Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada
pihak MEP terutama MEP Sukan KIZ iaitu saudari Nana #TheMagicalA (entah sape
‘A’ dia tuh LoL) kerana mengundang saya untuk mengisi entry kali ini. Meh dengar
sini abam novas the power of district 77 nak cerita. Kahkah.
AL KISAH…
Nak dijadikan cerita,
cerita saya ni memang tak lari lah dari cerita sukan terutama berkaitan bola,
tapi jenis sukan kaki lah, sukan tangan tak berapa nak power sangat. Tapi saya
ni main bola tak lah tinggi mana level nye cukuplah setakat dikenali oleh
beberapa orang. Kalau orang tanya,
“amir yang mana?”
“amir yang power main
bola tu”
Hahaha. Bukan nak
berlagak show off ke ape, tapi tu lah hakikat nye, orang la yang bagitahu.
Kalau pada pencapaian futsal yang pernah saya capai, naib johan Kejohanan
Iktiraf Kebangsaan (FELDA). Masa tu saya wakil Felda Wilayah Segamat. Yang
johan? Banyak jugak, tapi lebih pada kejohanan amatur.
Haaa,atas tadi tu lah team futsal saya naib johan Iktiraf
Kebangsaan tu, tapi hadiah dia sikit je. Boleh la buat belanja barang dapur
sikit. Hahaha #hambarnyeaku
Dah, stop pasal
futsal…..ZZzzzzzZZz
Bumi UKM…
Masa daftar je masuk
kolej ibu zain nih, berkobar-kobar je rase sebab masuk U kan. Dulu tak terpikir
pon ape best nye UKM nih. Tapi lepas felo hot ibu zain ,abg IEJAN BEHS cerita macam2, terus rasa
nak masuk UKM. 4 pilihan UPU mase tu semua UKM. Hahaha. Btw, saya kenal abg
iejan dah lama tau, sebelum masuk UKM lagi. Dia lah abg saya. Wuuuuuu.
Okay, terus ke agenda
sukan di KIZ ni. Dulu kenal regu regu sukan saya ni, mase tu hari sukan MMP,
sekarang dah takde. Mase tu lah kenal player2 lain yang lebih power terutama
abu isa , roommate solehin (mun) eh, striker power airil (dah grad tahun
lepas), maulana (skang felo KAB), wan hafizi (dah grad) dan ada beberapa orang
lagi. Then, terpilih la untuk masuk team KIZ tahun tu bersama abang abang
senior.
Ni lah dia KIZ FC tahun
2011. Masa ni kawan kawan yang main bola baru nak kenal game kat UKM nih. So masa
sukem ni, KIZ FC tak layak langsung pergi suku akhir sebab first game seri 0-0
dengan NHO, pastu kalah 0-1 dengan KBH. Gol pon takde, betapa noob nye lahai
dulu dulu main. Hahahah.
Then masuk plak sukem tahun depan nye tahun 2012. Tahun ni lagi lah sedih, tak layak jugak dan takde gol jugak. First game seri dengan KDO 0-0, lepastu kalah dengan KKM 2-0 then kalah dengan KUO 3-0.
“AT THE END OF THE STORM, THERE’S A
GOLDEN SKY”…
Masuk je tahun 2013, si
abu isa dah merancang sesuatu untuk SUKEM tahun tu. Bijak nya si abu ni, dia
rekrut player2 buangan UKM FC. Antara player tu ialah si adhwa keeper dengan
wahib hensem. Si abu ni tahu mana kelemahan posisi dalam KIZ FC. So dia bawak
la keeper satu, midfield satu. Bijak jugak engko ye abu. Then , si abu ni buat
lah perancangan dengan mengadakan friendly match yang banyak dan jugak latihan
intensif untuk KIZ FC. Salute! Orang cakap, practice makes perfect. Tapi bagi
KIZ FC, practice makes better and better.
Maka, bermulalah game
yang pertama untuk KIZ FC menentang KIY. Walaupun seri 2-2, tapi ajaibnya KIZ
FC akhirnya dapat skor gol. Hahaha. Hilang sumpahan yang sekian lama
ditanggung. Fuhh!. Then next game seri jugak 2-2 dengan NHO. And last game
lawan KTDI, akhirnya KIZ FC mencipta kemenangan sulung setelah sekian lama
kemarau gol, mencatat keputusan 2-0. Dapat jadi naib johan kumpulan then
proceed to next round. Sebenarnya, kiteorg sengaja jadi naib johan kumpulan,
kenapa? Nanti gua story. Hahaha
Quarter final ni,
kiteorg berhadapan dengan finalist tahun lepas (2012), KTHO. Team ni memang
mantap selepas KAB. Tapi kiteorg redah jeee. Alhamdulillah, KIZ FC proceed to
semi final, menang penalti (berapa tu tak ingat lah pulak) lepas seri 1-1.
Kat semi final, jumpa
dengan bekas kolej sukan iaitu KRK. Haaa, ni lah saya nak bagitau kenapa
kiteorg sengaja jadi naib johan kumpulan. Sebabnya, kalau jadi johan kumpulan,
kita akan jumpa KAB kat semi final. So, peluang ke final amatlah tipis kalau
lawan KAB kat semi sebab player dia kebanyakan UKM FC. Padan muka NHO jumpa KAB
kat semi. Baik menang 4-1 dengan KRK dari kalah 4-1 dengan KAB. Hihihi
Final, hmmmm. Tak nak
cerita banyak. KIZ FC lawan dengan top level punya player kot. Tapi, ade satu
moment yang membanggakan sebab KIZ FC skor dulu lawan KAB walaupun tewas 1-3.
Sooooo…bawah ni gambar lepas menang semi final dengan KRK.
Haih, masuk tahun 2014
ni aim KIZ FC tinggi sikit nak jadi Juara pulak. Tapi anda semua sedia maklum
lah kan terutama fan fan KIZ FC dengan apa yang berlaku. Nak cerita kat final
lah, sebab banyak yang tidak betul masa final tu.
Tak tahu lah mana punya
referee lah SUKEM ni pakai, kiteorg player lebih maklum kot dengan syarat
syarat perlawanan. Linesman kayu, reff pon hauk. Banyak chances KIZ FC untuk
skor tapi dibatalkan reff kerana didakwa offside. puii. kiteorg main laju
sangat sampai linesman tak terikut, last2 tak nampak dia main angkat je
offside. Bengang!
Moment paling sedih,
bila keeper dihukum layangan kad merah. Masa tu lagi lah rasa macam ditindas
oleh pegawai. Reff ni macam kena bayar. Player lawan sah2 dapat bola kat
belakang defend, tapi tak offside then dia dribble keeper tackle , then dia
diving. Diving ni salah satu tindakan menipu dalam bola sepak dan memang
dibenci. Tapi reff dah tiup wisel, tak dapat nak buat apa lah. Main lah KIZ FC
dengan 10 orang. Walaupun kekurangan player, KIZ FC masih mengawal permainan
dan terus melancarkan serangan. Tapi , tiada rezeki. KIZ FC tewas 1-2 dengan
KTSN.
*merenung ke luar
jendela, bayu pagi meniup lembut….
Walaupun sedih, malam
penutup semua senyum lebar hati gembira kan kan kan. Hahaha. Hikssss. Yela, ade
yang bergambar dengan medal, nombor 7 yang lain, dengan bulan bintang, ade yang
bergambar selfie sama sama. Kahkahkahkah. Tak paham kan? Biarlah rahciewww.
LoLL
btw,
KIZ johan futsal lelaki. Saje selitkan, power tak power la KIZ ni sebenarnya.
Apa pun, KIZ sudah membina satu platform di mana KIZ adalah satu pasukan lawan
yang perlu kolej kolej lain risaukan apabila bertemu dengan KIZ. Sebab pemain
pemain semua adalah fighter dan penyokong penyokong KIZ totally superb!
Sebelum
terlupa, terima kasih banyak kat pihak pengurusan terutama ayahanda En. Anuar
yang banyak memberi sokongan dan inspirasi untuk KIZ FC dan juga pihak Azura.
Tak lupa jugak kat mep mep KIZ 2014 terutama mep sukan. Tanpa mereka, tak dapat
merasa jersi baru ni. Semoga berjaya untuk KIZ dalam SUKEM pada masa hadapan, Heheh.
Last skali…
eh,
pehal gambar bola jaring plak ni. Problem betul lah laptop nih.
TAMAT
Mohamad Amir Ariff
Abang Power
Semangat Schoner
Kolej Ibu Zain
Nota ringkas MEP: Gambar yang last tu sungguh bermakna. Aummm! ;)
No comments:
Post a Comment