photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Wednesday, December 10, 2014

KIZ dalam Inter-College Art Festival 2014

Oleh : Penulis-Tidak-Mahu-Dikenali-Namun-Wajahnya-Ada-dalam-Hampir-Setiap-Gambar

Assalamualaikum semua, sedikit perkongsian untuk iCAF tahun ini. Secebis kenangan dan penghargaan dari saya dan KIZ buat mereka. Mereka inilah yang banyak membantu saya. 

Tarian Kontemporari merupakan acara pertama untuk festival ini. Pertandingan ini adalah anjuran Kolej Aminudin Baki. Hahahaha…“JENDALU”..itulah tajuk tarian yang KIZ bawakan untuk pertandingan Tarian Kontemporari. Tarian ini telah di persembahkan oleh Felo kita En Asyraf dan pelajar  Saudara Amirul dan Saudari MJ. Tarian tersebut telah direka oleh pegawai kebudayaan Pusat Kebudayaan UKM, En Aajaz. Dan mereka berjaya merangkul Naib Johan untuk pertandingan ini. Kalau nak tahu apa itu jendalu..tanyalah mereka ini….Hahahah.

Acara yang kedua dalam festival ini adalah Dikir Barat yang dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar. Dikir barat??..lawak bila mengenang kembali pertandingan ini. Dengan semua bukan orang Kelantan tapi masih gigih nak berdikir barat. Mereka semua memang terbaik. Berlatih tepi longkang pon boleh. Walaupun mereka tidak mendapat sebarang anugerah mahupun hadiah bagi dikir barat ini. Namun, bagi saya mereka telah pun berjaya dan hebat. Mereka juga lah yang masuk pertandingan yang lain dalam iCAF. Bermula dari sini lah. Mereka sertai pertandingan lain. Merekalah berdikir barat, merekalah koir dan merekahlah berboria. Hahahaha..sebab itu lah mereka THE BEST. 

Acara seterusnya adalah Pantun. KIZ merupakan kolej yang menganjurkan pesta pantun untuk iCAF kali ini. KIZ memang dikenali sebagai kolej pantun. Maka dengan itu lah, KIZ menjadi juara untuk pertandingan pantun UKM. Hahaha…. Tak de kene mengena kan ???...Pihak sekreteriat Pesta Pantun UKM 2014 telah menjalankan gerak kerja untuk pertandingan ini seawall sebulan sebelum pertandingan. “Keluarga Pantun” & “Geng Lobi”….malas dah nak cerita..hahahaha..Memang muka inilah yang akan menganjurkan pertandingan pantun. Oleh itu, nantikan pesta pantun seterusnya iaitu Pesta Pantun Integrasi Budaya IPT dan Intersekolah 2015 Januari hadapan..(Promote)


Bagi acara seterusnya ini adalah acara-acara yang diadakan semasa cuti pertengahan semester. Iaitu muzik moden, tilawah Al-Quran, tarian rampaian dan Koir. Band KIZ..Sempoi..itulah yang boleh saya katakan. Muzik moden merupakan acara berikutnya untuk festival tersebut yang dianjurkan oleh Kolej Pendeta Zaaba.  Mereka membawakan lagu “Leave Out Of My Rest “  dan “Cinta 100%”. Apa yang menarik tentang mereka ini adalah mereka masih mampu membuat persembahan yang menghiburkan walaupun lagu mereka perlu ditukar pada saat akhir. Mereka  berjaya merangkul Anugerah Khas Juri. Walaupun penyanyi lupa lirik, tapi masih tersenyum membuat persembahan. Paling seronok apabila lagu dangdut Cinta 100%. Semua penonton turut sama menyanyi bersama mereka. Hebat ke tidak??..Band ini telah dipimpin oleh En Aiman atau lebih mesra dengan abang aiman. Felo Kebudayaan KIZ, Abang Iejan turut membantu dalam pemantapan vokal penyanyi. Mereka sempoi!! 

Untuk acara seterusnya diadakan di Kolej Tun Syed Nasir. KTSN merupakan penganjur untuk pertandingan Tilawah Al-Quran. KIZ menghantar wakil dan alhamdulillah Qari dan Qariah kita berjaya mendapat Tempat Ketiga. Beribu tahniah buat mereka. 

Tarian Rampaian merupakan acara seterusnya untuk festival ini. Wajah-wajah inilah yang tidak pulang untuk cuti setengah semester semata-mata untuk latihan tarian inang dan joget. Kegigihan mereka membuahkan hasil kerana mereka berjaya mendapat Naib Johan untuk tarian tersebut serta Anugerah Busana Terbaik. Saya sangat berterima kasih dan berbangga dengan mereka ini. Ada yang mengadu sakit kaki, lenguh kaki dan ketak lutut sebab latihan mereka dari pagi sampai malam selama 5 hari. Tapi masih gigih meneruskan tarian tersebut. Hahahaha… Abang Aaajaz pun sanggup datang KIZ untuk memberikan latihan intensive kepada mereka. Sayang mereka ketat2..


“Sayangku Kinabalu” dan “Cause All Of Me” merupakan lagu yang telah KIZ bawakan semasa pertandingan koir yang dianjurkan oleh Kolej Tun Dr Ismail. Nampak tak muka sama ja dengan yang berdikir barat tadi..Maaf lah kepada semua adik-adik. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa…hahaha..Team ini telah dipimpin oleh Abang Izz yang memantau dari segi vokal dan Abang Aajaz dari segi persembahan. Walaupun mereka tidak memenangi sebarang anugerah mahupun tempat. Tapi mereka ini tabah. Sanggup pulang awal ke KIZ untuk menjalani sesi latihan. Dengan latihan 2 hari sahaja tetapi berjaya persembahkan yang terbaik.. Sebelum pulang ke KIZ. Sempat mereka “Busking” di tepi jalan. Saya pun tumpang sekaki walaupun malu-malu. Best lah..Jom lah kita buat lagi…hahahahah… 

Acara seterusnya diteruskan pada Pesta Konvo UKM 2014. Pertandingan Nasyid dianjurankan oleh Kolej Dato Onn. Untuk pertandingan ini para senior mempertaruhkan suara mereka. Pertandingan ini diadakan pada waktu petang. Untuk pertandingan nasyid, KIZ telah berjaya merangkul Anugerah Busana Terbaik dan Tempat Ketiga. Lihatlah baju mereka, lihatlah muka mereka..Sejuk perut ibu mengandung..hahahaha..Mereka membawakan lagu “Mutiara Iman” dengan sentuhan kontemporari dalam lagu tersebut. Kumpulan nasyid ini telah dipimpin oleh Abang Izz. 

“Indahnya seni Cantiknya budaya”..sedikit lirik untuk lagu karangan boria yang mereka bawa. Pertandingan Boria dianjurkan oleh Kolej Keris Mas. Jika nasyid dianjurkan pada sebelah petang. pertandingan boria ini diadakan pada sebelah malam. Team ini paling epic sekali sebab mereka terpaksa naik keatas pentas dua kali. Untuk persembahan pertama mereka, dimulakan dengan sketsa yang sangat mencuit hati. Siapa lagi tidak kenal dengan telatah Abang Iejan, Abang Lulu dan Aida. Sampai ja penari boria naik keatas pentas. Tengah seronok menari. Tiba-tiba lagu yang mengiringi persembahan berhenti. Anda rasa apa perasaan mereka??. Haa..Mereka masih lagi meneruskan persembahan dengan tanpa iringan muzik. Gembira mereka apaila para penonton support mereka dengan bersama-sama menepuk tangan. Namun, persembahan mereka terpaksa diberhentikan akibat masalah teknikal. Mereka pada mulanya sudah down. Tapi saya suka dengan semangat cekal mereka yang tidak mahu berputus asa. Untuk persembahan kali kedua. Mereka buat sehabis baik. Dengan itulah Team Boria KIZ berjaya mendapat Naib Johan untuk boria ini. Bukan itu sahaja Anugerah Karangan Boria Terbaik dan Lagu Boria Terbaik turut mereka dapat. Hebat bukan..hahahaha… 

Untuk acara yang terakhir adalah Citrawarna. Mereka mempersembahkan tarian yang bertemakan warna-warni. Acara ini diadakan pada Malam Penutup Pesta Konvokesyen 2014 dan juga diadakan Malam Penutup Intercollege Art Festival 2014. Pada malam tersebut diadakan juga penyampaian hadiah kepada semua pemenang. 


Alhamdulillah Kolej Ibu Zain telah berjaya menunujukkan prestasi yang baik kerana mendapat tempat untuk beberapa pertandingan. KIZ berada di tangga ketujuh untuk keseluruhan dan dianugerahkan Anugerah Kolej Potensi. Saya mahu ucapkan Tahniah kepada sesiapa pun yang terlibat dengan iCAF secara langsung ataupun tidak langsung. Memang lah kita tidak johan. Namun, kita semua telah berjaya membuka mata semua orang bahawa KIZ juga mampu memberi tentangan. Walaupun kecil, semangat KIZ besar. 

Terima kasih sangat…. <3

No comments:

Post a Comment