photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Thursday, December 18, 2014

Tips Pengurusan Masa

Oleh : Munirah Yusop
Eksekutif Kewangan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain
FEP/2

JOM KITA URUS MASA DENGAN BERKESAN!


Salam and hai semua! Kali ni bukan nak buat announcement, tetapi ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman berkenaan pengurusan masa yang mungkin berguna kepada anda semua warga kolej Ibu Zain. Lebih-lebih lagi, final exam sudah hampir tiba kan? Ehee.

Sebagai seorang pelajar, lebih lebih lagi apabila sudah memikul tanggungjawab sebagai Majlis Eksekutif Pelajar, pengurusan masa yang teratur sudah tentu amat penting. Masa 24 jam dirasakan seakan makin pantas berlalu. Mana nak buat assignment lagi, program lagi, meeting mep lagi, meeting fac lagi, nak call family lagi, nak call ehem lagi... Ehhh. Haha. Oleh itu, pengurusan masa sangat lah penting. Jika tidak diuruskan dengan baik, semakin tidak teratur lah hidup. Masa tidur pun setiap hari jadi 3 4 jam jee... no tak boleh jadi ni.

Masa ni, baru lah nak sedar betapa bernilainya masa yang kita ada. Even seminit pun! Saya pun mula lah Google and cari tips pengurusan masa yang berkesan. Daripada pencarian saya dengan ‘Pak Cik Google’ hehe, suka ingin saya berkongsi beberapa tips yang saya rasakan berguna bukan sahaja bagi saya, bahkan bagi semua pelajar. Tips ini saya perolehi daripada Dr. Ramlan Hamzah, seorang kaunselor berdaftar dan berlesen. Beliau mengendalikan sesi kaunseling secara online sama ada melalui kaedah chat ataupun secara kaedah e-mel sejak 12 tahun yang lalu. Anda semua boleh melawat laman web beliau di http://ramlanhamzah.com/

Tips yang pertama: Sediakan Senarai Semak.
Bagi memudahkan anda mengingat tugasan anda yang banyak, sediakan satu senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan anda. Setelah tugasan selesai dilaksanakan, pastikan anda tandakan pada senarai. Aktiviti ini memudahkan anda melihat tugasan yang telah anda selesaikan dan tugasan yang masih belum dilaksanakan.

Cadangan daripada saya sendiri pula, anda boleh install aplikasi seperti Wonder List di smartphone anda atau di tab anda. List ini berfungsi seperti organizer di mana ia akan memudahkan kita menguruskan kerja-kerja yang perlu dilakukan.

Saya sendiri telah menginstall aplikasi ini di handphone saya dan telah mengasingkan setiap tugasan kepada beberapa bahagian seperti ‘Kerja MEP’, ‘Assignment’, dan ‘To-Do List’. Due date juga boleh diletakkan di setiap entry.

Tips yang kedua : Hindarkan Dari Melakukan Semua Perkara.
Terdapat individu cenderung untuk melaksanakan semua tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja anda siap anda akan berasa lega, tetapi perlu diingat jika beban kerja melebihi kemampuan anda maka hasilnya tidak akan berkesan. Anda sendiri tidak akan berpuas hati terhadap hasil yang tidak berkualiti yang anda telah usahakan. Hasil kerja yang baik datangnya dari usaha yang teliti dan berfokus. Pengurusan masa yang baik memerlukan anda menumpukan kepada tugas penting dan sedikit dalam masa yang telah ditetapkan. Pengurusan masa yang buruk berlaku apabila anda menumpukan terlalu banyak kerja yang kurang penting dalam masa yang tidak menentu.

Cadangan saya, apa yang boleh dilakukan pula ialah, kita bezakan setiap kerja itu sama ada urgent atau boleh ditangguhkan sementara. Utamakan kerja yang perlu dihantar. Berikan perhatian yang lebih terhadap kerja tersebut instead daripada kita cuba siapkan semua kerja dalam satu masa. Kita pun jadi lagi stress dan kerja pula kurang kualitinya. Apa yang saya lakukan, saya tetapkan target kerja untuk satu hari. Contohnya, “malam ni lepas meeting aku nk stay up siapkan tuto akaun.” Jika subjek tersebut berat, maka buatlah satu subjek sahaja. Terpulang kepada kritikal mana subjek tersebut. Haha

Tips yang ketiga : Bezakan Tugas Yang Perlu Di Segerakan Dengan Tugas Yg Penting.
Prinsip penting dalam melaksanakan tugasan ialah anda perlu dapat membezakan perkara yang penting dengan perkara yang perlu disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan kemudian baru beralih kepada perkara-perkara penting. Perkara-perkara penting tidak boleh dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera yang boleh. 

Haaa tengok! Tips ini telah saya nyatakan di atas. Hehe

Tips yang keempat : Kemaskan Meja Kerja Anda.
Otak anda akan menjadi serabut apabila meja anda berserabut. Terlalu banyak benda di atas meja akan mengganggu konsentrasi anda. Hanya benda-benda penting saja yang perlu ada di atas meja belajar anda. Contohnya kalendar, jadual waktu aktiviti, jam, tempat alatan menulis dan juga buku-buku yang tersusun. Kekemasan meja akan menjimatkan masa anda dan membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang.

Yang ini, terpulang lah kat mana anda semua buat kerja kan. Hehe macam saya, saya suka stay up di Skylight dan lobi. Baru tak mengantuk! Tempatnya pun kondusif! Thank you pada pihak pengurusan kolej dan pengetua kita *thumbs up*

Tips yang terakhir : Elak Dari Berfikir Seperti Mat Jenin.
Berfikir boleh, tetapi berfikirlah secara realistik. Berfikir yang bukan-bukan boleh mengganggu pelaksanaan kerja yang anda telah dirancang. Individu yang suka berangan-angan akan mencuri masa lebih lama tanpa memberikan hasil yang berkesan.. Ini buang masa namanya. Berfikirlah perkara yang masuk akal dan berdoa agar anda dapat melaksanakan tugas yang anda telah rencanakan.

Haaaaa yang ni, selain daripada berangan tak tentu hala, sebenarnya saya rasakan kita semua lebih kepada suka membuang masa mengadap laman sosial kan? Twitter, facebook dan Whatsapp. Apa yang kita boleh lakukan, cuba tetapkan limit ketika melayari laman web tersebut. Kalau duk scroll je timeline tu memang tak study la kan? Kerja pun tak jalan. Haha *tuju kat diri sendiri jugak*


So, tips-tips tersebut jika diamalkan pasti akan memudahkan pengurusan masa kita menjadi lebih berkesan. Saya harap dengan sedikit perkongsian ini, semua warga Kolej Ibu Zain mampu menguruskan masa anda semua dengan baik! Akhir kata dari saya, Selamat menduduki peperiksaan akhir! Salam.


NOTA KAKI MEP:
Happy study week!

1 comment: