Program Hak Asasi Manusia (HAM) sememangnya sudah sinonim dengan Kolej Ibu Zain. Program bersiri ini telah memasuki Siri Keempat pada sesi pengajian 2013/2014 yang memfokuskan kepada kanak-kanak 'stateless' atau tanpa kewarganegaraan di Pulau Mabul.
Kini ahli projek HAM IV akan berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai projek ini dan juga misi yang mereka jalankan. Tahniah diucapkan kepada mereka hasil pimpinan Eksekutif Kerohanian, saudara Amsyar.
PENULISAN HAM IV SIRI 1
Komuniti di Pulau Mabul
Di
Pulau Mabul, komunitinya terdiri daripada penduduk Bajau Laut Laut, Bajau Sulu,
NGO dan sebagainya. Namun, terdapat juga individu luar yang bukan berasal
daripada Pulau Mabul itu sendiri di mana mereka merupakan guru yang melakukan
praktikal di beberapa buah sekolah NGO contohnya di Kelas Bimbingan Insan dan sebagainya.
Komuniti
di sana juga terdiri daripada 3 peringkat iaitu kanak-kanak, golongan remaja
dan juga orang dewasa.
Golongan
kanak-kanak merupakan golongan yang paling ramai di sana di mana sebahagian
daripada mereka ini merupakan kanak-kanak stateless atau lebih dikenali sebagai
kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganegaraan.
Ketiadaan
kewarganegaraan ini menyebabkan hak kanak-kanak ini dinafikan. Hal ini dapat
dilihat apabila, mereka tidak perolehi hak pendidikan, hak kesihatan dan sebagainya seperti kanak-kanak lain.
Akibat daripada itu, mereka tidak dapat mencapai kehidupan yang baik seperti
orang lain.
Walaupun
golongan kanak-kanak ini tidak mendapat hak-hak mereka seperti hak pendidikan,
namun terdapat NGO yang telah menyediakan sekolah untuk mereka seperti Mabul
Kids Education Society. Di sana, mereka diajar oleh Cikgu Ali dan
pembelajarannya sama seperti di sekolah kerajaan. Usaha NGO ini memberikan kebaikan
kepada golongan kanak-kanak ini kerana
sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit input daripada pembelajaran yang
diajar daripada tidak mendapat pendidikan langsung.
Selain
itu, walaupun mereka kekurangan hak daripada segala segi namun mereka tetap
hidup gembira dan riang di samping keluarga dan sahabat handai. Kanak-kanak di
sana merupakan golongan yang periang, peramah dan amat suka membawa pelancong
berjalan-jalan di sekitar Pulau Mabul terutamanya kanak-kanak Bajau Suluk.
Kanak-kanak
Bajau Suluk ini berbeza berbanding dengan kanak-kanak Bajau Laut di mana
kanak-kanak Bajau Suluk ini sangat kreatif, peramah dan ceria. Berbeza dengan
Bajau Laut, di mana mereka hanya hidup di atas laut dan kehidupan seharian
mereka hanya berada di atas sampan. Golongan kanak-kanak Bajau Laut ini juga
tidak pergi ke sekolah malah mereka hanya membantu kedua ibubapa mereka
menangkap hidupan laut untuk dijual. Selain itu, mereka juga meminta duit
daripada pelancong untuk membeli makanan.
Walaupun
kanak-kanak Bajau Suluk ini tidak mendapat pendidikan yang tinggi, namun mereka
sangat berimiginasi tinggi dan pandai dari segala segi contohnya seperti
melukis, bersukan, mewarna dan mereka juga mempunyai cita-cita yang tinggi.
Kanak-kanak ini juga bekerja di kedai runcit untuk membantu keluarga
mendapatkan sumber pendapatan.
Bagi
golongan remaja di Pulau Mabul itu pula, mereka merupakan golongan yang agak
pasif di mana sebahagian golongan remaja ini tidak melakukan kerja dan mereka
hanya duduk di tepi-tepi jalan sambil bermain gitar atau beriadah bersama
rakan-rakan. Namun, terdapat juga golongan remaja yang membantu keluarga
menjaga kedai. Manakala, bagi golongan dewasa pula mereka membuka kedai runcit
sebagai sumber pendapatan utama dan terdapat juga yang melakukan pekerjaan
tetap sebagai cikgu di sekolah, pencuci dan sebagainya. Bagi golongan dewasa
Bajau Laut pula, mereka banyak menghabiskan masa mencari rezeki di lautan
dengan menangkap hasil laut dan mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan
tetap. Golongan Bajau Laut ini hidup di atas laut di dalam sampan yang mereka
hasilkan sendiri namun terdapat juga Bajau Laut yang hidup di darat tetapi
mereka ini dikategorikan sebagai golongan Bajau Laut yang miskin kerana tidak
mempunyai sampan sendiri.
Pada
waktu malam, terdapat ramai golongan lelaki dewasa ke surau namun golongan
wanita kurang dari segi bilangannya. Komuniti di Pulau Mabul boleh dikatakan
sebagai kurang didikan agama kerana mereka tidak diajar solat, mengaji dan bagi
golongan Bajau Laut pula mereka berjudi sesama sendiri dan ini jelas
menunjukkan bahawa mereka tidak mendapat didikan agama dengan secukupnya.
Terdapat
juga pengusaha-pengusaha penginapan yang melakukan tugas mereka pada setiap
hari di mana mereka menyediakan perkhidmatan dari segi pengangkutan, penginapan,
makanan kepada pelancong yang datang ke Pulau Mabul.
Secara
keseluruhannya, dapat dilihat bahawa komuniti di Pulau Mabul amat unik kerana
mereka terdiri daripada berbagai penduduk. Walaupun mereka hidup serba
kekurangan tetapi mereka masih mampu hidup bahagia dan gembira di samping
keluarga dan masyarakat sekeliling.
Golongan
kanak-kanak Bajau Laut yang meminta duit kepada pelancong
|
Golongan kanak-kanak Mabul Kids Education Society yang peramah dan ceria |
Kanak-kanak
ini sedang melukis gambar hidupan laut dan mereka mempunyai imiginasi yang tinggi
|
No comments:
Post a Comment