Full Name : Wilfred Mok Kok Hoe
Gender : Male
Race : Chinese
College Address : D1F2
Kolej Tun Syed Nasir
Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Contact details : 016 - 3244505
Course
: Bachelor of Science with Honours (Environmental Science)
Master of Health Science (Health Education)
Doctor of Philosophy (Nutrition)
ACTIVITIES/CO-CURRICULUM
· Head of Fellow at Residential College of Tun Syed Nasir
·
Student Representative Council UKM 2010/2011, 2011/2012 PMUKM
· Assistant Treasurer
of Chinese Community
Council,
CCC UKM
· Deputy President of Karnival Sukan Persatuan Mahasiswa
UKM 2011
· Panel of Forum “Penghayatan terhadap
Lagu Varsiti Kita” PMUKM
· Champion of English
Debate in Ibu Zain International Student House
· Director of General Student Affair
in Projek Kelas Mandarin
· Director of Marketing, Environmental Awareness Program
with University Sabah
Malaysia and the Local Communities in Lohan, Ranau, Sabah 2012
· President of Pesta Ang Pow Ibu Zain International Student House, KIZ
· Director of Marketing
in Karnival Premier
Silang Budaya, KIZ
· Director of Protocol in Majlis Penyerahan Bendera,
KIZ
· Secretariat of Protocol in Karnival Alam Sekitar Lestar, KIZi 2009
· Secretariat of Protocol in Majlis Penghayatan Ramadhan, KIZ 2009
· Secretariat of Protocol in Majlis Anugerah
Tahunan Kolej, KIZ 2009
· Secretariat of Marketing in 30th Pesta Tanglung
UKM
· Secretariat of Inovation in 31th Pesta Tanglung
UKM
· Secretariat of Souvenir in 17th Pesta Ang Pow UKM
· Secretariat of Publicity in 18th Pesta Ang Pow UKM
· Secretariat of Technical in 37th Pesta Konvokesyen UKM
SPECIAL SKILLS
· Proficient in Microsoft
Word, Excel and PowerPoint
Fluent in written and spoken English, Bahasa Malaysia, Mandarin, and
Cantonese.
· Reading, socializing and joining indoor and outdoor
activities.
29 Jun 2009, satu tarikh yang cukup istimewa dan bermakna dalam kehidupan saya. Saya memegang surat tawaran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sambil menuju ke Kolej Ibu Zain (G) untuk pendaftaran. Pada saat ketika itu penuh dengan perasaan yang sedih kerana akan berpisah buat sementara waktu dengan keluarga tetapi pada masa yang sama hati berasa seronok kerana helaian hidup baru di UKM bakal bermula.
“Kolej
Antarabangsa Ibu Zain”. Akhirnya selamat sampai walaupun berkali-kali pusing di
dalam kampus yang besar dan sesat. Sungguh cantik, aman dan damai suasana di
kolej tersebut. Setelah selesai sesi pendaftaran, abang-abang dan kakak-kakak
Pemudahcara (PC) terus menyambut dan menerangkan tentatif pada hari tersebut.
Sebelum ibu bapa pulang ke kampung, pesanan mereka kepada saya agar belajar
bersungguh-sungguh dan menikmati kehidupan di universiti. Saya amat bersyukur
dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk melanjutkan mahasiswaan ke
menara gading dan digelar sebagai mahasiswa.
Minggu
Mesra Pelajar (MMP) merupakan satu aktiviti khas dan wajib kepada semua mahasiswa
baru pada setiap sesi kemasukan. MMP juga merekodkan kenangan yang tidak dapat
dilupai sepanjang hidup ini kerana semua kenalan kawan, senior, coursemate, Pemudahcara, Majlis Eksekutif Mahasiswa (MEP),
Felo, Timbalan Pengetua, Pengetua serta Pengurusan Kolej dan Universiti bermula
di situ.
Selepas
tamat seminggu MMP, maka secara rasminya bermula kuliah di fakulti. Saya
mendapat program Sains Kitaran, Fakulti Sains dan Teknologi yang terletak agak
jauh dari kolej. Bersyukur kerana saya mempunyai 3 orang lagi sahabat yang
mendapat program yang sama di KIZ yang dapat teman pergi ke kuliah
bersama-sama. Program saya mempunyai mahasiswa yang agak ramai, iaitu sebanyak
74 orang jika berbanding dengan program lain. Walaupun semua berasal dari
negeri yang berlainan tetapi kita mampu berkenalan antara satu sama lain dalam
masa yang singkat.
Aktiviti
dan akademik di UKM berpisah tiada. Walaupun tujuan utama belajar di UKM adalah
untuk mendapat segulung ijazah, namun kemahiran insaniah perlu dilengkapi
sepanjang masa menuntut ilmu di UKM untuk menjadi graduan yang beraspirasi
nasional dan berkompeten. Jika lihat kepada program yang dianjurkan di UKM sama
ada di kolej mahupun di fakulti, adakah semua program dapat mencapai objektif
dan memberi impak kepada masyarakat, atau cuma sekadar menganjurkan program
untuk mendapatkan merit?
Jika
dibandingkan dengan aktiviti yang berada di universiti lain, kita tidak
terkejut dengan nama UKM terkenal dengan bilangan aktiviti dan program antara
yang terbanyak di Malaysia. Hampir setiap minggu di kolej, pusat mahupun
fakulti mempunyai aktiviti masing-masing. Saya kira tidak ada masalah banyak
program dianjurkan untuk meraikan kepelbagaian jenis nic aktiviti. Namun
begitu, sudah tibalah masa kita mengkaji kesesuaian dan impak aktiviti dengan
mengambil kira aspek program yang diulangi dengan pengisian yang sama pada setiap tahun.
Memandangkan
UKM mempunyai mahasiswa dari pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan,
sains kesihatan, pergigian, farmasi, undang-undang, sains sosial, sains dan
teknologi, pendidikan, pengajian islam, ekonomi dan pengurusan, sains teknologi
dan maklumat dan sebagainya, kenapa tiada integrasi antara satu sama lain dalam
menganjurkan sebuah aktiviti yang melibatkan persilangan bidang kepakaran
masing-masing? Integrasi sebegini perlu diadakan bagi mahasiswa memperluaskan
pemikiran dan bukan sahaja mengehadkan diri dalam bidang sendiri.
Sejak
UKM diberi status Universiti Penyelidikan, penjanaan kewangan perlu dilakukan
di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ). Penganjur program harus berusaha mencari
dana dan pemasaran bagi program masing-masing. Jika dilihat dari persepektif
yang membina, para mahasiswa perlu merancang strategi yang sesuai untuk
medapatkan sumbangan dana daripada pihak luar seperti NGO, syaraikat-syarikat
swasta dan lain-lain. Bukan sahaja itu, mahasiswa turut dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berunding dengan pihak penaja dan
sebaginya apabila mencari dana dan pemasaran program.
Selari
dengan paksi peredaran zaman yang penuh dengan graduan universiti, mahasiswa
universiti sebagai bakal graduan UKM harus melengkapkan diri ilmu pengetahuan
yang tinggi dan kemahiran insaniah yang kukuh untuk bersaing dengan graduan
lain. Realiti majikan di pasaran
sekarang sungguh jelas bahawa seseorang graduan yang mempunyai keputusan
akademik yang sangat cemerlang tetapi tidak mampu menonjolkan diri sendiri
sudah pasti tidak akan diterima oleh majikan. Keseimbangan antara kecemerlangan
akademik dan kemahiran insaniah perlu ada pada seseorang mahasiswa sebelum
menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen.
Apakah
kaedah yang paling cepat dan mudah untuk melengkapkan diri dengan kemahiran
insaniah dan pada masa yang sama mencapai keputusan yang cemerlang? Jawapan
saya cukup mudah. Tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu. Secara umumnya,
disiplin diri dan pengurusan masa merupakan kata kunci kejayaan seseorang.
Meskipun semua mahasiswa mempunyai komitmen masing-masing dalam akademik, namun
mustahil tiada masa untuk melibatkan diri dalam program anjuran kolej, pusat
mahunpun fakulti. Sesungguhnya seseorang yang bijak mengurus diri dan mengurus
masa dapat mengecapi kejayaan yang kita tidak dapat jangkakan.
Akhir
kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi coretan kata. Terima kasih
juga kepada ayahanda, En. Anuar Ahmad, barisan MEP sesi 2009/2010 yang diketuai
oleh Ketua Eksekutif Abang Mohd Shah Mokhtar serta Barisan Felo. Bersyukur
kerana selepas tamat ijazah sarjanamuda di UKM, saya berpeluang melanjutkan
pelajaran di UKM Kampus Kuala Lumpur dan bertugas sebagai Felo Kolej Tun Syed
Nasir untuk terus berbakti, membimbing mahasiswa dan berkongsi pengalaman dalam
pelbagai aspek. Semoga semua terus sukses dan diberkati!
Wilfred Mok
Alumni KIZ 2011/2012
“It isn’t always easy to rise above what has happened to you
and pursue your dreams. It takes great determination, not to mention a sense of
purpose, hope, faith, and the beliefs that you have many talents and skills to
share. However, if you choose the right attitude and gain proper perspective,
you can rise above whatever challenge you
face!”
-
Nick Vujicic-
No comments:
Post a Comment