Minggu
Orientasi.. singkatan untuk minggu pengenalan bagi seorang
pelajar. Pelbagai nama lain turut digunakan dan di sini, lahirnya suatu nama.
Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).
6 hari aku
dan rakan-rakan melalui MMM yang
kami sifatkan sebagai suatu minggu yang sangat berlainan dan ‘istimewa’. Tiada
istilah ‘ragging’, bosan mahupun paksaan. Dari segi pengisian sehinggalah ke
hal kebajikan, semuanya terjaga. Dek kerana adanya barisan Pemudah Cara (PC)
yang bolehlah dikatakan sebagai ‘guardian of the sisters and brothers’, hehe.
Kita bermula
dengan Kak
Nur Fatin Bt Mohamad Farid, ‘my savior’, haha. Hari terakhir MMM, aku dan romate tersasar
terbangun lambat, 7.30 pagi. Perasaan waktu tu hanya Dia yang tahu.
Membayangkan KE yang agak tegas,
semuanya jadi tak tentu arah. Namun aku memberanikan diri untuk menelefon Kak
Fatin dan perasaan ‘cuak’ tersebut terus bertukar. Tiada ungkapan marah hanya
mahu kami turun sahaja. Aku melihat dia seorang yang sangat ‘cool’. Terima
kasih Kak Fatin!! Hehe.
Yang kedua Abg
Ahmad Nur Amsyar B Zainal, seorang
yang sentiasa mengingatkan kami perihal solat. Boleh kami sifatkan sebagai
‘abang’, mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya. Abg
Mohamad Shahrul Fizree B Idris
pula
bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab mengenai aktiviti kebudayaan dan
persembahan. Manis orangnya dan sepanjang MMM, tidak pernah kami melihat dia
marah. Seterusnya, Abg
Mohd Azrulshafik B Basri. Jarang melihatnya memegang mikrofon namun
jeritan semangatnyalah yang mengetuai kami di Dectar. Abg
Devakumar A/L Roopa Das, Eksekutif
Kebajikan yang sangat mengambil berat. Hampir setiap masa bertanyakan keadaan
kami dan dia jugalah PC yang banyak
membantu kami dalam urusan pendaftaran ‘Citra’. Terima kasih semuanya!
Beralih
kepada Kak
Iman Nadhirah Syahirah Bt Sharin Selvan, orang yang
sentiasa menjaga ‘perut’ kami, haha. Dialah insan yang memastikan makan minum
kami terjaga. 6 kali sehari kot makan, sampai tahap dah tak lalu nak makan. Haha.
Kak
Nur Syuhaidah Bt Nor Azni, PC
yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan disiplin kami sentiasa dalam keadaan
yang baik dan meyakinkan, hehe. Namun sukar untuk melihat dia bertegas dengan
kami, cukup dengan teguran matang yang membuatkan kami faham maksudnya. PC seterusnya, Kak
Noor Farhana Bt Basiron. Dia jarang bersama kami namun telatahnya yang
riang sangat menghiburkan, terutamanya semasa dia sibuk mahu bergambar dengan
kami semua kerana tidak dapat turut serta dalam majlis makan malam. Beralih
pula kepada Kak
Ain Nahuzeera A/P Khee King Huat. Peneman setia kami mendaki bukit yang juga
merupakan jiran sebelah bilikku. Sentiasa tersenyum dan sifat itulah juga yang
membuatkan kami sangat selesa dengannya. Seterusnya, Kak
Siti Munirah Bt Mohmad Yusop. Tidak banyak bercakap, namun sering membantu
kami. Lembut orangnya, pandai menari pulak tu. Hehe. Kita beralih pula kepada
PC yang memiliki ramai peminat, Kak
Bathrisyia Fatini Bt Sedik. Seraut
wajah manisnya sudah cukup untuk menarik perhatian sesiapa yang memandang. Hehe
Orang kedua
paling penting dalam Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Kak
Noor Suzila Bt Yatim. PC yang berasal dari Sabah ini sememangnya
sangat disenangi kerana keperibadiannya yang sering membantu kami. Dia juga
kadangkala ibarat penyelamat ketika kami ditegur oleh KE. Haha. Ketua aerobik serta
orang yang selalu memberikan panduan dan info untuk kami. Satu-satunya dari
FSSK.
Dan yang terakhir sudah tentulah Ketua Eksekutif kami, Kak
Dayang Roziekah Bt Ussin. Pemegang
mikrofon tetap yang juga penggerak utama MMM kami. Dia seorang yang tegas namun
boleh dibawa berunding. Hehe. Aku tak berapa ingat namun kalau tak silap,
dialah antara orang terawal yang menyambutku di Ibu Zain. Orangnya kecil namun
memiliki bakat dan kredibiliti yang sangat besar. Tahniah kerana telah berjaya
membuktikan betapa eksklusifnya MEP di mata kami.
Tidak
dilupakan kepada Abg Hazim, Abg Udin, Abg Mustaqim, Abg Arnold dan Kak Adilah.
Mereka sangat membantu kami dalam pelbagai urusan. Sekalung penghargaan juga
ditujukan buat kakak dan abang BSMM, Kak Anita, Kak Atikah Amirah, Kak Shaameswary
dan Abg Ng Jie Suang. Tanpa diaorang, tak mungkin kami dapat menjalani MMM
dalam keadaan yang baik. Terima kasih!!
‘Hai semua,
kami tengok je’. Haha. Perang Dectar yang telah berjaya memperlihatkan betapa
matangnya mahasiswa Kolej Ibu Zain. Kami tidak menolak, hanya kurang berminat
untuk turut serta. Cukuplah sekadar menjadi pemerhati yang lebih banyak
manfaatnya dari bertindak sebagai pemain. Namun tidak dapat dinafikan,
kemeriahan Perang Dectar sebagai tradisi UKM membawa pengalaman baru buat kami.
Hanya berbekalkan bantal dan selimut, sudah cukup untuk menghadirkan ‘silent
psychology’ kepada kolej –kolej lain. Syabas KIZ!!
Masih di
dalam Dectar, aku ingin kongsikan mengenai perjalanan pulang kami ke kolej.
Setinggi penghargaan kepada barisan PC yang bertungkus lumus menjaga keselamatan
kami terutama di saat kaki mahu melangkah keluar dari Dectar. Jelas kelihatan
betapa risaunya PC terhadap keselamatan kami memandangkan kolej-kolej lain
sudah bersedia untuk menggamatkan Dectar. Terima kasih PC semua!
Aktiviti
sepanjang di Dectar boleh disifatkan menghiburkan namun belum cukup untuk
menghalang kelopak mata kami dari tertutup. haha. Di saat barisan PC kolej lain
dengan tegas mahukan pelajar menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku di
atas pentas, dengan selamba kami dibolehkan untuk tidur. haha. Terserlah sisi memahami
PC KIZ pada ketika itu. Terima kasih!!
Pengisian di
fakulti bolehla diibaratkan agak samar. Kami tidak diberikan penjelasan yang
terperinci mengenai Program Citra. Masing-masing pulang dengan seribu
persoalan. Dan di sini, sekali lagi kami harus berterima kasih kepada PC yang berusaha
untuk membantu.
Pengisian MMM
sangat jelas banyak memberi kepentingan kepada kami, mahasiswa baru UKM.
Penyaluran maklumat yang lebih bersifat santai dan terbuka memudahkan kami
mengemukakan idea mahupun pertanyaan. Matlamat untuk melengkapkan kami sebagai
seorang mahasiswa yang mampu mengeluarkan ‘red umbrella’ sangat terang dan
jelas. Semuanya dijelmakan melalui perjalanan aktiviti yang ringkas dan
berkesan.
Makan Malam Kolej!! Kami diberikan peluang untuk menguruskan majlis. Alhamdulillah
segalanya berjalan dengan baik hasil pertolongan dan bimbingan barisan PC.
Majlis penutupan MMM yang menyimpan seribu satu pengertian dan pengalaman
kepada kami. Kami datang dengan senyuman, namun pulang dengan perasaan yang
sangat sukar. Mahu saja meminta agar malam itu dipanjangkan agar kami dapat
terus bersama-sama PC. Namun itulah malam terakhir kami mendengar nasihat,
teguran dan bimbingan secara dekat. Selepas itu, kami harus membawa haluan
sendiri berbekalkan apa yang telah kami perolehi sepanjang MMM berlangsung.
Sesi
bersalaman dengan barisan PC yang telah bertungkus lumus, penat dan lelah
berusaha sepanjang MMM berlangsung cukup untuk menghadirkan perasaan sedih
dalam diri kami. Tiada ungkapan lain yang mampu kami luahkan hanya penghargaan
jutaan terima kasih. Berakhirnya makan malam, ramai pelajar mengambil
kesempatan untuk merakamkan potret bersama barisan PC. Aku tidak terkecuali.
Gambar yang diambil akan menzahirkan seribu kenangan kepada kami. Saat itu, aku
dapat melihat hilangnya jurang antara kami pelajar baru dengan PC. Kami berasa
sangat dekat dengan mereka. Wujudnya ikatan mesra yang telah dibina selama 6
hari dan itulah sebenarnya kekuatan sebenar kami warga kolej Ibu Zain
berbanding berada di kolej lain. Agak sukar untuk aku melihat kemesraan sebegitu
terjadi di tempat lain.
Aku melihat
jurang yang sangat jauh seperti ada tembok tinggi yang menghalang perhubungan
tersebut. Pelajar dijerit, dimarahi semata-mata mahu memastikan kemenangan
berpihak kepada kolej. Di KIZ, semua itu tidak terjadi. Perasaan menghormati
sesama kami wujud atas nama saling mengambil berat bukan kerana takut dimarahi.
Dan di sinilah, kami melihat KIZ sebagai pemenang yang sebenar. Tidak perlu menjerit,
cukup dengan mempamerkan peribadi seorang mahasiswa. Kami sangat berbangga
menjadi sebahagian dari keluarga Kolej Ibu Zain. Tahniah KIZ!!
Jiha Hakimi
Pelajar Tahun 1
Kolej Ibu Zain
So nak MMM lg sekali tak? Hehe
ReplyDeletejom lah MMM lagi haha
Delete