Oleh : Abdul Rauf Badrul Hisham
Bismillahirrahmanirrahhim...
Salam Perantauan Buat Warga Kolej Ibu Zain...
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t
atas segala nikmat yang dikurniakan ke atas kita. Kini saya berada di Ma’raad,
Tanta, Mesir. Alhamdulillah saya sudah mulakan kuliah dalam bidang pengajian
Perubatan Pergigian di Fakulti Perubatan Pergigian, Universiti Tanta, Mesir.
Berikut antara gambar sewaktu “Jaulah” sekitar
Kaherah, Mesir.
Sewaktu berada di Qal-‘Ah Salahuddin (Kubu Salahuddin) di Kaherah, Mesir |
Berada di dalam Masjid Muhammad Ali
|
In sya Allah, saya ingin berkongsi pengalaman
berada di Kolej Ibu Zain dan keadaan semasa di Tanta...
Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia ... >>>
Sepanjang tempoh hampir 1 bulan bertatih
mengenal dunia universiti yang penuh dengan ragam dan karenah manusia yang
pelik-pelik. ½ lelaki dan ½ perempuan yang membuat aku terfikir, “Ini ke dunia
luar yang akan aku tempuhi?" Itu salah satunya la .Namun apa yang menarik di
Kolej Ibu Zain ini terlalu banyak. Okay rauf dapat klasifikasikan kepada
beberapa “point”. Antaranya;
1. Felo yang sporting and like a
brother to us
Cerita je pasal Felo, mesti felo-felo Kolej
Ibu Zain (KIZ) ranking top 3. Ke top 2? Ke Top 1 ? Itu masing-masing punya pendapat
la. Abang Acap, Abang Chang Ee, Abang Syaqiq, Abang Iejan Comel, Abang Nik.
Semua mantap2 dan ramah dengan pelajar KIZ. Lagi-lagi felo blok D tu. Abang
Iejan yang comel dan “cute” .Before cerita pasal abang iejan. Lets talk about
others dulu. Hehehe. Dengan abang2 felo blok lain mungin kurang bergaul BUT !!
they still peramah. Ingat lagi waktu nak ke Metropoint Kajang untuk teman geng
nak berlatih Bowling. Aku tumpang kereta abang Nik. Awalnya like “krik krik
krik. Hahaha. But suddenly bercakap la jugak and ada topic to talk. Aku ni bab
nak beramah susah sikit. Tapi kalau dah rapat, takut tak terlayan je nanti.
Back to Main Character Brother Iejan. Like
a Brother. So caring. So kind. So cute. So and so.Meski perkenalan yang hanya
hampir 1 bulan sahaja bisa membuat kami rapat like adik beradik. Ilmu bomoh apa
entah yang abang Iejan guna sehinggakan kami rapat dengan dia as a Family. Tak boleh cerita panjang2 pasal
abang iejan ini. Nanti takut dia terkenang penulisan hambar aku ni. >_<
2. Kawan atau Aku dah anggap as Sahabat BLOK D
Sebut je blok D. We like “Assobiyyah”.
Pengenalan yang hanya 1 bulan ini juga buat kami rapat dan respect each other.
Dengan karenah manja, nakal, dan macam-macam lagi.
Perlu
ke cakap pasal budak-budak blok lain? Hehe.Masuk blok D dulu la. Hehehe. First
day masuk KIZ ternanti-nanti juga siapalah roomate aku. Adakah sama dengan
roomate aku sebelum ini? Tunggu punya tunggu, rupanya aku tak ada roomate. Happy and Bored. So aku banyak berkepit
dengn Aieman sebab dia dulu satu sekolah dengan aku waktu sekolah menengah.
Kami sekolah biasa je.
Tak macam budak2 lain yang dari MRSM, SBP, SMS
& etc. From that, kenal la seorang demi seorang budak2 either di blok D
atau pun daripada blok lain. Then, abang iejan uruskan untuk aku dapat roomate
baru. Nama manjanya Adam. Bersyukur dapat roomate. Dan bangga dengan roomate
ini sebab ada latar belakang yang HEBAT dan aku sangat sangat KAGUM dengan dia.
Hope dia tak baca penulisan ini supaya dia tak RIAK. Hehehe.
Aku kenal Daus, Faisal, Nasir, Abang Izzul, Ustaz
Rahmad, Fahmi (IPIN), Syuk (UPIN) & Abang2 yang lain. Tak nak cerita
lebih2 pasal kawan ini sebab taknak menaip sambil kesat air mata. Biarlah
kenangan yang lain aku semat di hati. Sungguh kita kena bersyukur dengan kawan2
dan sahabat2 di sekeliling kita. Mana tahu mreka antara asbab kita masuk ke
Syurga. Aku cuma mengharapkan pertemuan kita di KIZ ini mendapat reda Allah.
Semoga kita masih bisa bergurau senda di dalam Syurga. “Usah Dilupa Akan Daku Dalam Doamu”.
Abang-abang senior yang lain
pun banyak membantu kami. Even beza umur hanya setahun dua. Takpun sama umur,
namun tidak menjadi penghalang kepada hubungan persaudaraan yang erat. Kepada Abang Amsyar terima kasih kerana banyak
bantu dan berleter untuk saya. Terima kasih untuk buku ‘Rabiatul Adawiyah’ tu. Mengenangkan kembali sejarah silam
saya.Untuk abang yang lain pun peramah even saya macam nak tak nak je cakap
sebab tak tahu nak cakap apa.
Untuk disini sahaja dulu coretan kasih buat
sahabat-sahabat di Kolej Ibu Zain serta felo dan yang lain. Meski setiap
pertemuan yang baru menjalinkan sebuah ikatan persahabatan yang baru namun yang LAMA masih dalam KENANGAN dan INGATAN.
Moga setiap masa kita bersama mendapat reda dan keberkatan Allah s.w.t.
SAMPAI
KITA BERJUMPA LAGI !!!
Jangan lupa like PAGE
and Cer singgah di my blog at
Nota Kaki MEP:
Selamat maju jaya kepada Rauf yang jauh di perantauan. Semoga terus sukses dan jangan lupa kami di sini! :)
No comments:
Post a Comment