photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Tuesday, April 28, 2015

Coretan Picisan dari Aku

Bismillahirrahmanirrahim…

Tanpa Dia dan mereka tidak mungkin aku akan sampai ke tahap ini.
Itulah yang ingin aku kongsikan dalam entri kali ini.

Waktu  aku masih zaman kanak-kanak, aku selalu kagum dengan abang-abang atau kakak-kakak yang dapat sambung belajar ke universiti. Aku selalunya teruja sangat bila dengar cerita dari diorang pasal universiti. Sekarang alhamdulillah, aku pulak diberi peluang untuk menjadi mahasiswa di sini, di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sebuah universiti yang menjadi kebanggaan Malaysia. Hanya Dia yang tahu betapa gembiranya aku saat aku dapat tahu  aku diterima masuk ke UKM. Aku memang  tak sangka aku akan dapat jadi pelajar dekat sini. UKM kott, bak kata kawan aku, universiti yang geng-geng atuk dia pun tahu nama UKM. Haha. Aku sangat bersyukur sebab Dia berikan aku peluang untuk merasai pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk dapat rasai. Aku yakin semua ini takkan terjadi tanpa izin dari Dia, Dia Yang Maha Kuasa.. Dia yang selalu aku harapkan, Dia yang selalu akan aku pastikan berada di tangga teratas hati aku. Insha Allah…

Walaubagaimanapun, hidup ni tak selalu indah.  Dalam aku gembira dapat sambung belajar di UKM, ada cerita sedih disebalik cerita gembira aku. Aku ditawarkan kos yang bukan menjadi pilihan pertama aku. Waktu tu, perasaan aku bercampur baur, gembira dan sedih. Aku tahu pada waktu tu, ibu aku jugak bersedih sebab dia tahu aku betul-betul mahukan kos yang aku mohon tu. Tapi betapa kuatnya hati seorang ibu, dia tak pernah  mematahkan semangat aku malah ibu akulah yang sentiasa memberi kata-kata semangat pada aku. Tak pernah walau sehari pun sebelum hari pendaftaran ke UKM dia tidak memujuk dan memberi kata-kata semangat pada aku. Aku ingat lagi kata-kata ibu aku,

‘’Adik kena ingat,  tak semua kat dunia ni yang kita nak kita akan kita miliki. Kalau semua yang kita nak kita akan miliki, tak seronok laa hidup ni. Kita kena sedar bahawa semua yang ada didunia ni bukanlah untuk kita miliki’’.

 Pada masa yang sama ibu aku telah membuatkan aku sedar bila dia tanya kat aku, ‘’siapa yang ingin aku marahkan bila aku tidak dapat kos yang aku mahukan?. Ingin marahkan Dia yang lebih mengetahui mana yang lebih baik untuk aku?’’. Waktu tu aku sedar yang aku tak sepatutnya mempertikaikan apa yang Dia sudah tentukan untuk aku. Kenapa aku nak mempertikaikan pilihan yang Dia sudah berikan, Dia yang  mempunyai kuasa untuk menentukan segalanya dan Dia yang mampu menentukan masa depan aku. Kita takkan pernah tahu rancangan masa depan kita dan inilah rancangan yang telah diaturkan oleh Dia untuk aku dan aku yakin dengan setiap apa yang dirancangNya ialah untuk kebaikan aku.

Sampai sekarang Ibu aku tak pernah penat untuk memberi kata-kata semangat pada aku. Setiap kali aku pulang ke rumah, soalan lazim dari ibu aku ‘’ ada apa-apa nak cerita kat ibu?’’. Itulah soalan yang paling membahagiakan aku. Setiap apa yang jadi pada aku, akan aku ceritakan semuanya pada ibu. Ibu setia mendengar dan tak pernah sekali nasihat ibu mengecewakan aku.  Aku sangat bersyukur dikurniakan seorang ibu yang merupakan pendengar setia aku dan juga pembakar semangat aku  untuk meneruskan perjuangan di UKM. Ibu akulah ‘’mereka’’ yang aku maksudkan.

Mereka yang seterusnya yang aku maksudkan ialah Hero aku. The only man in my life, my Unsung Hero.. Ayah aku.. Aku tak pernah percaya mana-mana superhero dalam dunia ni lagi hebat daripada superhero aku. Tapi orang lelaki ini, egonya tinggi. Jarang dia tunjuk kasih dia, tapi kalau nak diukur kasih seorang ayah, takkan cukup air di lautan tu nak di bandingkan dengan kasih seorang ayah. Ayah aku jenis yang sporting, supportive and suka melayan perangai aku yang gila-gila ni. Semua yang aku nak buat, dia akan support. Tapi ayah aku bukan jenis yang puji anak-anak dia depan-depan. Ada satu hari tu, aku terjumpa dengan sorang kawan ayah aku. Dia tegur aku dan dia tanya aku ‘’sekarang belajar kat UKM kan’’ ? Aku pelik macam mana pakcik tu boleh tahu. Rupanya dia cerita, ayah aku selalu cerita pasal aku dekat kawan-kawan dia yang lain. Puji melambung depan kawan-kawan yang lain. Bila aku tanya, ayah aku tak mengaku. Comel jer ayah aku nak cover-cover yang dia puji aku depan kawan-kawan dia . Hahaha. Waktu tu aku sedar yang dia bangga dan saying sangat dengan anak-anak dia tapi dia taknak tunjuk depan anak-anak dia. Aku pun sangat bangga dan sangat-sangat bersyukur dianugerahkan seorang Hero yang superb macamtu dalam hidup aku. Hero yang tak dapat aku ganti dengan mana-mana hero lain dalam dunia ni termasuklah Superman, Batman, Spiderman, Ultraman dan Runningman ehhh. Hahaha

Akhirnya, aku taktahu nak gambarkan tahap bersyukur aku sebab dipilih oleh Dia untuk bernaung di bawah agama Dia dan dipinjamkan ibu dan ayah aku kepada aku. Selagi mana mereka masih ada, hargailah dengan sepenuh hati sebab mereka tidak mungkin dapat diganti. Dan jangan pernah berhenti meminta bantuan daripada Dia sebab hanya kepada Dia kita sembah dan hanya kepada dia kita meminta pertolongan. Sesungguhnya tanpa Dia dan mereka, tak mungkin aku akan sampai ke tahap ini. Dan aku akan meneruskan perjuangan untuk ke peringkat yang seterusnya dengan berbekalkan kasih daripada Dia dan mereka. Insha Allah.. Sekian sahaja coretan picisan dari aku.

Assalamualaikum..

Kalau tak jawab dosaa, kalau jawab sayangggggggg. Hehe :D

No comments:

Post a Comment