photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Sunday, February 8, 2015

Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015


Assalamualaikum kawan-kawan, Saya ialah salah seorang urus setia Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 (PPIB 2015).

PPIB adalah program yang sangat disayangi oleh para AJK. Bahagian Kesenian dan Warisan, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Kebudayaan, UKM telah menjadi pencetus bagi kami untuk menganjurkan progam ini. Program ini merupakan penganjuran kali yang ke-4 dan sedikit kelainan ditonjolkan iaitu penyertaan daripada sekolah-sekolah menengah dan seluruh IPTA dari Malaysia dan Indonesia.

Seperti yang kita sedia maklum, program ini adalah untuk menonjolkan bakat dalam seni berpantun di samping memperkasakan seni warisan Melayu yang makin pudar di Malaysia kini.

Orang yang paling berpengaruh dalam PPIB ini adalah Felo kami iaitu ABANG IEJAN dan MEP kami SHAHRUL.


ALHAMDULILLAH, program ini berlangsung dengan lancar dan seperti yang dirancang, gerak kerja awal sudah banyak dibuat oleh senior senior yg sudah arif dalam penganjuran pesta pantun ini. Orang orangnya seperti Shahrul, Najah, Azreen, Liza, Zie, setiausaha kami yang sangat bagus iaitu Siti Hawa dan Urusetia Jemputan Hanif dan Izzati. Saya bangga dengan kegigihan senior-senior yang sanggup menyelesaikan tanggungjawab walaupun dalam ‘mood’ peperiksaan.

16/1/2015 – tamatlah peperiksaan bagi pelajar pelajar UKM dan ramai pelajar yang sudah pulang ke kampung. Keesokkan harinya, perkampungan bagi PPIB bermula walaupun belum semua AJK pulang ke kolej Ibu Zain. 


Aku tahu saat ini semua ingin pulang ke pangkuan keluarga menikmati hari-hari terindah bersama keluarga. Namun, tanggungjawab yang harus ditunaikan membuatkan mereka tetap tinggal di KIZ sehingga tamat program ini. Hubungan antara senior dan junior semakin erat dan bermakna di mana gurau senda  menjadi penghibur kami. Kami juga berasa tersentuh kerana abg Iejan sanggop ulang alik dari KIZ ke PJ(tempat kerja abg Iejan) demi melihat kami melakukan tugas. Group whatsApp kami yang tidak putus putus dengan mesej mesej kerana kami berhubung dengan abang Iejan melalui WhatsApp pada hari abg Iejan bekerja. Hampir setiap malam kami menonton ‘movie hantu’ bersama-sama dan keadaan ini tidak mungkin kami dapat selepas program ini tamat.

Pada hujung minggu, AJK dibenarkan untuk berehat dan kami mengambil keputusan untuk masak di rumah abg Iejan. Kemeriahan di dalam rumah abg Iejan melenyapkan kesedihan segelintir AJK yang ingin pulang. Kami tahu abg Iejan sunyi dan kami berharap kehadiran kami dapat mengubat semua kesunyian abg Iejan. Setelah selesai memasak, kami makan bersama sama di Skylight sambil ditemani gelak ketawa.

Minggu pertama perkampungan, kami menyiapkan semua kerja yang berurusan dengan pejabat. Pada minggu kedua, kami cuma lengkapkan apa yang belum lengkap sehinggalah pada hari rabu kami menyambut kedatangan peserta-peserta dari SMK Song, Sarawak.

Mesyuarat telah diadakan pada malam rabu kerana pada keesokan harinya program kami akan bermula. Mesyuarat bersama En Anuar, Pengetua Kolej Ibu Zain dan En Nik menambah ilmu kami terutama di bahagian protokol berkenaan dengan kedudukan VIP pada majlis penutupan dan perasmian PPIB 2015 ini.

Raptai bagi Majlis penutupan dan perasmian PPIB telah kami buat pada malam isnin dan malam selasa sebagai persiapan agar raptai yang akan diadakan di Panggung Seni berjalan lancar. Apa yang penting, Emcee memainkan peranan dalam menaikkan seri majlis tersebut.

29/1/2015 (KHAMIS) – Hari pertama program ni dan para peserta akan mendaftar bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Selepas waktu zohor, AJK Program dan seengah AJK lelaki diminta untuk ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSK) untuk mengemas bilik pertandingan. Manakala, sebahagian AJK tinggal di kolej bagi membantu para peserta untuk menunjukkan arah bilik mereka.


Pada malamnya, taklimat oleh pihak penganjur diadakan untuk menerangkan tentang perjalanan program ini kerana bagi penganjuran kali ini, kami menggunakan system ‘power match’ yg akan diketuai oleh Abang Afzal yang sudi menolong kami dan dibantu oleh AJK Program. Selepas itu, bengkel ‘Pantun Melayu’ diadakan oleh En Hisyam selaku ketua juri bagi PPIB kali ini.

30/1/2015 (JUMAAT) – Seawal 7.30 pagi sebahagian AJK telah turun ke FSSK. Para peserta diberi makan dan pertandingan saringan diadakan sehinggalah ke petang. Kepenatan naik turun tangga, berlari dari bilik petandingan ke bilik urusetia seperti mahu tercabut kaki yang berjalan ini dirasai hampir kesemua AJK terutama AJK yang menjadi ‘runner’. Ada AJK yang tidak sempat untuk makan tengahhari kerana terlalu sibuk. Mereka percaya kepenatan ini pasti berakhir dengan kegembiraan. Kegembiraan yang akan hanya tinggal kenangan kepada team PPIB kali ini.
Pada malamnya, ke semua AJK melakukan tugas masing masing. Ada yang menyiapkan kerja di dalam bilik gerakan PPIB, ada yang pergi membeli makanan kepada AJK yang tidak sempat menjamah dan selebihnya mengemas bilik pertandingan kerana pertandingan pada hari sabtu akan diadakan di Kolej Ibu Zain.

31/1/2015 (SABTU) – Jam di tangan sudah menunjukkan 8 pagi dan semua AJK sudah mula sarapan dan bergerak ke bilik pertandingan. Keletihan dan kekurangan tidur ditonjolkan oleh AJK namun mereka tetap tabah meneruskan apa yang mereka tela mulakan ini. Demi sayang akan program ini, mereka sanggup. J

Pada sebelah pagi pertandingan saringan 4 diadakan seterusnya diikuti dengan pertandingan suku akhir, separuh akhir dan penentuan ketiga dan keempat.

Ketika pertandingan suku akhir berlangsung, hampir kesemua AJK lelaki turun ke Panggung Seni untuk menyiapkan dekorasi pertandingan akhir dan kelengkapan teknikal yang dibantu oleh Abang Zul dan Abang Zaki daripada Pusat Kebudayaan UKM.


1/1/2015 (AHAD) – Keindahan dalam program ini adalah keindahan kami yang menginginkan program ini berjalan lancar dan tamat dengan kepuasan kami terutama abg Iejan.

Pada sebelah pagi telah diadakan Pertandingan Akhir Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 bagi kategori sekolah antara Sekolah Menengah Kebangsaan Song, Sarawak sebagai pedagang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor sebagai pembeli. Pertandingan di ketuai oleh Muhamad Noriman Mustafa All Bakry, Finalis Projek Radio HOT FM dan Hafifi, Juri saringan PPIB 2015 ditemani oleh jurumasa, Siti Hawa Alias. Pertandingan antara 2 sekolah yang sama hebat ini diadili oleh 5 orang juri yang profesiaonal.

Kami sangat berbesar hati dengan kedatangan pihak Astro Awani yang membuat liputan pertandingan akhir ini dan menyiarkan di dalam Astro Awani secara langsung di kaca televisyen. Terima kasih juga diucapkan kepada Iman (jurupantun) dan CK Faizal, wartawan h live kerana mengundang Astro Awani.


Setelah selesai pertandingan akhir kategori sekolah, raptai untuk majlis penutupan dan perasmian diadakan sebelum berlangsungnya majlis tersebut yang bermula ada jam 3 petang. Majlis Penutupan dan Perasmian Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 disempurnakan oleh  Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,Pengerusi Yayasan Warisanegara. Para VIP majlis kami adalah
  • Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,Pengerusi Yayasan Warisanegara
  • Dan isteri, Puan Sri Masnah Rais
  • Yang Berbahagia, Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, TNC HEPA, UKM
  • Yang Berusaha, Encik Anuar Ahmad, Pengetua Kolej Ibu Zain, UKM
  • Dan Isteri, Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah
  • 2 orang wakil Yayasan Warisanegara
  • Wakil DBP

Ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri membuatkan hati kami berdebar-debar dan tangan kami berasa sejuk. Doa kupohon agar majlis ini berjalan lancar dan berjaya. Jurupantun pertandingan akhir IPT pada sebelah petang ialah Muhamad Noriman Mustafa All Bakry, Finalis Projek Radio HOT FM ditemani oleh Afiqah Ramdun atau lebih dikenali sebagai Kak Efi.

Ketika berlangsungnya majlis ini, hati kami menari-nari kerana apa yang kami lakukan kini sudah sampai ke kemuncaknya dan program ini sudah hampir tamat. Tak semua yang tahu kepahitan yang bersembungi di sebalik kegembiraan pada wajah semua AJK terutama abg Iejan untuk memastikan program ini lancar. 



Setelah semuanya berakhir, air mata yang kelihatan di mata orang yang kami sayang membuatkan hati kami terkilan. Dia yang membuatkan kami cinta program pantun ini. Dia yang mengajarkan daripada kami tidak tahu apa apa sehingga kami berjaya menganjurkan program sebesar ini. Senyuman yang terukir di bibirnya bertambah manis apabila En. Anuar memberi gred A++ kepada kami. YEAH , KAMI BERJAYA !!!!

Post mortem yang diadakan pada sebelah malam membuatkan kami tidak dapat menahan sebak dan menangis kerana pengorbanan abg Iejan dan setiap AJK yang menyentuh hati. Lebihan duit yang ada, abg Iejan telah belanjakan kami Domino’s Pizza. Baginya, sepotong pizza itu hanya sedikit jika dibandingkan dengan pengorbanan dan kerjasama kami selama program ini berlangsung.

Kami tahu dia sedih sebab esok semuanya akan kembali kepada sedia kala, lobi akan menjadi sunyi sepi, Bilik UPIN akan kosong tanpa keriuhan kami. Kerusi Skylight tidak akan bunyi kerana sudah tiada raptai, kawasan lobi tidak akan kedengaran bunyi motor-motor AJK. Kami tetap ada di hati abang Iejan.

JUMPA SEM DEPAN…..  J Terima kasih kepada semua AJK dan jurupantun tetap PPIB , UDIN & AMSYAR kerana sanggup menjadi jurupantun.

Esoknya, semua pulang ke rumah masing-masing. Kenangan terindah yang kami cipta ini pasti akan kami kenang sampai bila bila. In sya ALLAH. SAYANG TEAM PPIB 2015.

Shahrul, Najah, Hawa, Azreen, Nisa, Nadia, Fazirah, Qeyra, Syafiqa, Hazim, Nik Firdaus, Syafiq, Zie, Ili, Hanif, Zati, Madi, Aeiman, Piji, AzrulShafik, Liza, Mustaqim, Aliff, Firdaus, Nik Aziz, Zaki, Adilah, Aqilah, Farah.





No comments:

Post a Comment