PENULISAN HAM IV SIRI 4
Pendidikan Kanak-Kanak di Pulau Mabul
Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur dapat ke Pulau Mabul, Sabah.
My assumption towards kids in Mabul.
-Kanak-kanak
yang aggressif dan sukar dikawal.
-Disebabkan
mereka tidak mendapat hak pendidikan, saya anggap kanak-kanak ini kurang bijak.
Skop
Penulisan: Pendidikan.
Perjumpaan
pertama bersama kanak-kanak Pulau Mabul.
Pada mulanya, mereka seorang yang pemalu. Cepat
respon. Teruja dengan kehadiran orang baru. Tahu mengira dan pandai berjual
beli. Tekun dan bersungguh-sungguh apabila
melakukan aktiviti. Sangat kreatif.
Salah
satu karya lukisan kanak-kanak Mabul Kids. Mereka memiliki bakat melukis yang
orang luar /pelawat tidak jangkakan. Satu pembaziran besar jika bakat mereka
dibiarkan begitu sahaja.
Perjumpaan
kedua ketika aktiviti sukaneka.
Ketika
sukaneka, saya melihat kanak-kanak tersebut sangat bijak dalam melakukan
aktiviti baling getah ke dalam pinggan. Aktiviti tersebut dilakukan di tepi
pantai dalam keadaan yang berangin. Apa yang mereka lakukan ialah mereka
menyimpul getah tersebut terlebih dahulu suapaya dapat menahan derusan angin
yang kuat. One word. Bijak.
Ternyata ‘my assumption’ salah.
=)
Secara
keseluruhannya, pendidikan sangat memainkan peranan penting dalam system
kehidupan. Mengapa?
Sudut sistem kekeluargaan.
Mereka
mempunyai bilangan anak yang ramai (nisbah: 1 keluarga 10 orang). Muncul satu
persoalan, adakah apabila tidak mempunyai pendidikan, maka mereka tidak tahu
merancang keluarga (family planning)?
Sudut persekitaran.
Kawasan
kampung kotor. Sampah boleh dilihat merata-rata. Tepian pantai penuh dengan
longgokan sampah. Adakah mereka tidak tahu mengenai penjagaan alam sekitar?
Atau.. mereka tahu tetapi tidak mempunyai kesedaran? Di sini lah lompang pendidikan
yang jelas.
Sudut komuniti.
Pada
pendapat saya, golongan ibu bapa, tidak ada rasa keperluan untuk mengubah masa
depan kerana tidak tahu platformnya. Mereka berjudi. Aktiviti berjudi ini
disebabkan pengaruh daripada pelacong/orang luar. Apabila tidak mempunyai
pendidikan, maka jelas tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.
Sudut Agama.
Kebanyakan
masyarakat Mabul beragama Islam. Namun ada segelintir daripada mereka yang
menyembah/mempercayai perkara-perkara khurafat atau yang bertentangan dengan ajaran
Islam. Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga agak bebas. Ternyatalah, ilmu
jalan menuju iman (Islam).
Apabila
tiada pendidikan, tiada ilmu, maka setiap sudut di atas juga akan terabai.
Ya, sistem pendidikan bermasalah.
Oleh
disebabkan tidak mendapat peluang dalam pendidikan (belajar di sekolah harian),
mereka secara tidak langsung telah manfaatkan pembelajaran sepanjang hayat
(PSH) dalam kehidupan seharian mereka. Mereka kaya dengan pelbagai kemahiran.
Sebagai contoh, kemahiran berenang, kemahiran memanjat pokok, melukis dan mengayuh
sampan (walaupun usia masih muda). Saya percaya kemahiran tersebut juga adalah
ilmu yang perlu dibelajar. I would say, they are smart in their own way. =)
Kanak-kanak ini bercita-cita tinggi dan
berharap memiliki masa depan yang cerah. Persoalannya, adakah ianya akan
menjadi kenyataan dengan kurangnya panduan yang mampu membantu mereka merangka
pelan kehidupan. Mampukah??
INS.
16 MARCH 2014.
No comments:
Post a Comment