photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Monday, December 15, 2014

Abang Power

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada pihak MEP terutama MEP Sukan KIZ iaitu saudari Nana #TheMagicalA (entah sape ‘A’ dia tuh LoL) kerana mengundang saya untuk mengisi entry kali ini. Meh dengar sini abam novas the power of district 77 nak cerita. Kahkah.


AL KISAH…

Nak dijadikan cerita, cerita saya ni memang tak lari lah dari cerita sukan terutama berkaitan bola, tapi jenis sukan kaki lah, sukan tangan tak berapa nak power sangat. Tapi saya ni main bola tak lah tinggi mana level nye cukuplah setakat dikenali oleh beberapa orang. Kalau orang tanya,

“amir yang mana?”

“amir yang power main bola tu”


Hahaha. Bukan nak berlagak show off ke ape, tapi tu lah hakikat nye, orang la yang bagitahu. Kalau pada pencapaian futsal yang pernah saya capai, naib johan Kejohanan Iktiraf Kebangsaan (FELDA). Masa tu saya wakil Felda Wilayah Segamat. Yang johan? Banyak jugak, tapi lebih pada kejohanan amatur.





Haaa,atas tadi tu lah team futsal saya naib johan Iktiraf Kebangsaan tu, tapi hadiah dia sikit je. Boleh la buat belanja barang dapur sikit. Hahaha #hambarnyeaku

Dah, stop pasal futsal…..ZZzzzzzZZz

Bumi UKM…

Masa daftar je masuk kolej ibu zain nih, berkobar-kobar je rase sebab masuk U kan. Dulu tak terpikir pon ape best nye UKM nih. Tapi lepas felo hot ibu zain ,abg IEJAN BEHS cerita macam2, terus rasa nak masuk UKM. 4 pilihan UPU mase tu semua UKM. Hahaha. Btw, saya kenal abg iejan dah lama tau, sebelum masuk UKM lagi. Dia lah abg saya. Wuuuuuu.

Okay, terus ke agenda sukan di KIZ ni. Dulu kenal regu regu sukan saya ni, mase tu hari sukan MMP, sekarang dah takde. Mase tu lah kenal player2 lain yang lebih power terutama abu isa , roommate solehin (mun) eh, striker power airil (dah grad tahun lepas), maulana (skang felo KAB), wan hafizi (dah grad) dan ada beberapa orang lagi. Then, terpilih la untuk masuk team KIZ tahun tu bersama abang abang senior.




Ni lah dia KIZ FC tahun 2011. Masa ni kawan kawan yang main bola baru nak kenal game kat UKM nih. So masa sukem ni, KIZ FC tak layak langsung pergi suku akhir sebab first game seri 0-0 dengan NHO, pastu kalah 0-1 dengan KBH. Gol pon takde, betapa noob nye lahai dulu dulu main. Hahahah.

Then masuk plak sukem tahun depan nye tahun 2012. Tahun ni lagi lah sedih, tak layak jugak dan takde gol jugak. First game seri dengan KDO 0-0, lepastu kalah dengan KKM 2-0 then kalah dengan KUO 3-0.

*merenung keluar jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa…..

“AT THE END OF THE STORM, THERE’S A GOLDEN SKY”

Masuk je tahun 2013, si abu isa dah merancang sesuatu untuk SUKEM tahun tu. Bijak nya si abu ni, dia rekrut player2 buangan UKM FC. Antara player tu ialah si adhwa keeper dengan wahib hensem. Si abu ni tahu mana kelemahan posisi dalam KIZ FC. So dia bawak la keeper satu, midfield satu. Bijak jugak engko ye abu. Then , si abu ni buat lah perancangan dengan mengadakan friendly match yang banyak dan jugak latihan intensif untuk KIZ FC. Salute! Orang cakap, practice makes perfect. Tapi bagi KIZ FC, practice makes better and better.

Maka, bermulalah game yang pertama untuk KIZ FC menentang KIY. Walaupun seri 2-2, tapi ajaibnya KIZ FC akhirnya dapat skor gol. Hahaha. Hilang sumpahan yang sekian lama ditanggung. Fuhh!. Then next game seri jugak 2-2 dengan NHO. And last game lawan KTDI, akhirnya KIZ FC mencipta kemenangan sulung setelah sekian lama kemarau gol, mencatat keputusan 2-0. Dapat jadi naib johan kumpulan then proceed to next round. Sebenarnya, kiteorg sengaja jadi naib johan kumpulan, kenapa? Nanti gua story. Hahaha

Quarter final ni, kiteorg berhadapan dengan finalist tahun lepas (2012), KTHO. Team ni memang mantap selepas KAB. Tapi kiteorg redah jeee. Alhamdulillah, KIZ FC proceed to semi final, menang penalti (berapa tu tak ingat lah pulak) lepas seri 1-1.

Kat semi final, jumpa dengan bekas kolej sukan iaitu KRK. Haaa, ni lah saya nak bagitau kenapa kiteorg sengaja jadi naib johan kumpulan. Sebabnya, kalau jadi johan kumpulan, kita akan jumpa KAB kat semi final. So, peluang ke final amatlah tipis kalau lawan KAB kat semi sebab player dia kebanyakan UKM FC. Padan muka NHO jumpa KAB kat semi. Baik menang 4-1 dengan KRK dari kalah 4-1 dengan KAB. Hihihi

Final, hmmmm. Tak nak cerita banyak. KIZ FC lawan dengan top level punya player kot. Tapi, ade satu moment yang membanggakan sebab KIZ FC skor dulu lawan KAB walaupun tewas 1-3. Sooooo…bawah ni gambar lepas menang semi final dengan KRK.




LEGENDARY, DIE MEISTER UND DIE BESTEN….




Haih, masuk tahun 2014 ni aim KIZ FC tinggi sikit nak jadi Juara pulak. Tapi anda semua sedia maklum lah kan terutama fan fan KIZ FC dengan apa yang berlaku. Nak cerita kat final lah, sebab banyak yang tidak betul masa final tu.

Tak tahu lah mana punya referee lah SUKEM ni pakai, kiteorg player lebih maklum kot dengan syarat syarat perlawanan. Linesman kayu, reff pon hauk. Banyak chances KIZ FC untuk skor tapi dibatalkan reff kerana didakwa offside. puii. kiteorg main laju sangat sampai linesman tak terikut, last2 tak nampak dia main angkat je offside. Bengang!

Moment paling sedih, bila keeper dihukum layangan kad merah. Masa tu lagi lah rasa macam ditindas oleh pegawai. Reff ni macam kena bayar. Player lawan sah2 dapat bola kat belakang defend, tapi tak offside then dia dribble keeper tackle , then dia diving. Diving ni salah satu tindakan menipu dalam bola sepak dan memang dibenci. Tapi reff dah tiup wisel, tak dapat nak buat apa lah. Main lah KIZ FC dengan 10 orang. Walaupun kekurangan player, KIZ FC masih mengawal permainan dan terus melancarkan serangan. Tapi , tiada rezeki. KIZ FC tewas 1-2 dengan KTSN.

*merenung ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut….




Walaupun sedih, malam penutup semua senyum lebar hati gembira kan kan kan. Hahaha. Hikssss. Yela, ade yang bergambar dengan medal, nombor 7 yang lain, dengan bulan bintang, ade yang bergambar selfie sama sama. Kahkahkahkah. Tak paham kan? Biarlah rahciewww. LoLL




btw, KIZ johan futsal lelaki. Saje selitkan, power tak power la KIZ ni sebenarnya. Apa pun, KIZ sudah membina satu platform di mana KIZ adalah satu pasukan lawan yang perlu kolej kolej lain risaukan apabila bertemu dengan KIZ. Sebab pemain pemain semua adalah fighter dan penyokong penyokong KIZ totally superb!







Sebelum terlupa, terima kasih banyak kat pihak pengurusan terutama ayahanda En. Anuar yang banyak memberi sokongan dan inspirasi untuk KIZ FC dan juga pihak Azura. Tak lupa jugak kat mep mep KIZ 2014 terutama mep sukan. Tanpa mereka, tak dapat merasa jersi baru ni. Semoga berjaya untuk KIZ dalam SUKEM pada masa hadapan, Heheh. Last skali…





eh, pehal gambar bola jaring plak ni. Problem betul lah laptop nih.


TAMAT




Mohamad Amir Ariff
Abang Power
Semangat Schoner
Kolej Ibu Zain



Nota ringkas MEP: Gambar yang last tu sungguh bermakna. Aummm! ;)

No comments:

Post a Comment