photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Tuesday, October 21, 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Oleh : Anonymous, Tahun 2

Tak kenal maka tak cinta. Sebuah persahabatan yang dibina di Kolej Ibu Zain, UKM.  Bagaimana persahabatan kami bermula?? Bagaimana penubuhan G.L berlaku? G.L bukan untuk gila dan laro tetapi maksudnya biarlah kami sahaja yang mengetahui.

Perkenalan kami bermula seawal selepas Minggu Mesra Pelajar. Rancangan asal mahu pergi ke Times Square bersama-sama akhirnya bertukar menjadi sebuah persahabatan di Buzen. Buzen nama manja yang diberi senior-senior KIZ. Kami hanya meneruskannya.  Komunikasi kami tercetus di laman social facebook iaitu Junior KIZ 2013/2014. Perbincangan kami untuk ke Times Square mencecah sehingga beratus-ratus komen. Mungkin tindakan kami mengundang kemarahan oleh sahabat KIZ yang lain kerana notificasi mereka asyik berbunyi tetapi pada masa itu kami seakan tidak peka dengan situasi tersebut. Kami jadikan group tersebut bagaikan group kami sendiri.

Perjalanan kami ke Times Square meninggalkan seribu kenangan manis. Dimana saat itu kami bagaikan rusa masuk kampung. Riuh gerabak KTM dengan suara kami. Syukur Alhamdulillah kerana kami ada pemandu arah. Pandu arah punya pandu arah akhirnya kami semua tersesat  kerana kebisingan kami.  Tempat yang sepatutnya kami turun, tidak kami turun kerana keasyikkan mengikut pengumunan yang diumumkan oleh operator KTM. ‘Next station Pudu, next station Pudu. Please mind your step.  Pelbagai perkara lucu berlaku pada kami semasa kami ke Times Square.

Persahabatan kami tidak putus hanya di Times Square. Kami panjangkan persahabatan kami dengan menyertai projek yang sama iaitu Pesta Pantun Tunas Warisan. Ada apa dengan Pesta Pantun Tunas Warisan? Di sini banyak mengajar kami benda baru. Di bawah bimbingan oleh penasihat super comel abg Iejan dan  dan mep kebudayaan yang hensem Elfie.  Projek pantun ini boleh dikatakan sebagai projek pertama kami semua. Kami diajar bagaimana cara untuk menguruskan projek tersebut. Alhamdulillah projek kami berjalan dengan lancar dan ukhuwah antara kami semakin erat.

Menyambut ulang  tahun kelahiran antara sahabat menjadi satu kemestian antara kami. Sambutan ulang tahun bukan semeriah mana, hanya sebiji kek dan sekeping kad ucapan. Mungkin semua itu nampak kecil tetapi bagi kami keikhlasan dalam persahabatan menjadikan semua itu besar nilainya. 

Lulu Sys. Siapa Lulu Sys??  Dia adalah abang kesayangan kami. Keramahan Lulu Sys akhirmya dia juga menjadi salah seorang ahli G.L. Lulu Sys dan abang Iejan boleh dikatakan penasihat kepada kumpulan G.L. Kami banyak menerima nasihat daripada mereka berdua. Mereka mejadikan kami semakin matang. Jika menghadapi masalah, kami banyak membuat rujukan dengan mereka. Dengan kata lain kami G.L sangat sayangkan mereka berdua.

Antara rutin kami semua ialah makan malam bersama–sama. Hampir setiap malam kami akan berkumpul dan makan bersama–sama. Di Kafe Azura lah kami berkongsi cerita, saling sakat – menyakat. Gelak ketawa kami kadang gamat satu kafe. Perbualan kami tidak berakhir di kafe kerana ianya bersambung di lobi juga. Kami digelar saka lobi oleh abang iejan.  Apabila disamping rakan– rakan sendiri tahap konfiden kami amat tinggi. Kami tanpa segan silu menyatakan kami comel,cantik dan hensem. Itulah kami. Kadangkala kami akan saling kutuk mengutuk sesama sendiri. Namun semua itu tidak pernah mengugat persahabatan kami kerana kami semua sudah maklum bahawa itu semua hanyalah gurauan semata–mata. Selfie antara penyakit yang serius menghantui kami. Pantang nampak kamera maka senyuman kami akan terlukis. Cantik ke tak cantik belakang kira. Yang penting muka mesti nampak dalam kamera.

Pengerusi kami sudah tentu ayah bagi kami. Walaupun sebaya tetapi kami selalu memanggilnya dengan panggilan ayah. Panggilan ayah itu cukup melekat pada kami sampai pernah terjadi salah faham. Salah seorang ahli pernah bertanya kepada ahli yang lain. Nama ayah kau apa ? dengan konfiden dia menjawb nama ayah G.L sebagai nama ayah kandungnya. Itulah kami. Percutian ke Sungai Tekala, jalan-jalan ke Kuala Lumpur dan bbq antara aktiviti kami. Kalau hendak cerita memang tak habis.

Lupa nak cakap, sebenarnya ahli G.L ini terdiri daripada pelbagai fakulti. FSSK, FST, FPI, FEP, FKAB, FPEND,dan FTSM. Macam mana kami berlainan kos berlainan fakulti boleh ‘stay up’ belajar sesama sampai pagi terutama pada musim peperiksaan. Itulah kelebihan kami tetap belajar sesama walaupun berlainan aliran kerana kami tahu kalau kami belajar dalam bilik banyak halangan dan cabaran. Terutama bila nampak katil dan laptop depan mata. Apa lagi kerjanya membuta lah.  Sekurang-kurangnya dengan belajar bersama–sama kami dapat lebih fokus. Semasa belajar kami semua menjadi senyap kerana fokus dan apabila dah penat mulalah kami membuat mesyuarat ahli tingkap. Budaya itu masih kami kekalkan sehingga dua sem.

Kami semua boleh dikatakan agak aktif dalam berprogram. Boleh dikatakan semua program kami nak ikuti. Aktif berprogram tidak semestinya kami abaikan pelajaran.  Kami mahu menjadi red umbrella dengan cara kami sendiri. Macam mana biarlah kami tentukan. Alhamdulillah walaupun kami aktif tapi keputusan kami semakin meningkat. Dari sem 1 ke sem 2. PNGK kami semakin meningkat. Kami antara pengumpul merit yang tegar. Boleh dikatakan merit kami agak tinggi.

Persahabatan kami sudah mencecah setahun lebih. Masih lagi seperti dulu. Rapat dan gila-gila. Walaupun sebahagian daripada kami sudah menjadi MEP namun kami masih rapat. Kesibukan mereka tidak menghalangkan mereka dari terus aktif sebagai G.L. Boleh dikatakan mereka tak nak bersaralah dari G.L walaupun mereka teramat sibuk. Kekadang kami kesian tengok mereka. Selalu penat namun kami bangga kerana melihat mereka menjadi pemimpin yang baik dan kami hormat cara mereka. Junior –junior semua jangan risau mereka semua ada masih ada empat kekosongan. Satu lagi perangai ahli lelaki G.L mereka boleh dikatakan menyimpang angan-angan kahwin 4 tahun. Seram tak seram. Hahahaha. Semua ini gara-gara pengaruh besar dari pengerusi kumpulan.

Adat dalam bersahabat ,ada pasangnya ada surutnya. Ada suramnya ada cerahnya. Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula kita sebagai manusia biasa. Bergaduh, berselisih pendapat adalah perkara biasa. Namun seandainya kita pandai mengatasinya dan sayangkan persahabatan yang dibina semua itu hanya menjadi luka kecil yang akan sembuh sendiri.

Tujuan penulisan ini bukanlah untuk mengajar untuk hidup berpuak–puak atau mengagung-agungkan G.L. Tetapi kerana ingin menceritakan realiti sebenarlah dalam kehidupan. Kita memerlukan teman, kita memerlukan sahabat. Siapa sahabat kita, anda sendiri yang tentukan. Kami berlainan latar belakang tetapi bersatu kerana satu perkataan. SAHABAT, TEMAN, KAWAN. Di universiti, kita jauh dari keluarga siapa lagi tempat untuk kita mengadu selain sahabat. Dalam kita mengharungi kehidupan di sini ,jangan pernah lalai. Saling ingat mengingat. Penting untuk kita pilih siapa kawan kita.


Sahabat….
Kita hanya mampu merancang,
ALLAH yang menentukan.
Kita ditemukan di Kolej Ibu Zain,
Disini kita berkongsi suka dan duka,
Disini kita sama –sama perjuangankan nasib,
Sama ada kita kecundang atau kita berjaya,
Kita memilih untuk menjadi sahabat

Sahabat..
Seandainya salah seorang dari kita salah memilih langkah,
Pimpinlah dia kembali,
Pimpinlah dia,
Jangan biarkan dia,
Kerana kita pernah menjadi sahabat,

Wahai sahabat
Tidak pandai aku berkata – kata secara puitis,
Tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih,

Kerana kita masih bergelar sahabat.

2 comments:

  1. Panjang nauuuu. Mentang2 tengah cuti midsem eh. Haha. Dari entry pertama sampai yang ni, semua tak lari dari tema persahabatan.

    Penangan sahabat ni memang kuat dalam hidup, terutama zaman universiti. Jadi, jangan salah pilih kawan yang boleh merosakkan.

    Buzen memang tempat permulaan persahabatan yang tak boleh dilupakan. ♥ buzen

    Anonymous tahun 1

    ReplyDelete
  2. buzen di hati ku.... :)

    ReplyDelete