photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Wednesday, March 11, 2015

Tutorial Photoshop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, memandangkan jelmaan dengan program-program hebat Mahasiswa Kolej Ibu Zain, saya nak kongsi sikit teknik asas untuk membuat poster promosi program dengan menggunakan Adobe Photoshop CS6.

Post ini pun untuk menjawab pertanyaan yang sama dari rakan-rakan,
Untuk setiap poster, benda paling asas dan penting ialah LOGO. Logo UKM, Logo MEP, Logo Kelab, Logo KIZMED… Ehh? :p

1st:
So, step pertama:
File > Open > Folder *pilih folder tempat yg awk save gmbr utk di edit*

2nd:
Cara untuk buang background putih, (so that, dekat poster korang nnt, takde lah logo tu berlatarbelakangkan putih, jadikan ia transparent dan kena dengan background)

Tools ni, ada 2, “Quick Selection Tool” dgn “Magic Wand Tool”
“Quick Selection Tool” untuk select mana-mana bahagian gambar. Senang cerita, select secara manual.

“Magic Wand Tool” untuk select mana-mana bahagian gambar yang warna nya sama. Senang cerita, select secara auto. Yang ni amat berguna untuk hilangkan background putih.


3rd:
Dengan kuasa veto “Magic Wand Tool”, click je dekat background putih (cth:“KOLEJ IBU ZAIN”), Nampak tak dia automatic select dekat semua tempat yang berwarna putih luar tu? Haaa magic!


4th:
Jangan excited lagi nak buang selected background tu, make sure layer awk tu tak “lock”. Cara nak unlock, double-click dekat layer “background” belah kanan tu, then akan pop-up windows “New Layer”. Haa, tekan je “OK”.


5th:
Okay dh boleh delete background tu. Tekan je button “Delete” dkt keyboard laptop/pc tu. Haa there! Tadaaaa! Dah jd transparent J

*Peringatan: “Magic Wand Tool” tak berapa nak magic sebab dkt lubang-lubang huruf tu, ada je tertinggal warna putih, kan? Still guna “Magic Wand Tool” untuk buang cebisan-cebisan yang tertinggal tu. Click je dekat tempat putih tu, then tekan button delete. Mohon bukak mata besar-besar untuk cari cebisan putih tu ye. 


6th:
Sebelum nak paste kan logo tu dekat background poster, make sure “deselect” dulu tempat yg awk select untuk buang cebisan putih tu. Senang je, right-click dekat tempat select tu, deselect. 


7th:
Okay, sekarang masanya untuk logo ni terbang kea lam baru. Bawak dia jalan pergi background poster yang korg dh pilih. Nak masukkan background poster tu, buat je mcm step 1st tadi. File > Open > Folder *haa pilih pilih*

Dah ada background cantik? Dah ready untuk penerbangan? Okay, JOM! Pergi dkt bahagian tools belah kiri tu, pilih tool atas sekali “Move Tool”. Haa tekan je.


8th:
Ready to move! Bawak je logo tu, pergi dekat tempat background poster. Drag je.



9th:
TADAAAA! Dah pun ada dekat background poster J


10th:
Okay, takkan nak biarkan logo tu gedabak macam tu kn? So, resize kan dia. Teknik nak “RESIZE” ni penting. Untuk maintain kan width+height original, masa nak resize tu, drag salah satu bucu logo tu SAMBIL TEKAN BUTTON “SHIFT”. Kalau tak, mengulo awak punya logo tu. Panjang sangat la, tinggi sangat la. Kan? 


11th:
Letak logo tu dekat tempat yang sesuai. Then, TADAAA! Logo awak dah takde background putih dan cantik untuk logo tu ber-background-kan background poster awak.


Di sini saya lampirkan sekali logo-logo yang WAJIB:




Untuk logo kelab, boleh minta dekat MEP Kelab masing-masing. Untuk KIZMED, minta dekat saya. Ehhh? :p

Okay sampai sini jelah tutorial asas penggunaan Adobe Photoshop untuk menghasilkan poster program akan datang.

Untuk penggunaan tools yang lain, boleh personal dengan saya.

Siapa saya? Nak suruh teka macam penulis post i-CAF jugak lah. Hehehe :p 

No comments:

Post a Comment