photo lamanutama_zps42d97f2a.jpg  photo ORGANISASI_zpsa868b266.jpg  photo HUBUNGIKAMI_zpsd43bda8f.jpg  photo AKTIVITI_zps0d100c36.jpg  photo GALERI_zps03a7497e.jpg

Saturday, November 15, 2014

Beli Buku Suatu Kegilaan Bagiku


Oleh: Mohammad Nasiruddin Mohd Tahir
Tahun 1 KIZ

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepada Allah SWT diatas rahmat dan hidayahnya 
aku masih berpeluang meneruskan sisa-sisa umur yang berbaki untuk terus beribadah kepadaNYA.Seterusnya, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW diatas perjuangan baginda,kita masih merasai nikmat IMAN dan ISLAM.ALHAMDULILLAH.

Sebelum aku meneruskan kalam aku. Terima kasih aku ucapkan kepada barisan MEP KIZ yang meminta pada aku agar mencoretkan sebuah artikel untuk berkongsi rasa dan cerita untuk seluruh warga KIZ.cc to Kak Dayang..hehe..kerap kali kak dayang  mesej aku di FB bila nk tulis artikel utk perkongsian bersama rakan-rakan?..akhirnya aku sambut dan menerima utk menulis artikel ini  agar dapat dikongsi bersama.. Semoga ianya bermanfaat tuk semua..Insyaallah..


Nama aku Mohammad Nasiruddin bin Mohd Tahir...aku berumur …….(secret).aku berasal dari Johor. Tinggal di Kuala lumpur dan sekarang hanya menghitung hari berada di KL sebelum pulang semula ke negeri asal aku di Johor Bahru coz ayah aku bersara. Aku mendapat pendidikan Awal di SKSHAS, SMKBB(hanya 5 bulan), SMA di negeri JOHOR. Selepas menerima keputusan SPM yang merupakan sejarah paling bermakna bg aku(nnti aku coretkan akan dtg), aku menerima dua tawaran untuk menyambung pengajian aku iaitu UIAM dan DARUL QURAN, JAKIM. Ketika itu, aku confused untuk memilih yg mana satu institusi pengajian yang ingin aku teruskan..Akhirnya,kata hati aku member  isyarat bahawa  DARUL QURAN tempat yang terbaik bg 
aku.







Pernah dengar DARUL QURAN? DQ merupakan sebuah institusi pengajian tahfiz yang dikendalikan KERAJAAN MALAYSIA melalui JAKIM. Sebuah Institusi yang melahirkan seorang hafizul quran, duat untuk umat..Alhamdulillah,aku berjaya menamatkan pengajian 3 tahun walaupun berbagai-bagai mehnah dan ujian yang aku dan rakan2 hadapi. .Allah saja yang tahu. Kini, aku terus melangkah maju meneruskan pengajian aku di bumi pembukitan ilmu,UKM.. Semua ini telah diaturkan oleh Tuhan

Baiklah, tajuk aku tentang “beli buku suatu kegilaan bagiku”.Dulu aku adalah seorang yg paling malas membaca apatah lagi jika nk beli buku. Kalau membaca sekalipun, aku hanya menatap gambaran  muka hadapan surat khabar, majalah ujang tanpa melihat isi dan isu yang terkandung didalamnya..Itulah aku..TP itu DULU, SEKARANG lain pula…sikap aku yang malas membaca mula berubah ketika aku berada di DQ..Di DQ,aku punya senior dan merupakan NAQIB aku. Dia memang seorang yg tip top berkaitan segala perkara yg melibatkan ilmu dan perkara semasa..Dia ada pesan pada aku "Nasir,bacalah BUKU. Didalamnya terkandung banyak ilmu..jika enta malas membaca buku sekalipun, cukuplah kalau enta punya “kegilaan” membeli buku..” fuh!!tersentap aku bila dy pesan kat aku. Namun, aku melihat pesanan dari sudut pandangan positif maka bermulalah sikap aku .yang ‘gila’ melihat buku..pantang aku tgk buku kat kedai, pasti aku beli walaupun sebuah..

Apa yg disampaikan oleh Naqib aku,benar mengubah diri aku..ada betul jgk dia pesan sedemikian. Bagi aku, jika ingin melakukan sesuatu perkara yg diluar kebiasaan kita sgt suka memerlukan masa dan ‘paksaan’ jika kita ingin berubah..Selain itu,jika aku x mampu nk baca habis sebuah buku sekalipun, cukuplah bagiku untuk memilikinya sebagai rujukan .Ia begitu penting jika diri disoal mengenai sesuatu perkara..Sekurang-kurangnya kita punya rujukan untuk dirujuk..Tambahan pula,cara aku mudah, klo nk kemana, aku pasti akan membimbing buku.. klo x mampu nk baca habis satu bab sekalipun,cukup bagi aku membaca satu halaman coz setiap satu huruf itu adalah ILMU.. 


Satu pesanan yang selalu menjadi sumber inspirasi aku, Pesan Imam Hasan al Banna "Binalah sebuah perpustakan mini didalam rumahmu” Inilah cita-cita aku untuk mempunyai perpustakaan sendiri Doakan aku wahai teman2..Buku ini utk aku, dan untuk isteri dan anak-anak aku.. aku menginginkan sebuah keluarga yg cinta pada ilmu, akhlak, dan bermanfaat utk ummah..untung sape yg berjaya memikat hati aku..hehehe..gurau je..:)

Konklusi, kata Imam Al Ghazali, ”Jika kita ingin ikhlas melakukan sesuatu perkara,maka kita perlu memaksa dan terus memaksa melakukan perkara tersebut.Insyaallah,sifat ikhlas akan hadir..”. Ini saja coretan dan perkongsian yg boleh aku kongsikan bersama anda sume..Aku minta maaf jika aku menggunakan bahasa yg tidak formal sbb bg aku ini cara yg paling sesuai jika ingin berkongsi pengalaman sebuah kehidupan..Aku bersedia menerima teguran jika aku silap..aku mendoakan kalian smua berjaya dalam setiap bidang yang dipelajari..ameen..sekian..BERSAMBUNG….
‘KERANA DIRIKU SEORANG DAIE,PERLUNYA UNTUK AKU CORETKAN”

IKLAN SAT….SESIAPA YG INGIN MENYERTAI KIZ BOOK HOUSE,BLEH PAKAT DAFTAR YE..KAMI MASIH MEMBUKA PENYERTAAN AHLI..BYK PROGRAM YG TELAH KAMI RANCANG..NANTIKAN…


Isnin,2.11am

10 Nov 2014.

No comments:

Post a Comment