Oleh : Munirah Yusop
Eksekutif Kewangan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain
FEP/2
JOM KITA URUS MASA DENGAN BERKESAN!
Salam and hai
semua! Kali ni bukan nak buat announcement,
tetapi ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman berkenaan pengurusan masa
yang mungkin berguna kepada anda semua warga kolej Ibu Zain. Lebih-lebih lagi, final exam sudah hampir tiba kan? Ehee.
Sebagai seorang pelajar, lebih lebih lagi apabila sudah
memikul tanggungjawab sebagai Majlis Eksekutif Pelajar, pengurusan masa yang
teratur sudah tentu amat penting. Masa 24 jam dirasakan seakan makin pantas
berlalu. Mana nak buat assignment
lagi, program lagi, meeting mep lagi, meeting fac lagi, nak call family lagi, nak call ehem lagi...
Ehhh. Haha. Oleh itu, pengurusan masa sangat lah penting. Jika tidak diuruskan
dengan baik, semakin tidak teratur lah hidup. Masa tidur pun setiap hari jadi 3
4 jam jee... no tak boleh jadi ni.
Masa ni, baru lah nak sedar betapa bernilainya masa yang
kita ada. Even seminit pun! Saya pun
mula lah Google and cari tips pengurusan masa yang berkesan. Daripada pencarian
saya dengan ‘Pak Cik Google’ hehe, suka ingin saya berkongsi beberapa tips yang
saya rasakan berguna bukan sahaja bagi saya, bahkan bagi semua pelajar. Tips
ini saya perolehi daripada Dr. Ramlan Hamzah, seorang kaunselor berdaftar dan
berlesen. Beliau mengendalikan sesi kaunseling secara online sama
ada melalui kaedah chat ataupun secara kaedah e-mel sejak 12 tahun yang
lalu. Anda semua boleh melawat laman web beliau di http://ramlanhamzah.com/
Tips yang pertama: Sediakan Senarai Semak.
Bagi memudahkan anda mengingat tugasan anda yang banyak,
sediakan satu senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan anda. Setelah
tugasan selesai dilaksanakan, pastikan anda tandakan pada senarai. Aktiviti ini
memudahkan anda melihat tugasan yang telah anda selesaikan dan tugasan yang
masih belum dilaksanakan.
Cadangan daripada saya sendiri pula, anda boleh install aplikasi seperti Wonder List di smartphone anda atau di tab anda. List
ini berfungsi seperti organizer di
mana ia akan memudahkan kita menguruskan kerja-kerja yang perlu dilakukan.
Saya sendiri telah menginstall aplikasi ini di handphone saya dan telah mengasingkan
setiap tugasan kepada beberapa bahagian seperti ‘Kerja MEP’, ‘Assignment’, dan
‘To-Do List’. Due date juga boleh
diletakkan di setiap entry.
Tips yang kedua : Hindarkan Dari Melakukan Semua
Perkara.
Terdapat individu cenderung untuk melaksanakan semua
tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja anda siap anda akan
berasa lega, tetapi perlu diingat jika beban kerja melebihi kemampuan anda maka
hasilnya tidak akan berkesan. Anda sendiri tidak akan berpuas hati terhadap
hasil yang tidak berkualiti yang anda telah usahakan. Hasil kerja yang baik
datangnya dari usaha yang teliti dan berfokus. Pengurusan masa yang baik
memerlukan anda menumpukan kepada tugas penting dan sedikit dalam masa yang
telah ditetapkan. Pengurusan masa yang buruk berlaku apabila anda menumpukan
terlalu banyak kerja yang kurang penting dalam masa yang tidak menentu.
Cadangan saya, apa yang boleh dilakukan pula ialah, kita
bezakan setiap kerja itu sama ada urgent
atau boleh ditangguhkan sementara. Utamakan kerja yang perlu dihantar. Berikan
perhatian yang lebih terhadap kerja tersebut
instead daripada kita cuba siapkan semua kerja dalam satu masa. Kita pun
jadi lagi stress dan kerja pula
kurang kualitinya. Apa yang saya lakukan, saya tetapkan target kerja untuk satu
hari. Contohnya, “malam ni lepas meeting
aku nk stay up siapkan tuto akaun.” Jika subjek tersebut berat, maka
buatlah satu subjek sahaja. Terpulang kepada kritikal mana subjek tersebut.
Haha
Tips yang ketiga : Bezakan Tugas Yang Perlu Di
Segerakan Dengan Tugas Yg Penting.
Prinsip penting dalam melaksanakan tugasan ialah anda
perlu dapat membezakan perkara yang penting dengan perkara yang perlu
disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan kemudian baru
beralih kepada perkara-perkara penting. Perkara-perkara penting tidak boleh
dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera yang boleh.
Tips yang keempat : Kemaskan Meja Kerja Anda.
Otak anda akan menjadi serabut apabila meja anda
berserabut. Terlalu banyak benda di atas meja akan mengganggu konsentrasi anda.
Hanya benda-benda penting saja yang perlu ada di atas meja belajar anda.
Contohnya kalendar, jadual waktu aktiviti, jam, tempat alatan menulis dan juga
buku-buku yang tersusun. Kekemasan meja akan menjimatkan masa anda dan
membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang.
Yang ini, terpulang lah kat mana anda semua buat kerja
kan. Hehe macam saya, saya suka stay up di Skylight dan lobi. Baru tak
mengantuk! Tempatnya pun kondusif! Thank
you pada pihak pengurusan kolej dan pengetua kita *thumbs up*
Tips yang terakhir : Elak Dari Berfikir Seperti Mat
Jenin.
Berfikir boleh, tetapi berfikirlah secara realistik.
Berfikir yang bukan-bukan boleh mengganggu pelaksanaan kerja yang anda telah
dirancang. Individu yang suka berangan-angan akan mencuri masa lebih lama tanpa
memberikan hasil yang berkesan.. Ini buang masa namanya. Berfikirlah perkara
yang masuk akal dan berdoa agar anda dapat melaksanakan tugas yang anda telah
rencanakan.
Haaaaa yang ni, selain daripada berangan tak tentu hala,
sebenarnya saya rasakan kita semua lebih kepada suka membuang masa mengadap
laman sosial kan? Twitter, facebook dan Whatsapp. Apa yang kita boleh lakukan,
cuba tetapkan limit ketika melayari laman web tersebut. Kalau duk scroll je
timeline tu memang tak study la kan?
Kerja pun tak jalan. Haha *tuju kat diri sendiri jugak*
So, tips-tips tersebut jika diamalkan pasti akan
memudahkan pengurusan masa kita menjadi lebih berkesan. Saya harap dengan
sedikit perkongsian ini, semua warga Kolej Ibu Zain mampu menguruskan masa anda
semua dengan baik! Akhir kata dari saya, Selamat menduduki peperiksaan akhir!
Salam.
NOTA KAKI MEP:
Happy study week!
Tahniah pn munirah...
ReplyDelete