Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera,
Terima
kasih kerana member peluang kepada saya untuk menulis dalam ruangan ini.
Mungkin ini adalah satu perkongsian pengalaman ‘Sharing Moment’. Alhamdulillah saya sangat bersyukur sepanjang
berada di bumi ilmu ini UKM, saya diberi peluang untuk mengembangkan bakat dan
kecenderungan saya, melatih saya menjadi pemimpin yang kental, melatih saya
menjadi pendebat yang petah dan menjadikan saya seorang pemantun yang cerdas
akal untuk menghasilkan pantun dan membeli pantun. Satu minat yang saya tidak
boleh nafikan atau tolak ketepi.
Saya
menjejakan kaki di bumi KIZ, UKM tanggal 1 Julai 2005, sesi pengajian
2005/2006. Mendaftar sebagai pelajar tahun satu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
(FEP) dalam jurusan Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian. Pertama kali
masuk universiti saya dimomokkan dengan pelbagai cerita oleh senior-senior dan
jiran-jiran yang pernah masuk universiti lebih awal dari saya. Paling
menggerunkan adalah MINGGU ORIENTASI! Kata mereka orientasi di universiti tak
sama dengan orientasi sekolah. Kalau sekolah pun aku dah kena teruk, kat U ni
plak macamana gaknya??... tak tidur malam dibuatnya.
Masa
saya tahun 1 orientasi UKM disebut sebagai 3M (Minggu Mesra Mahasiswa) kemudian
ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar (MMP) dan pernah juga menjadi Bulan Mesra
Pelajar (BMP), dan kini kembali kepada MMM. Tidak kiralah bagaimana namanya
namun aktivitinya tetap sama. Sebagai pelajar KIZ, KIZ dan tangga tidak boleh
dipisahkan. Lebih-lebih lagi saya yang gemuk ini, azabnya tuhan sahaja yang
tahu. Namun, 3 tahun berlalu dan saya ke kelas dengan naik dan turun tangga
sehinggalah saya konvo pada 2008, tapi hairan berat badan tak pernah turun…
hahaha… dalam gemuk-gemuk comel itu saya mencari kelebihan saya sendiri. Saya
tidak mahu digelar budak gemuk yang tiada apa-apa. Makanya pada sesi 2005/2006
itu untuk pertama kalinya dalam sejarah KIZ saya dan kawan-kawan pendebat
menjulang piala pusingan DEBAT PIALA NAIB CANSELOR KATEGORI BAHASA MELAYU DAN
BAHASA INGGERIS. Kami JOHAN DEBAT BM dan BI. Itulah pentingnya pencarian bakat
dalam diri sendiri. Pada tahun itu juga saya dan kawan-kawan pemantun menjulang
JOHAN PESTA PANTUN UKM untuk tahun ke dua berturut-turut.
Bercerita
tentang PEMUDAHCARA pula. Ada pelabagai ragam PC, masa saya tahun 1 PC saya
sangatlah ramai. Ada yang mesra, ada yang sombong, ada yang garang dan ada yang
buat-buat garang. Seperti biasa, mana-mana yang sombong tu memang mengundang
carutan lah dalam hati. Yang garang pula juga dpat carutan yang sama… hahaha…
didenda, dimarah dan seumpamanya sudah lazim untuk kami. Pada masa itu. Bila
saya menjadi PC pula pada sesi 2006/2007 saya dan kawan-kawan berfikir corak
macamana pula yang akan kami bawa?? Makanya kami menganalisis segala perkara
yang kami tidak suka pada masa kami MMM utk tidak berulang pada sesi kami
sebagai PC. Namun Senior dan Junior memang seakan tak boleh bertemu, tetap ada
pertelingkahan. Sepanjang di UKM 3 tahun saya menjadi PC. Kenapa sampai 3
tahun? Sebab saya seronok. Seronok berpenat lelah, seronok melihat keserasian
dan kerjasama antara PC. Angkat khemah sama2, angkat motor yang diparking salah
sama-sama, tidur di surau dan lobi beramai-ramai.
2008
bila saya dilantik menjadi felo KIZ saya masih bersama-sama dengan team PC
untuk merangka aktiviti sepanjang minggu orientasi. Setiap kali saya hadir
meeting setiap kali itu saya akan dengan apa yang Ketua Eksekutif harapkan
daripada MMM/MMP kendalian mereka. Ada yang mengambil inisiatif bertegas supaya
junior ikut kata. Ada juga yang pilih untuk berlembut supaya junior suka nanti.
Bagi saya kedua-duanya ada pro dan kontra. Garang sangat pun tak boleh, baik
sangat pun susah pula nanti. Bertindaklah mengikut kesesuaian. Dalam tempoh 8
ke 9 tahun ini, saya melihat pelbagai ragam dan karenah. Seakan boleh dibina
bentuk trend pemikiran PC dan junior. Saya pernah melihat satu pagi sewaktu MMM
saya bangun agak lewat kerana melatih peserta debat, sewaktu saya turun saya
lihat seorang rakan PC menghentakan kerusi plastik ke tiang khemah kerana
marahkan junior yang tidak hormat PC. Saya juga lihat bagaiman PC yang kecil
hati kerana junior tidak mengucapkan terima kasih ketika ambil makanan. Saya
juga melihat K.E yang mahu letak jawatan ketika MMM sedang berlangsung.
Macam-macam lagi. Tapi semua itu menjadi pengalaman saya untuk saya kongsikan
dengan adik-adik selepas ini.
Trend
junior juga menjadi sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Ada yang sangat
aktif, ada yang sangat pasif, sehinggakan mahu tepuk tangan pun kena suruh.
Namun, saya faham awal2 orientasi mereka masih homesick, masih rindu mak dan
ayah dirumah. Masih rindu buah hati yang ditinggalkan dikampung. Tetapi lama
kelamaan semua itu akan berubah secara semulajadi. Saya bangga berada di KIZ,
KIZ banyak mengajar saya tentang hidup, kemahiran insaniah, kepimpinan dan
berorganisasi. Dari seorang budak junior yang gemuk kini saya berdiri sebagai
seorang felo yang gemuk juga… perubahannya hanya junior kepada felo… hahaha…
kegarangan senior-senior saya dahulu mendidik saya berdisiplin… dan kelembutan
mereka mendidik saya juga menjadikan saya seorang yang sabar dan penyayang.
Sayangi
KIZ dan jangan khianatinya… ini tempat tinggal kita…
Nor Adlyizan Bin Theis
Felo Penghuni K18D
2005 - Kini
Hbat abg Iejan ni
ReplyDeletesama macam awak
Delete