri untuk menghadapi hari-hari menaiki tangga yang dikenali sebagai ‘tangga zigurat’, baru sahaja membiasakan diri berlagak cool apabila terserempak, dikejar, disergah, diserang oleh monyet-monyet yang seolah-olah menjadi ‘Abang Long’ kawasan UKM dan bermacam-macam lagi yang saudara/i baru sahaja cuba untuk membiasakan diri di tempat baru.

Ini adalah kisah saya. Kisah cerita yang saya coretkan sepanjang perjalanan saya di ‘tanah suci’ UKM. Secara ringkas, permulaan minggu orentasi berjalan seperti biasa. Sepanjang saya menyertai orentasi tidak penah saya berjumpa dengan pemudah cara yang amat baik. Mereka adalah abang-abang dan akak-akak Majlis Eksekutif Pelajar 2011/2012 (MEP) Kolej Ibu Zain. Awesome! Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan kerana layanan mereka yang sangat baik dan memandang kami pelajar baru ketika itu dengan pandangan HORMAT & MATANG. Terima Kasih!

Pada Tahun 1, selama setahun saya telah memegang 5 jawatan iaitu:
  1. Ketua Block of Champion (Block C) Kolej Ibu Zain, UKM
  2. Penyelaras Pemasaran Program Konvensyen Kampus Lestari (KKL) KPT 2012 anjuran Kolej Ibu Zain, UKM bersama KPT
  3. Timb. Penyelaras Pemasaran Program Festival Kesenian & Integrasi Budaya (FestKIB) 2012 anjuran Kolej Ibu Zain, UKM.
  4. Ahli IZiSH Alert team (I.A.Team) Kolej Ibu Zain, UKM.
  5. Penyelaras Bahagian Sisa Kelab Ekolestari Kolej Ibu Zain, UKM

Maka saya akan kongsikan apa yang saya pelajari daripada tanggungjawab yang saya peroleh sepanjang setahun melalui program yang pada saya penting untuk diketahui.

Program Konvensyen Kampus Lestari (KKL) 2012 & FestKIB 2012
Menjadi Penyelaras Pemasaran kita perlu tahu pengurusan beberapa perkara iaitu:
  1. Menyiapkan Profil Pemasaran yang mengandungi pakej/faedah penajaan
  2. Menyiapkan Surat Pemasaran untuk dihantar kepada penaja
  3. Mencari butiran alamat, email, nama penaja
  4. Menyusun dalam bentuk senarai penaja
  5. Membuat jaringan kerjasama pintar
  6. Membuat dokumen lengkap penaja
  7. Menghantar dokumen penajaan melalui email, faks atau pos
  8. Mengetahui urusan dalam UKM seperti memohon surat pengecualian cukai, Surat kelulusan program,pembukaan asaudara/in program di Bendahari serta kebenaran memungut derma (jika ada)

Kalau saudar/i menjadi seorang AJK Pemasaran maka saudara/i perlu mengetahui perkara-perkara di atas.

Ketua Block of Champion (Block C) Kolej Ibu Zain, UKM
  1. Menyatupadukan penduduk serta menaikkan semangat Block di dalam Family Day (Hanya sekadar berhibur dalam kekeluargaan kolej)
  2. Menyusun AJK Block untuk urusan Block
  3. Mengadakan mesyuarat Block
  4. Menyebarkan isu-isu keselamatan & Kebersihan Block
  5. Mengawasi dan menjaga Block
  6. Mewujudkan konsep sayang akan Block ibarat rumah sendiri


Kalau saudar/i menjadi Ketua Block atau AJK Block maka ini adalah perkara yang perlu tahu untuk dilakukan. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun 2 adalah tahun yang paling mencabar kepada saya kerana tahun ini adalah tahun yang paling hebat saya menglibatkan diri di dalam program kolej dan mengambil jam kredit 22 hingga 23 di dalam pembelajaran saya. Program dan jawatan yang saya terlibat adalah:
  1. Ketua Eksekutif (KE) Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) 2013/2014 Kolej Ibu Zain, UKM
  2. Presiden Ekorelawan UKM
  3. Kapten Alam Sekitar IPT (UKM), Jabatan Alam Sekitar  
  4. MEP Pemantau Program Alur Ilmu the Heart of UKM anjuran Kolej Ibu Zain, UKM
  5. MEP Pemantau Program Eco-Food Courts UKM
  6. Ketua Pengarah Kayuhanan Amal & Muhibbah (KASIH 3) Malaysia-Australia
  7. MEP Pemantau Bengkel Pemasaran & Publisiti
  8. Ahli aktif Kelab Berbasikal UKM

Maka saya perincikan apa yang boleh saya ceritakan pengalaman melalui jawatan tersebut.

Ketua Eksekutif (KE) Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) 2013/2014 Kolej Ibu Zain, UKM
Sifat yang perlu ada untuk membuatkan semua orang selesa dengan anda daripada apa yang saya lakukan sendiri adalah:
  1. Kalau menjadi ketua jangan sombong dan selalu bertegu sapa
  2. Libatkan diri dalam segala aktiviti dan program
  3. Jangan mengabaikan pelajar dibawah anda
  4. Tahu dan paham dengan urusan kerja
  5. Memberi guide kepada mereka yang baru untuk mengenali dunia berprogram
  6. 200% kerja lebih daripada ahli biasa
  7. Mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri
  8. Memandang dengan pandangan HORMAT & MATANG terhadap orang lain
  9. Menguruskan dengan sistematik organisasi
  10. Tahan cabaran dan dugaan
  11. Berani mencuba perkara baru
  12. Mampu membuat keputusan disaat kritikal
  13. Semangat yang konsisten
  14. Menjaga personaliti serta berintegriti
  15. Tegas bertempat, tegur bersebab

In Shaa Allah dengan adanya sifat di atas maka saudar/I mampu menjadi Ketua yang baik kepada orang bawahan.

Dibawah organisasi MEP 2013/2014 ini sebanyak 10 program yang di kategorikan sebagai program yang berimpak tinggi atau Mega Projek telah dianjurkan iaitu:
  1. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
  2. Business Mania
  3. Pesta Pantun Integrasi Budaya 2014
  4. Hak Asasi Manusia Iii: Bengkel Penulisan Pengalaman Mengenai Kanak-Kanak Stateless Di Pulau Mabul, Sabah
  5. Ham III : Shrek Project
  6. Cycle For Charity
  7. Program Alur Ilmu; The Heart Of Ukm 2013/2014 Siri
  8. Pesta Pantun Tunas Warisan 2013
  9. Night Of Kung Fu
  10. Malay Language Outreach Programme (Mylop)

Manakala selebihnya sebanyak 18 program iaitu:
  1. Bengkel Teknikal
  2. Bengkel Asas Fotografi
  3. Program Silang Budaya Antarabangsa Indonesia-Malaysia
  4. We Are 1 Colour (Siri 1) : Puncak Perpaduan Broga
  5. Bukit Tinggi Nature Trail
  6. Program Shaping Humanities For Future Leader (Shuffle)
  7. Coffee And Cakes Corner
  8. Seminar Pemantapan Akidah
  9. Malam Kesenian Kolej Ibu Zain
  10. Hari Keluarga Kiz
  11. Kejohanan Sukan Ibu Zain
  12. Sharing Session With The Best Of The Best
  13. Book House
  14. Pesta Bowling Kpta
  15. Bengkel Pemasaran & Publisiti
  16. Interact With Us
  17. Kempen Solat Jemaah  Dan Program Berbuka Puasa
  18. Eco-Wall Bersama Im4u

Jumlah keseluruhan program anjuran MEP 2013/2014 pada ketika ini sebanyak 28 program. Syabas kepada ahli MEP 2013/2014. Syabas juga diucapkan kepada AJK setiap program yang terdiri daripada pelajar Kolej Ibu Zain sendiri. Terima kasih juga diucapkan kepada Ayahanda Pengetua Kolej Ibu Zain, En. Anuar Ahmad serta Timbalan Pengetua, En. Nik Mohd Noor Faizul, Majlis Felo dan pihak pengurusan Kolej Ibu Zain yang membantu, menyokong dan memberi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang masa. Jasa dan sumbangan pihak kalian amatlah dihargai dan semoga Allah S.W.T. membalasnya dengan kejayaan dunia dan akhirat.

Apa yang amat membanggakan adalah keberjayaan mewujudkan jaringan kerjasama antara pihak Kolej Ibu Zain bersama pihak luar/koporat iaitu:
  1. Verve
  2. Soy E
  3. Jike Biotech (M) Sdn Bhd
  4. Koperasi Unikeb, Ukm
  5. Rsport Eyenyx
  6. Iam Cyclist
  7. Scoreboard Tv3 (Liputan Media)
  8. Dunia Sukan (Liputan Media)
  9. Roda Pantas (Liputan Media)
  10. Majalah Aspirasi Ukm (Liputan Media Di Ukm)
  11. Phang Oo Lang Kedai Ubat
  12. I-Bicycles
  13. Choo Tai Jie
  14. Dbp
  15. Pusat Kebudayaan Ukm
  16. IM4U
  17. Fb Dua Puluh Resources (Purfume House)
  18. Perbadanan Putrajaya
  19. Sk Event Management
  20. Agro Jerneh Sdn Bhd (Moola Snek)
  21. Mizam World Resources
  22. Sufizal Enterprise
  23. United Angle Sdn Bhd
  24. Jen Wall Enterprise
  25. Mpws Training Center
  26. Damiena Trading
  27. Waterless Car Spa
  28. Abe Mat Trading
  29. Mysa Bike Hub
  30. Institusi Alam Sekitar Dan Pembangunan (Lestari)
Kebanyakkan penajaan ini berjaya diperoleh daripada program Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH 4) UKM anjuran MEP Bahagian Sukan & Rekreasi Kolej Ibu Zain, UKM. Syabas diucapkan kepada semua AJK KASIH 4 yang telah bekerja keras untuk ini!

 Program Alur Ilmu,Program Eco-Food Courts, Program KASIH 3 & KASIH 4, Kelab Ekorelawan UKM dan Kelab Berbasikal UKM
  1. Secara keseluruhan saya mendapat pengalaman dalam membuat jaringan kerjasama pintar melalui penglibatan didalam program diatas.
  2. Saya juga belajar tentang bagaimana bila kita ingin berurusan dengan orang koporat dari segi Pakaian, Percakapan, Gaya dan Gerak Kerja yang memerlukan profesionalisme yang tinggi.
  3. Untuk mewujudkan jaringan kerjasama kita perlu menyediakan Pakej Penajaan yang cukup menarik. (Penyiaran di dalam TV adalah keutamaan)
  4. Ikon, Duta atau individu yang berpengaruh merupakan publisiti yang cukup kuat untuk menaikkan nama program anda. (Bergantung kepada bentuk program)
  5. Berurusan dengan pihak luar adalah lebih baik berurusan secara face-to-face
  6. Berurusan dengan cara koporat dan professional dari segi petuturan dan kekemasan aturan kerja
  7. Berani membuat sesuatu perubahan dan pembaharuan walaupun mengetahui akan mendapat pelbagai tentangan (Pengalaman daripada Program Alur Ilmu)
  8. Apabila menyertai program di luar selalu berkenalan dengan pihak penganjur atau tetamu atau sesiapa sahaja di dalam program tersebut. Mungkin individu itu dapat membantu kita di masa hadapan.
  9. Mempunyai kebolehan dalam melakukan kepelbagaian tugas dalam masa yang serentak
  10. Menghargai masa. Makin sibuk makin saudara/i menghargai masa.
Siaran Langsung di Scoreboard TV3 untuk KASIH 3 Malaysia-Australia

Pembentangan Sesi Dialog Alur Ilmu the Heart of UKM

Ahli aktif Kelab Basikal UKM

Keratan akhbar kejayaan KASIH 4. Syabas!


Pengalaman mengumpulkan dana di Bandar Melbourne untuk disumbangkan kepada YAWA sempena KASIH 3

Pembentangan di depan Naib Canselor UKM tentang cadangan Eco-Food Courts bekerjasama dengan Federal Malay Holdings.

Pembentangan Projek Alur Ilmu untuk Dana Belia

Membuat Eco-Wall bersama IM4U dan Anwar Hadi

Untuk mendapat pembelajaran yang lebih baik dan jelas maka saudara/i sendiri perlu merasainya sendiri. Peluang hanya datang sekali dan ingatlah inilah masanya saudara/i ingin mencorakkan diri saudara/i sebagai persediaan di dunia pekerjaan nanti. Bagi diri saya ini masih lagi belum cukup.

Segala kemahiran ini amat diperlukan untuk membentuk kebolehpasaran diri saudara/i. Pulangannya bukan pada orang lain tapi kepada saudara/i sendiri. Maka berusahalah dengan sebaik mungkin untuk memajukan diri sendiri. Siapa lagi ingin membantu diri sendiri selain diri sendiri? Pikir-pikirkan. :D


TENGKU MUHAMMAD ADIDDUDIN SHAH B. TENGKU ARISTON SYAH
MANTAN KE MEP KIZ 2013/2014
TEL : 014-6484841
Fb : Adiddudin Shah

Monday, February 23, 2015

HAM IV : Pendidikan Kanak-Kanak di Pulau Mabul

PENULISAN HAM IV SIRI 4
Pendidikan Kanak-Kanak di Pulau Mabul

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur dapat ke Pulau Mabul, Sabah.


My assumption towards kids in Mabul.
-Kanak-kanak yang aggressif dan sukar dikawal.
-Disebabkan mereka tidak mendapat hak pendidikan, saya anggap kanak-kanak ini kurang bijak.


Skop Penulisan: Pendidikan.
Perjumpaan pertama bersama kanak-kanak Pulau Mabul.


Pada mulanya, mereka seorang yang pemalu. Cepat respon. Teruja dengan kehadiran orang baru. Tahu mengira dan pandai berjual beli. Tekun dan bersungguh-sungguh apabila  melakukan aktiviti. Sangat kreatif.


Salah satu karya lukisan kanak-kanak Mabul Kids. Mereka memiliki bakat melukis yang orang luar /pelawat tidak jangkakan. Satu pembaziran besar jika bakat mereka dibiarkan begitu sahaja.


Perjumpaan kedua ketika aktiviti sukaneka.


Ketika sukaneka, saya melihat kanak-kanak tersebut sangat bijak dalam melakukan aktiviti baling getah ke dalam pinggan. Aktiviti tersebut dilakukan di tepi pantai dalam keadaan yang berangin. Apa yang mereka lakukan ialah mereka menyimpul getah tersebut terlebih dahulu suapaya dapat menahan derusan angin yang kuat. One word. Bijak.

Ternyata ‘my assumption’ salah. =)

Secara keseluruhannya, pendidikan sangat memainkan peranan penting dalam system kehidupan. Mengapa?

Sudut sistem kekeluargaan.
Mereka mempunyai bilangan anak yang ramai (nisbah: 1 keluarga 10 orang). Muncul satu persoalan, adakah apabila tidak mempunyai pendidikan, maka mereka tidak tahu merancang keluarga (family planning)?

Sudut persekitaran.
Kawasan kampung kotor. Sampah boleh dilihat merata-rata. Tepian pantai penuh dengan longgokan sampah. Adakah mereka tidak tahu mengenai penjagaan alam sekitar? Atau.. mereka tahu tetapi tidak mempunyai kesedaran? Di sini lah lompang pendidikan yang jelas.

Sudut komuniti.
Pada pendapat saya, golongan ibu bapa, tidak ada rasa keperluan untuk mengubah masa depan kerana tidak tahu platformnya. Mereka berjudi. Aktiviti berjudi ini disebabkan pengaruh daripada pelacong/orang luar. Apabila tidak mempunyai pendidikan, maka jelas tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

Sudut Agama.
Kebanyakan masyarakat Mabul beragama Islam. Namun ada segelintir daripada mereka yang menyembah/mempercayai perkara-perkara khurafat atau yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga agak bebas. Ternyatalah, ilmu jalan menuju iman (Islam).

Apabila tiada pendidikan, tiada ilmu, maka setiap sudut di atas juga akan terabai.

Ya, sistem pendidikan bermasalah.


Oleh disebabkan tidak mendapat peluang dalam pendidikan (belajar di sekolah harian), mereka secara tidak langsung telah manfaatkan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dalam kehidupan seharian mereka. Mereka kaya dengan pelbagai kemahiran. Sebagai contoh, kemahiran berenang, kemahiran memanjat pokok, melukis dan mengayuh sampan (walaupun usia masih muda). Saya percaya kemahiran tersebut juga adalah ilmu yang perlu dibelajar. I would say, they are smart in their own way. =)



Kanak-kanak ini bercita-cita tinggi dan berharap memiliki masa depan yang cerah. Persoalannya, adakah ianya akan menjadi kenyataan dengan kurangnya panduan yang mampu membantu mereka merangka pelan kehidupan. Mampukah??


INS. 16 MARCH 2014.

Sunday, February 8, 2015

Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015


Assalamualaikum kawan-kawan, Saya ialah salah seorang urus setia Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 (PPIB 2015).

PPIB adalah program yang sangat disayangi oleh para AJK. Bahagian Kesenian dan Warisan, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Kebudayaan, UKM telah menjadi pencetus bagi kami untuk menganjurkan progam ini. Program ini merupakan penganjuran kali yang ke-4 dan sedikit kelainan ditonjolkan iaitu penyertaan daripada sekolah-sekolah menengah dan seluruh IPTA dari Malaysia dan Indonesia.

Seperti yang kita sedia maklum, program ini adalah untuk menonjolkan bakat dalam seni berpantun di samping memperkasakan seni warisan Melayu yang makin pudar di Malaysia kini.

Orang yang paling berpengaruh dalam PPIB ini adalah Felo kami iaitu ABANG IEJAN dan MEP kami SHAHRUL.


ALHAMDULILLAH, program ini berlangsung dengan lancar dan seperti yang dirancang, gerak kerja awal sudah banyak dibuat oleh senior senior yg sudah arif dalam penganjuran pesta pantun ini. Orang orangnya seperti Shahrul, Najah, Azreen, Liza, Zie, setiausaha kami yang sangat bagus iaitu Siti Hawa dan Urusetia Jemputan Hanif dan Izzati. Saya bangga dengan kegigihan senior-senior yang sanggup menyelesaikan tanggungjawab walaupun dalam ‘mood’ peperiksaan.

16/1/2015 – tamatlah peperiksaan bagi pelajar pelajar UKM dan ramai pelajar yang sudah pulang ke kampung. Keesokkan harinya, perkampungan bagi PPIB bermula walaupun belum semua AJK pulang ke kolej Ibu Zain. 


Aku tahu saat ini semua ingin pulang ke pangkuan keluarga menikmati hari-hari terindah bersama keluarga. Namun, tanggungjawab yang harus ditunaikan membuatkan mereka tetap tinggal di KIZ sehingga tamat program ini. Hubungan antara senior dan junior semakin erat dan bermakna di mana gurau senda  menjadi penghibur kami. Kami juga berasa tersentuh kerana abg Iejan sanggop ulang alik dari KIZ ke PJ(tempat kerja abg Iejan) demi melihat kami melakukan tugas. Group whatsApp kami yang tidak putus putus dengan mesej mesej kerana kami berhubung dengan abang Iejan melalui WhatsApp pada hari abg Iejan bekerja. Hampir setiap malam kami menonton ‘movie hantu’ bersama-sama dan keadaan ini tidak mungkin kami dapat selepas program ini tamat.

Pada hujung minggu, AJK dibenarkan untuk berehat dan kami mengambil keputusan untuk masak di rumah abg Iejan. Kemeriahan di dalam rumah abg Iejan melenyapkan kesedihan segelintir AJK yang ingin pulang. Kami tahu abg Iejan sunyi dan kami berharap kehadiran kami dapat mengubat semua kesunyian abg Iejan. Setelah selesai memasak, kami makan bersama sama di Skylight sambil ditemani gelak ketawa.

Minggu pertama perkampungan, kami menyiapkan semua kerja yang berurusan dengan pejabat. Pada minggu kedua, kami cuma lengkapkan apa yang belum lengkap sehinggalah pada hari rabu kami menyambut kedatangan peserta-peserta dari SMK Song, Sarawak.

Mesyuarat telah diadakan pada malam rabu kerana pada keesokan harinya program kami akan bermula. Mesyuarat bersama En Anuar, Pengetua Kolej Ibu Zain dan En Nik menambah ilmu kami terutama di bahagian protokol berkenaan dengan kedudukan VIP pada majlis penutupan dan perasmian PPIB 2015 ini.

Raptai bagi Majlis penutupan dan perasmian PPIB telah kami buat pada malam isnin dan malam selasa sebagai persiapan agar raptai yang akan diadakan di Panggung Seni berjalan lancar. Apa yang penting, Emcee memainkan peranan dalam menaikkan seri majlis tersebut.

29/1/2015 (KHAMIS) – Hari pertama program ni dan para peserta akan mendaftar bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Selepas waktu zohor, AJK Program dan seengah AJK lelaki diminta untuk ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSK) untuk mengemas bilik pertandingan. Manakala, sebahagian AJK tinggal di kolej bagi membantu para peserta untuk menunjukkan arah bilik mereka.


Pada malamnya, taklimat oleh pihak penganjur diadakan untuk menerangkan tentang perjalanan program ini kerana bagi penganjuran kali ini, kami menggunakan system ‘power match’ yg akan diketuai oleh Abang Afzal yang sudi menolong kami dan dibantu oleh AJK Program. Selepas itu, bengkel ‘Pantun Melayu’ diadakan oleh En Hisyam selaku ketua juri bagi PPIB kali ini.

30/1/2015 (JUMAAT) – Seawal 7.30 pagi sebahagian AJK telah turun ke FSSK. Para peserta diberi makan dan pertandingan saringan diadakan sehinggalah ke petang. Kepenatan naik turun tangga, berlari dari bilik petandingan ke bilik urusetia seperti mahu tercabut kaki yang berjalan ini dirasai hampir kesemua AJK terutama AJK yang menjadi ‘runner’. Ada AJK yang tidak sempat untuk makan tengahhari kerana terlalu sibuk. Mereka percaya kepenatan ini pasti berakhir dengan kegembiraan. Kegembiraan yang akan hanya tinggal kenangan kepada team PPIB kali ini.
Pada malamnya, ke semua AJK melakukan tugas masing masing. Ada yang menyiapkan kerja di dalam bilik gerakan PPIB, ada yang pergi membeli makanan kepada AJK yang tidak sempat menjamah dan selebihnya mengemas bilik pertandingan kerana pertandingan pada hari sabtu akan diadakan di Kolej Ibu Zain.

31/1/2015 (SABTU) – Jam di tangan sudah menunjukkan 8 pagi dan semua AJK sudah mula sarapan dan bergerak ke bilik pertandingan. Keletihan dan kekurangan tidur ditonjolkan oleh AJK namun mereka tetap tabah meneruskan apa yang mereka tela mulakan ini. Demi sayang akan program ini, mereka sanggup. J

Pada sebelah pagi pertandingan saringan 4 diadakan seterusnya diikuti dengan pertandingan suku akhir, separuh akhir dan penentuan ketiga dan keempat.

Ketika pertandingan suku akhir berlangsung, hampir kesemua AJK lelaki turun ke Panggung Seni untuk menyiapkan dekorasi pertandingan akhir dan kelengkapan teknikal yang dibantu oleh Abang Zul dan Abang Zaki daripada Pusat Kebudayaan UKM.


1/1/2015 (AHAD) – Keindahan dalam program ini adalah keindahan kami yang menginginkan program ini berjalan lancar dan tamat dengan kepuasan kami terutama abg Iejan.

Pada sebelah pagi telah diadakan Pertandingan Akhir Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 bagi kategori sekolah antara Sekolah Menengah Kebangsaan Song, Sarawak sebagai pedagang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor sebagai pembeli. Pertandingan di ketuai oleh Muhamad Noriman Mustafa All Bakry, Finalis Projek Radio HOT FM dan Hafifi, Juri saringan PPIB 2015 ditemani oleh jurumasa, Siti Hawa Alias. Pertandingan antara 2 sekolah yang sama hebat ini diadili oleh 5 orang juri yang profesiaonal.

Kami sangat berbesar hati dengan kedatangan pihak Astro Awani yang membuat liputan pertandingan akhir ini dan menyiarkan di dalam Astro Awani secara langsung di kaca televisyen. Terima kasih juga diucapkan kepada Iman (jurupantun) dan CK Faizal, wartawan h live kerana mengundang Astro Awani.


Setelah selesai pertandingan akhir kategori sekolah, raptai untuk majlis penutupan dan perasmian diadakan sebelum berlangsungnya majlis tersebut yang bermula ada jam 3 petang. Majlis Penutupan dan Perasmian Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 disempurnakan oleh  Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,Pengerusi Yayasan Warisanegara. Para VIP majlis kami adalah
  • Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,Pengerusi Yayasan Warisanegara
  • Dan isteri, Puan Sri Masnah Rais
  • Yang Berbahagia, Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, TNC HEPA, UKM
  • Yang Berusaha, Encik Anuar Ahmad, Pengetua Kolej Ibu Zain, UKM
  • Dan Isteri, Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah
  • 2 orang wakil Yayasan Warisanegara
  • Wakil DBP

Ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri membuatkan hati kami berdebar-debar dan tangan kami berasa sejuk. Doa kupohon agar majlis ini berjalan lancar dan berjaya. Jurupantun pertandingan akhir IPT pada sebelah petang ialah Muhamad Noriman Mustafa All Bakry, Finalis Projek Radio HOT FM ditemani oleh Afiqah Ramdun atau lebih dikenali sebagai Kak Efi.

Ketika berlangsungnya majlis ini, hati kami menari-nari kerana apa yang kami lakukan kini sudah sampai ke kemuncaknya dan program ini sudah hampir tamat. Tak semua yang tahu kepahitan yang bersembungi di sebalik kegembiraan pada wajah semua AJK terutama abg Iejan untuk memastikan program ini lancar. 



Setelah semuanya berakhir, air mata yang kelihatan di mata orang yang kami sayang membuatkan hati kami terkilan. Dia yang membuatkan kami cinta program pantun ini. Dia yang mengajarkan daripada kami tidak tahu apa apa sehingga kami berjaya menganjurkan program sebesar ini. Senyuman yang terukir di bibirnya bertambah manis apabila En. Anuar memberi gred A++ kepada kami. YEAH , KAMI BERJAYA !!!!

Post mortem yang diadakan pada sebelah malam membuatkan kami tidak dapat menahan sebak dan menangis kerana pengorbanan abg Iejan dan setiap AJK yang menyentuh hati. Lebihan duit yang ada, abg Iejan telah belanjakan kami Domino’s Pizza. Baginya, sepotong pizza itu hanya sedikit jika dibandingkan dengan pengorbanan dan kerjasama kami selama program ini berlangsung.

Kami tahu dia sedih sebab esok semuanya akan kembali kepada sedia kala, lobi akan menjadi sunyi sepi, Bilik UPIN akan kosong tanpa keriuhan kami. Kerusi Skylight tidak akan bunyi kerana sudah tiada raptai, kawasan lobi tidak akan kedengaran bunyi motor-motor AJK. Kami tetap ada di hati abang Iejan.

JUMPA SEM DEPAN…..  J Terima kasih kepada semua AJK dan jurupantun tetap PPIB , UDIN & AMSYAR kerana sanggup menjadi jurupantun.

Esoknya, semua pulang ke rumah masing-masing. Kenangan terindah yang kami cipta ini pasti akan kami kenang sampai bila bila. In sya ALLAH. SAYANG TEAM PPIB 2015.

Shahrul, Najah, Hawa, Azreen, Nisa, Nadia, Fazirah, Qeyra, Syafiqa, Hazim, Nik Firdaus, Syafiq, Zie, Ili, Hanif, Zati, Madi, Aeiman, Piji, AzrulShafik, Liza, Mustaqim, Aliff, Firdaus, Nik Aziz, Zaki, Adilah, Aqilah, Farah.





Tuesday, February 3, 2015

HAM IV : Kanak-Kanak Suluk dan Bajau di Pulau Mabul

PENULISAN HAM IV SIRI 3
Kanak-kanak Suluk dan Bajau di Pulau Mabul

Etnik Bajau dan Suluk merupakan antara etnik yang ada di Pulau Mabul. Sepanjang program di Pulau Mabul, saya dan ahli kumpulan saya telah mendekati kanak-kanak Suluk dan Bajau. Kanak-kanak Suluk dan Bajau ini senang ditemui di pulau tersebut kerana mereka menetap di bahagian darat. Kanak-kanak Suluk dan Bajau di pulau ini juga dibahagikan kepada dua kategori, iaitu warganegara dan bukan warganegara atau stateless.

Sepanjang di Pulau Mabul, kami mendekati kanak-kanak Suluk dan Bajau melalui program-program yang kami adakan. Dari program-program yang kami adakan, saya dapat mengenalpasti ciri-ciri dan keistimewaan kanak-kanak ini.

Antara ciri dan kestimewaan kanak-kanak ini ialah peramah. Semasa program pertama yang kami adakan di Mabul Kids Education Society (MKES), apa yang dapat saya lihat ialah sifat peramah kanak-kanak ini. Selepas menjejakkan kaki ke dalam MKES, kanak-kanak ini terus menyapa kami. Mereka juga tidak kekok dengan kami dimana setiap aktiviti yang kami jalankan, mereka menyertainya dengan bersungguh-sungguh dan gembira. Tambahan lagi mereka juga suka berbual dengan kami. Hal ini sekaligus membuatkan kami mudah rapat dengan mereka.

Seterusnya, kanak-kanak Suluk dan Bajau ini mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Kanak-kanak di MKES majoritinya adalah kanak-kanak stateless yang tidak mempunyai peluang untuk bersekolah di sekolah kerajaan. Walaupun mereka tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan sempurna di sekolah kerajaan, namun, mereka tetap ingin belajar, dan disebabkan itu mereka datang ke MKES ini. Apa yang menariknya di MKES ini, semua pelajar diajar tentang perkara yang sama. Semua pelajar tidak kira usia belajar perkara yang sama. Dalam erti kata lain, tidak ada pembahagian kelas di MKES. 

Selain itu, kanak-kanak ini juga mempunyai kreativiti yang tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti melukis yang kami adakan di MKES. Hampir ke semua kanak-kanak in mempunyai bakat melukis dan mewarna. Cara mereka melukis persis seakan-akan pelukis professional. Cara mereka mengekspresikan imaginasi mereka ke dalam satu lukisan amat mengagumkan  saya. Jika diberi peluang dan didikan, mereka pasti boleh berjaya menjadi seorang pelukis terkenal.


Di samping itu, kanak-kanak ini juga mempunyai cita-cita yang tinggi. Saya dan beberapa ahli kumpulan projek telah menemubual 12 orang kanak-kanak Suluk dan Bajau semasa berada di Surau. Dalam temubual tersebut, kami bertanyakan nama, umur, hobi dan cita-cita mereka. Kami juga mendapati hanya seorang kanak-kanak yang bersekolah di sekolah kerajaan atau dalam erti kata lain mempunyai kewarganegaraan dan selebihnya bersekolah di Mabul Kids Education Society. 

Apa yang menyedihkan saya adalah, kanak-kanak stateless ini mempunyai cita-cita yang tinggi. Ada yang ingin menjadi Polis, Ustaz, cikgu, Imam dan ada juga yang ingin menjadi doctor. Terdetik di hati saya satu persoalan, adakah mereka sedar yang cita-cita mereka itu akan menjadi satu khayalan sahaja?