Apa
yang boleh saudara/i katakan apabila saudara/i sampai di tempat baru? 1000
persoalan akan saudara/i timbulkan di otak pemikiran saudara/i. Bagaimana
keadaan tempat tinggal saya? Bagaimana kehidupan menjadi mahasiswa? Siapa pensyarah-pensyarah
yang akan mengajarku? Bagaimana rupa dia? Dimana kelas saya? Bagaimana
pecaturan massaya? Siapakah sahabat saya? Siapakah rakan sebilik saya?
Dimanakah saya hendak makan? Bolehkah saya membawa kenderaan? Apakah pakaian
tiap hari saya? Bolehkah membawa telefon di dalam kelas? Dimana pejabat urusan,
pusat kesihatan, perpustakaan, fakulti, tandas, surau, masjid, kafeteria dan
bangunan tempat pembelajaran saya? Bila cuti semester akan bermula? Bagaimanakah
sistem pembelajaran saya? Siapa senior saya? Dari mana sumber rujukan saya
boleh dapati? Dan berbagai lagi persoalan yang akan saudara/i wujudkan di dalam
otak. Mesti persoalan ini akan bermain di pemikiran saudara/i. Ya, sama seperti
saya.
Ketika
ini baru saja saudara/i mahu mengenali dan membiasakan keadaan diri dengan
persekitaran Univerisiti, baru saja nak memahami kehidupan sebagai mahasiswa, baru
sahaja nak membiasakan tinggal di tempat yang baru, baru sahaja kembali untuk
uruskan hidup setelah berbulan duduk di rumah, baru sahaja nak menyusun jadual
sebaik-baiknya supaya tidak terslah langkah dalam percaturan masa, baru sahaja
mahu mengenali insan-insan untuk mengklasifikasikan yang mana kawan, yang mana
musuh, yang mana sahabat baik dan yang mana keluarga, baru sahaja nak
membiasakan tinggal di dalam rumah indah Kolej Ibu Zain yang terletak di atas
bukit, baru sahaja membiasakan diri untuk menghadapi hari-hari menaiki tangga
yang dikenali sebagai ‘tangga zigurat’, baru sahaja membiasakan diri berlagak cool apabila terserempak, dikejar,
disergah, diserang oleh monyet-monyet yang seolah-olah menjadi ‘Abang Long’
kawasan UKM dan bermacam-macam lagi yang saudara/i baru sahaja cuba untuk
membiasakan diri di tempat baru.
Ini
adalah kisah saya. Kisah cerita yang saya coretkan sepanjang perjalanan saya di
‘tanah suci’ UKM. Secara ringkas, permulaan minggu orentasi berjalan seperti
biasa. Sepanjang saya menyertai orentasi tidak penah saya berjumpa dengan
pemudah cara yang amat baik. Mereka adalah abang-abang dan akak-akak Majlis
Eksekutif Pelajar 2011/2012 (MEP) Kolej Ibu Zain. Awesome! Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan kerana layanan mereka
yang sangat baik dan memandang kami pelajar baru ketika itu dengan pandangan
HORMAT & MATANG. Terima Kasih!
Pada
Tahun 1, selama setahun saya telah memegang 5 jawatan iaitu:
- Ketua Block of Champion (Block C) Kolej Ibu Zain, UKM
- Penyelaras Pemasaran Program Konvensyen Kampus Lestari (KKL) KPT 2012 anjuran Kolej Ibu Zain, UKM bersama KPT
- Timb. Penyelaras Pemasaran Program Festival Kesenian & Integrasi Budaya (FestKIB) 2012 anjuran Kolej Ibu Zain, UKM.
- Ahli IZiSH Alert team (I.A.Team) Kolej Ibu Zain, UKM.
- Penyelaras Bahagian Sisa Kelab Ekolestari Kolej Ibu Zain, UKM
Maka
saya akan kongsikan apa yang saya pelajari daripada tanggungjawab yang saya
peroleh sepanjang setahun melalui program yang pada saya penting untuk diketahui.
Program Konvensyen Kampus Lestari
(KKL) 2012 & FestKIB 2012
Menjadi Penyelaras Pemasaran kita
perlu tahu pengurusan beberapa perkara iaitu:
- Menyiapkan Profil Pemasaran yang mengandungi pakej/faedah penajaan
- Menyiapkan Surat Pemasaran untuk dihantar kepada penaja
- Mencari butiran alamat, email, nama penaja
- Menyusun dalam bentuk senarai penaja
- Membuat jaringan kerjasama pintar
- Membuat dokumen lengkap penaja
- Menghantar dokumen penajaan melalui email, faks atau pos
- Mengetahui urusan dalam UKM seperti memohon surat pengecualian cukai, Surat kelulusan program,pembukaan asaudara/in program di Bendahari serta kebenaran memungut derma (jika ada)
Kalau
saudar/i menjadi seorang AJK Pemasaran maka saudara/i perlu mengetahui
perkara-perkara di atas.
Ketua Block of Champion (Block C)
Kolej Ibu Zain, UKM
- Menyatupadukan penduduk serta menaikkan semangat Block di dalam Family Day (Hanya sekadar berhibur dalam kekeluargaan kolej)
- Menyusun AJK Block untuk urusan Block
- Mengadakan mesyuarat Block
- Menyebarkan isu-isu keselamatan & Kebersihan Block
- Mengawasi dan menjaga Block
- Mewujudkan konsep sayang akan Block ibarat rumah sendiri
Kalau saudar/i menjadi Ketua Block atau AJK Block
maka ini adalah perkara yang perlu tahu untuk dilakukan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun
2 adalah tahun yang paling mencabar kepada saya kerana tahun ini adalah tahun
yang paling hebat saya menglibatkan diri di dalam program kolej dan mengambil
jam kredit 22 hingga 23 di dalam pembelajaran saya. Program dan jawatan yang saya
terlibat adalah:
- Ketua Eksekutif (KE) Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) 2013/2014 Kolej Ibu Zain, UKM
- Presiden Ekorelawan UKM
- Kapten Alam Sekitar IPT (UKM), Jabatan Alam Sekitar
- MEP Pemantau Program Alur Ilmu the Heart of UKM anjuran Kolej Ibu Zain, UKM
- MEP Pemantau Program Eco-Food Courts UKM
- Ketua Pengarah Kayuhanan Amal & Muhibbah (KASIH 3) Malaysia-Australia
- MEP Pemantau Bengkel Pemasaran & Publisiti
- Ahli aktif Kelab Berbasikal UKM
Maka
saya perincikan apa yang boleh saya ceritakan pengalaman melalui jawatan
tersebut.
Ketua Eksekutif (KE) Majlis Eksekutif Pelajar
(MEP) 2013/2014 Kolej Ibu Zain, UKM
Sifat yang perlu ada untuk membuatkan semua orang
selesa dengan anda daripada apa yang saya lakukan sendiri adalah:
- Kalau menjadi ketua jangan sombong dan selalu bertegu sapa
- Libatkan diri dalam segala aktiviti dan program
- Jangan mengabaikan pelajar dibawah anda
- Tahu dan paham dengan urusan kerja
- Memberi guide kepada mereka yang baru untuk mengenali dunia berprogram
- 200% kerja lebih daripada ahli biasa
- Mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri
- Memandang dengan pandangan HORMAT & MATANG terhadap orang lain
- Menguruskan dengan sistematik organisasi
- Tahan cabaran dan dugaan
- Berani mencuba perkara baru
- Mampu membuat keputusan disaat kritikal
- Semangat yang konsisten
- Menjaga personaliti serta berintegriti
- Tegas bertempat, tegur bersebab
In Shaa Allah dengan adanya sifat di atas maka
saudar/I mampu menjadi Ketua yang baik kepada orang bawahan.
Dibawah
organisasi MEP 2013/2014 ini sebanyak 10 program yang di kategorikan sebagai
program yang berimpak tinggi atau Mega Projek telah dianjurkan iaitu:
- Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
- Business Mania
- Pesta Pantun Integrasi Budaya 2014
- Hak Asasi Manusia Iii: Bengkel Penulisan Pengalaman Mengenai Kanak-Kanak Stateless Di Pulau Mabul, Sabah
- Ham III : Shrek Project
- Cycle For Charity
- Program Alur Ilmu; The Heart Of Ukm 2013/2014 Siri
- Pesta Pantun Tunas Warisan 2013
- Night Of Kung Fu
- Malay Language Outreach Programme (Mylop)
Manakala selebihnya sebanyak 18 program iaitu:
- Bengkel Teknikal
- Bengkel Asas Fotografi
- Program Silang Budaya Antarabangsa Indonesia-Malaysia
- We Are 1 Colour (Siri 1) : Puncak Perpaduan Broga
- Bukit Tinggi Nature Trail
- Program Shaping Humanities For Future Leader (Shuffle)
- Coffee And Cakes Corner
- Seminar Pemantapan Akidah
- Malam Kesenian Kolej Ibu Zain
- Hari Keluarga Kiz
- Kejohanan Sukan Ibu Zain
- Sharing Session With The Best Of The Best
- Book House
- Pesta Bowling Kpta
- Bengkel Pemasaran & Publisiti
- Interact With Us
- Kempen Solat Jemaah Dan Program Berbuka Puasa
- Eco-Wall Bersama Im4u
Jumlah
keseluruhan program anjuran MEP 2013/2014 pada ketika ini sebanyak 28 program.
Syabas kepada ahli MEP 2013/2014. Syabas juga diucapkan kepada AJK setiap
program yang terdiri daripada pelajar Kolej Ibu Zain sendiri. Terima kasih juga
diucapkan kepada Ayahanda Pengetua Kolej Ibu Zain, En. Anuar Ahmad serta
Timbalan Pengetua, En. Nik Mohd Noor Faizul, Majlis Felo dan pihak pengurusan
Kolej Ibu Zain yang membantu, menyokong dan memberi dorongan dan tunjuk ajar
sepanjang masa. Jasa dan sumbangan pihak kalian amatlah dihargai dan semoga
Allah S.W.T. membalasnya dengan kejayaan dunia dan akhirat.
Apa yang amat membanggakan adalah keberjayaan
mewujudkan jaringan kerjasama antara pihak Kolej Ibu Zain bersama pihak
luar/koporat iaitu:
- Verve
- Soy E
- Jike Biotech (M) Sdn Bhd
- Koperasi Unikeb, Ukm
- Rsport Eyenyx
- Iam Cyclist
- Scoreboard Tv3 (Liputan Media)
- Dunia Sukan (Liputan Media)
- Roda Pantas (Liputan Media)
- Majalah Aspirasi Ukm (Liputan Media Di Ukm)
- Phang Oo Lang Kedai Ubat
- I-Bicycles
- Choo Tai Jie
- Dbp
- Pusat Kebudayaan Ukm
- IM4U
- Fb Dua Puluh Resources (Purfume House)
- Perbadanan Putrajaya
- Sk Event Management
- Agro Jerneh Sdn Bhd (Moola Snek)
- Mizam World Resources
- Sufizal Enterprise
- United Angle Sdn Bhd
- Jen Wall Enterprise
- Mpws Training Center
- Damiena Trading
- Waterless Car Spa
- Abe Mat Trading
- Mysa Bike Hub
- Institusi Alam Sekitar Dan Pembangunan (Lestari)
Kebanyakkan penajaan ini berjaya diperoleh
daripada program Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH 4) UKM anjuran MEP Bahagian
Sukan & Rekreasi Kolej Ibu Zain, UKM. Syabas diucapkan kepada semua AJK
KASIH 4 yang telah bekerja keras untuk ini!
Program Alur Ilmu,Program Eco-Food
Courts, Program KASIH 3 & KASIH 4, Kelab Ekorelawan UKM dan Kelab
Berbasikal UKM
- Secara keseluruhan saya mendapat pengalaman dalam membuat jaringan kerjasama pintar melalui penglibatan didalam program diatas.
- Saya juga belajar tentang bagaimana bila kita ingin berurusan dengan orang koporat dari segi Pakaian, Percakapan, Gaya dan Gerak Kerja yang memerlukan profesionalisme yang tinggi.
- Untuk mewujudkan jaringan kerjasama kita perlu menyediakan Pakej Penajaan yang cukup menarik. (Penyiaran di dalam TV adalah keutamaan)
- Ikon, Duta atau individu yang berpengaruh merupakan publisiti yang cukup kuat untuk menaikkan nama program anda. (Bergantung kepada bentuk program)
- Berurusan dengan pihak luar adalah lebih baik berurusan secara face-to-face
- Berurusan dengan cara koporat dan professional dari segi petuturan dan kekemasan aturan kerja
- Berani membuat sesuatu perubahan dan pembaharuan walaupun mengetahui akan mendapat pelbagai tentangan (Pengalaman daripada Program Alur Ilmu)
- Apabila menyertai program di luar selalu berkenalan dengan pihak penganjur atau tetamu atau sesiapa sahaja di dalam program tersebut. Mungkin individu itu dapat membantu kita di masa hadapan.
- Mempunyai kebolehan dalam melakukan kepelbagaian tugas dalam masa yang serentak
- Menghargai masa. Makin sibuk makin saudara/i menghargai masa.
Siaran Langsung di Scoreboard TV3 untuk KASIH 3 Malaysia-Australia |
Pembentangan Sesi Dialog Alur Ilmu the Heart of UKM |
Ahli aktif Kelab Basikal UKM |
Keratan akhbar kejayaan KASIH 4. Syabas! |
Pengalaman
mengumpulkan dana di Bandar Melbourne untuk disumbangkan kepada YAWA sempena
KASIH 3
Pembentangan di depan Naib Canselor UKM tentang cadangan Eco-Food Courts bekerjasama dengan Federal Malay Holdings. |
Pembentangan Projek Alur Ilmu untuk Dana Belia |
Membuat Eco-Wall bersama IM4U dan Anwar Hadi |
Untuk
mendapat pembelajaran yang lebih baik dan jelas maka saudara/i sendiri perlu
merasainya sendiri. Peluang hanya datang sekali dan ingatlah inilah masanya
saudara/i ingin mencorakkan diri saudara/i sebagai persediaan di dunia
pekerjaan nanti. Bagi diri saya ini masih lagi belum cukup.
Segala
kemahiran ini amat diperlukan untuk membentuk kebolehpasaran diri saudara/i.
Pulangannya bukan pada orang lain tapi kepada saudara/i sendiri. Maka berusahalah
dengan sebaik mungkin untuk memajukan diri sendiri. Siapa lagi ingin membantu
diri sendiri selain diri sendiri? Pikir-pikirkan. :D
TENGKU MUHAMMAD ADIDDUDIN SHAH B.
TENGKU ARISTON SYAH
MANTAN KE MEP KIZ 2013/2014
TEL : 014-6484841
Fb : Adiddudin Shah