Assalamualaikum kawan-kawan, Saya ialah salah
seorang urus setia Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 (PPIB 2015).
PPIB adalah program yang sangat disayangi oleh para
AJK. Bahagian Kesenian dan Warisan, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibu Zain,
Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Kebudayaan, UKM telah
menjadi pencetus bagi kami untuk menganjurkan progam ini. Program ini merupakan
penganjuran kali yang ke-4 dan sedikit kelainan ditonjolkan iaitu penyertaan
daripada sekolah-sekolah menengah dan seluruh IPTA dari Malaysia dan Indonesia.
Seperti yang kita sedia maklum, program ini adalah
untuk menonjolkan bakat dalam seni berpantun di samping memperkasakan seni
warisan Melayu yang makin pudar di Malaysia kini.
Orang yang paling berpengaruh dalam PPIB ini
adalah Felo kami iaitu ABANG IEJAN dan MEP kami SHAHRUL.
ALHAMDULILLAH, program ini berlangsung dengan lancar
dan seperti yang dirancang, gerak kerja awal sudah banyak dibuat oleh senior
senior yg sudah arif dalam penganjuran pesta pantun ini. Orang orangnya seperti
Shahrul, Najah, Azreen, Liza, Zie, setiausaha kami yang sangat bagus iaitu Siti
Hawa dan Urusetia Jemputan Hanif dan Izzati. Saya bangga dengan kegigihan
senior-senior yang sanggup menyelesaikan tanggungjawab walaupun dalam ‘mood’
peperiksaan.
16/1/2015 – tamatlah peperiksaan bagi pelajar
pelajar UKM dan ramai pelajar yang sudah pulang ke kampung. Keesokkan harinya,
perkampungan bagi PPIB bermula walaupun belum semua AJK pulang ke kolej Ibu
Zain.
Aku tahu saat
ini semua ingin pulang ke pangkuan keluarga menikmati hari-hari terindah
bersama keluarga. Namun, tanggungjawab yang harus ditunaikan membuatkan mereka
tetap tinggal di KIZ sehingga tamat program ini. Hubungan antara senior dan
junior semakin erat dan bermakna di mana gurau senda menjadi penghibur kami. Kami juga berasa
tersentuh kerana abg Iejan sanggop ulang alik dari KIZ ke PJ(tempat kerja abg
Iejan) demi melihat kami melakukan tugas. Group whatsApp kami yang tidak putus
putus dengan mesej mesej kerana kami berhubung dengan abang Iejan melalui
WhatsApp pada hari abg Iejan bekerja. Hampir setiap malam kami menonton ‘movie
hantu’ bersama-sama dan keadaan ini tidak mungkin kami dapat selepas program
ini tamat.
Pada hujung
minggu, AJK dibenarkan untuk berehat dan kami mengambil keputusan untuk masak
di rumah abg Iejan. Kemeriahan di dalam rumah abg Iejan melenyapkan kesedihan
segelintir AJK yang ingin pulang. Kami tahu abg Iejan sunyi dan kami berharap
kehadiran kami dapat mengubat semua kesunyian abg Iejan. Setelah selesai
memasak, kami makan bersama sama di Skylight sambil ditemani gelak ketawa.
Minggu pertama
perkampungan, kami menyiapkan semua kerja yang berurusan dengan pejabat. Pada
minggu kedua, kami cuma lengkapkan apa yang belum lengkap sehinggalah pada hari
rabu kami menyambut kedatangan peserta-peserta dari SMK Song, Sarawak.
Mesyuarat telah
diadakan pada malam rabu kerana pada keesokan harinya program kami akan
bermula. Mesyuarat bersama En Anuar, Pengetua Kolej Ibu Zain dan En Nik
menambah ilmu kami terutama di bahagian protokol berkenaan dengan kedudukan VIP
pada majlis penutupan dan perasmian PPIB 2015 ini.
Raptai bagi
Majlis penutupan dan perasmian PPIB telah kami buat pada malam isnin dan malam
selasa sebagai persiapan agar raptai yang akan diadakan di Panggung Seni
berjalan lancar. Apa yang penting, Emcee memainkan peranan dalam menaikkan seri
majlis tersebut.
29/1/2015 (KHAMIS) – Hari pertama program ni dan para peserta akan
mendaftar bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Selepas waktu zohor, AJK
Program dan seengah AJK lelaki diminta untuk ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSK)
untuk mengemas bilik pertandingan. Manakala, sebahagian AJK tinggal di kolej
bagi membantu para peserta untuk menunjukkan arah bilik mereka.
Pada malamnya, taklimat oleh pihak penganjur
diadakan untuk menerangkan tentang perjalanan program ini kerana bagi
penganjuran kali ini, kami menggunakan system ‘power match’ yg akan diketuai
oleh Abang Afzal yang sudi menolong kami dan dibantu oleh AJK Program. Selepas
itu, bengkel ‘Pantun Melayu’ diadakan oleh En Hisyam selaku ketua juri bagi
PPIB kali ini.
30/1/2015 (JUMAAT) – Seawal 7.30 pagi sebahagian AJK telah
turun ke FSSK. Para peserta diberi makan dan pertandingan saringan diadakan
sehinggalah ke petang. Kepenatan naik turun tangga, berlari dari bilik
petandingan ke bilik urusetia seperti mahu tercabut kaki yang berjalan ini
dirasai hampir kesemua AJK terutama AJK yang menjadi ‘runner’. Ada AJK yang
tidak sempat untuk makan tengahhari kerana terlalu sibuk. Mereka percaya
kepenatan ini pasti berakhir dengan kegembiraan. Kegembiraan yang akan hanya
tinggal kenangan kepada team PPIB kali ini.
Pada malamnya, ke semua AJK melakukan tugas masing
masing. Ada yang menyiapkan kerja di dalam bilik gerakan PPIB, ada yang pergi
membeli makanan kepada AJK yang tidak sempat menjamah dan selebihnya mengemas
bilik pertandingan kerana pertandingan pada hari sabtu akan diadakan di Kolej
Ibu Zain.
31/1/2015 (SABTU) – Jam di tangan sudah menunjukkan 8 pagi
dan semua AJK sudah mula sarapan dan bergerak ke bilik pertandingan. Keletihan
dan kekurangan tidur ditonjolkan oleh AJK namun mereka tetap tabah meneruskan
apa yang mereka tela mulakan ini. Demi sayang akan program ini, mereka sanggup.
J
Pada sebelah pagi pertandingan saringan 4 diadakan
seterusnya diikuti dengan pertandingan suku akhir, separuh akhir dan penentuan
ketiga dan keempat.
Ketika pertandingan suku akhir berlangsung, hampir
kesemua AJK lelaki turun ke Panggung Seni untuk menyiapkan dekorasi
pertandingan akhir dan kelengkapan teknikal yang dibantu oleh Abang Zul dan
Abang Zaki daripada Pusat Kebudayaan UKM.
1/1/2015 (AHAD) – Keindahan dalam program ini adalah
keindahan kami yang menginginkan program ini berjalan lancar dan tamat dengan
kepuasan kami terutama abg Iejan.
Pada sebelah pagi telah diadakan Pertandingan Akhir
Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 bagi kategori sekolah antara Sekolah
Menengah Kebangsaan Song, Sarawak sebagai pedagang dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tasek Utara, Johor sebagai pembeli. Pertandingan di ketuai oleh Muhamad Noriman
Mustafa All Bakry, Finalis Projek Radio HOT FM dan Hafifi, Juri saringan PPIB 2015
ditemani oleh jurumasa, Siti Hawa Alias. Pertandingan antara 2 sekolah yang
sama hebat ini diadili oleh 5 orang juri yang profesiaonal.
Kami sangat berbesar hati dengan kedatangan pihak
Astro Awani yang membuat liputan pertandingan akhir ini dan menyiarkan di dalam
Astro Awani secara langsung di kaca televisyen. Terima kasih juga diucapkan
kepada Iman (jurupantun) dan CK Faizal, wartawan h live kerana mengundang Astro
Awani.
Setelah selesai pertandingan akhir kategori sekolah,
raptai untuk majlis penutupan dan perasmian diadakan sebelum berlangsungnya
majlis tersebut yang bermula ada jam 3 petang. Majlis Penutupan dan Perasmian
Pesta Pantun Integrasi Budaya 2015 disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr.
Rais Yatim,Pengerusi Yayasan Warisanegara. Para VIP majlis kami adalah
- Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,Pengerusi Yayasan Warisanegara
- Dan isteri, Puan Sri Masnah Rais
- Yang Berbahagia, Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, TNC HEPA, UKM
- Yang Berusaha, Encik Anuar Ahmad, Pengetua Kolej Ibu Zain, UKM
- Dan Isteri, Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah
- 2 orang wakil Yayasan Warisanegara
- Wakil DBP
Ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama
Dr. Rais Yatim dan isteri membuatkan hati kami berdebar-debar dan tangan kami
berasa sejuk. Doa kupohon agar majlis ini berjalan lancar dan berjaya.
Jurupantun pertandingan akhir IPT pada sebelah petang ialah Muhamad Noriman
Mustafa All Bakry, Finalis Projek Radio HOT FM ditemani oleh Afiqah Ramdun atau
lebih dikenali sebagai Kak Efi.
Ketika berlangsungnya majlis ini, hati kami
menari-nari kerana apa yang kami lakukan kini sudah sampai ke kemuncaknya dan
program ini sudah hampir tamat. Tak semua yang tahu kepahitan yang bersembungi
di sebalik kegembiraan pada wajah semua AJK terutama abg Iejan untuk memastikan
program ini lancar.
Setelah semuanya berakhir, air mata yang kelihatan
di mata orang yang kami sayang membuatkan hati kami terkilan. Dia yang
membuatkan kami cinta program pantun ini. Dia yang mengajarkan daripada kami
tidak tahu apa apa sehingga kami berjaya menganjurkan program sebesar ini.
Senyuman yang terukir di bibirnya bertambah manis apabila En. Anuar memberi
gred A++ kepada kami. YEAH , KAMI BERJAYA !!!!
Post mortem yang diadakan pada sebelah malam
membuatkan kami tidak dapat menahan sebak dan menangis kerana pengorbanan abg
Iejan dan setiap AJK yang menyentuh hati. Lebihan duit yang ada, abg Iejan
telah belanjakan kami Domino’s Pizza.
Baginya, sepotong pizza itu hanya sedikit jika dibandingkan dengan pengorbanan
dan kerjasama kami selama program ini berlangsung.
Kami tahu dia sedih sebab esok semuanya akan kembali
kepada sedia kala, lobi akan menjadi sunyi sepi, Bilik UPIN akan kosong tanpa
keriuhan kami. Kerusi Skylight tidak akan bunyi kerana sudah tiada raptai,
kawasan lobi tidak akan kedengaran bunyi motor-motor AJK. Kami tetap ada di
hati abang Iejan.
JUMPA SEM DEPAN….. J Terima kasih kepada semua AJK dan
jurupantun tetap PPIB , UDIN & AMSYAR kerana sanggup menjadi jurupantun.
Esoknya, semua pulang ke rumah masing-masing. Kenangan
terindah yang kami cipta ini pasti akan kami kenang sampai bila bila. In sya
ALLAH. SAYANG TEAM PPIB 2015.
Shahrul, Najah, Hawa, Azreen,
Nisa, Nadia, Fazirah, Qeyra, Syafiqa, Hazim, Nik Firdaus, Syafiq, Zie, Ili,
Hanif, Zati, Madi, Aeiman, Piji, AzrulShafik, Liza, Mustaqim, Aliff, Firdaus,
Nik Aziz, Zaki, Adilah, Aqilah, Farah.
No comments:
Post a Comment