Oleh : Saudari Siti Khairunisa Bt Zainal
Mantan Eksekutif Keusahawanan MEP 2013/2014
Assalamualaikum w.b.t dan salam
sejahtera.
Pertama
sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan MEP 2014/2015
terutamanya saudari Iman Nadhirah kerana memberi peluang untuk saya berkongsi
pengalaman di laman blog ini. Baiklah, saya mulakan penulisan saya dengan
memperkenalkan diri saya. Nama diberi Siti Khairunisa bt Zainal, pelajar tahun
3 dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Struktur. Saya merupakan mantan Eksekutif
Keusahawanan, MEP KIZ 2013/2014.
Saya diminta
untuk berkongsi pengalaman sebagai MEP Keusahawanan oleh saudari Iman.
Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak berkongsi pengalaman ini
tetapi saya akan cuba berkongsi serba sedikit pengalaman saya sebagai mantan
MEP Keusahawanan.
Sebelum itu,
saya ingin berkongsi sedikit penglibatan saya dalam bidang keusahawanan. Saya
sebenarnya mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang keusahawanan sejak kecil
lagi. Saya mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ketika di sekolah
rendah, dan diteruskan di sekolah menengah dan Matrikulasi. Pada peringkat
awal, saya berniaga hanyalah untuk mengumpul wang tambahan dan hanya sekadar
‘suka-suka’. Namun, semakin lama saya di dalam bidang ini, saya merasakan
sesuatu kepuasan yang sukar digambar walaupun hakikat untuk melaksanakannya
amatlah sukar dan perlu menghadapi pelbagai risiko termasuklah kerugian.
Ketika di UKM,
saya lebih gemar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di kolej berbanding di
fakulti. Kebanyakkan program-program yang saya sertai berunsurkan keusahawanan
tanpa saya sedari. Saya pada mulanya
menjadi ahli dalam Kelab Siswaniaga yang di mana kami menjalankan perniagaan
berkonsepkan warung yang dikenali sebagai “IZISH
Corner”. Saya juga merupakan AJK Program Youth
Business Challenge, Ketua Pengarah Karnival Mini Usahawan IZISH (KIZ) dan
sebagainya. Selain aktiviti keusahawanan, saya juga melibatkan diri serba
sedikit dalam bidang protokol.
Barisan
AJK dan Peserta Program Youth Business
Challenge 2012
|
Untuk
mengalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin bukan sesuatu yang mudah. Bagi
saya sendiri, sangat sukar untuk saya melaksanakan amanah ini. Sebelum ini,
saya hanya menyertai program-program yang berbentuk keusahawanan, namun untuk
merancang sebuah program keusahawanan sahaja memerlukan pemikiran yang sangat kritis.
Sepanjang
saya menjalankan amanah sebagai MEP Keusahawanan, tidaklah banyak program yang
mampu saya laksanakan. Antara program keusahawanan yang dijalankan ialah Coffee
and Cakes Corner, Business Mania (program HP/CITRA), dan lain-lain. Setiap
program mempunyai kelebihan dan risiko-risiko yang perlu dihadapi. Namun,
sebenarnya antara tujuan program-program keusahawanan ini diadakan adalah untuk
menanam nilai keusahawanan dalam diri mahasiswa di samping meningkatkan tahap
kenyakinan diri. Saya sendiri akuinya kerana sebelum ini saya amatlah pasif
dalam beberapa perkara. Alhamdulillah, melalui program-program ini, saya dapat
meningkatkan “self-confident” dan “communication skill” saya.
Program Coffee and
Cakes memulakan operasi pada tahun 2013
|
Barisan AJK Program Business Mania |
Melalui
pengalaman saya, ada beberapa perkara yang setiap mahasiswa perlu mengubahnya.
Sememangnya tidak dapat disangkal lagi yang aktiviti keusahawanan memerlukan
pengorbanan yang terlalu besar. Kebanyakkan pelajar tidak mahu melibatkan diri
dalam program-program ini atas alasan sibuk dengan pelajaran. Ya, memang benar
pelajaran itu amat penting, tetapi kita perlu seimbangkannya dengan aktiviti
lain. Inilah keistimewaan keusahawanan dimana pelajar yang menceburkan diri
dalam bidang ini dapat melatih diri mengurus masa dengan baik, di samping dapat
melatih diri untuk berfikir secara optimum apabila berlakunya sesuatu masalah.
Namun, mereka tetap tidak mengabaikan pelajaran yang menjadi “priority” seorang mahasiswa.
Selain itu,
pemikiran pelajar yang menganggap bidang keusahawanan hanyalah untuk pelajar
ekonomi amatlah saya tidak setuju dimana setiap individu perlu diberi peluang
untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Di zaman pemodenan ini, isu
pengangguran amatlah kritikal dan sebagai langkah persediaan, mahasiswa perlu
menyiapkan diri dengan ilmu keusahawanan kerana ianya merupakan permulaan
langkah kita untuk lebih maju ke hadapan berbanding orang lain.
Saya sendiri pernah
beberapa kali ditegur oleh sesetengah individu yang mempertikaikan jawatan dan
kemampuan saya sebagai MEP Keusahawanan hanya kerana saya merupakan pelajar
fakulti Kejuruteraan. Saya mengambil kata-kata mereka sebagai pembakar semangat
untuk saya meneruskan perjuangan ini dan saya ingin buktikan kepada mereka
bahawa keusahawanan bukan tertumpu kepada pelajar ekonomi sahaja tetapi pelajar
dalam bidang lain juga turut mampu lakukannya. Alhamdulillah, akhirnya saya
dapat melaksanakan amanah ini walaupun ada banyak kelemahan saya di situ.
Akhirnya, saya
mengucapkan selamat berjaya kepada setiap individu yang sudah menceburkan diri
dalam bidang keusahawanan ini. Sesuatu perniagaan sememangnya sukar untuk
mendapatkan keuntungan pada peringkat awal, namun jika anda berusaha secara
berterusan, Insyaallah anda akan berjaya kelak. Mahasiswa yang lain juga hendaklah
menghindarkan diri daripada pemikiran pasif tentang bidang keusahawanan ini dan
berjinak-jinaklah untuk melibatkan diri dalam bidang ini.
Saya juga
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada En
Anuar, En Nik, barisan pentadbiran, barisan felo terutamanya kepada Abang
Shaqiq (Felo Keusahawanan), barisan mantan MEP 2013/2014 dan rakan-rakan yang
lain kerana telah banyak membantu saya dalam melaksanakan amanah sebagai MEP
Keusahawanan. Jasa anda semua amat saya hargai. Kepada Saudari Iman Nadhirah
dan barisan MEP 2014/2015, semoga berjaya dalam melaksanakan tugas anda semua.
Barisan MEP 2013/2014 bersama En Anuar, En Nik dan barisan felo KIZ |
No comments:
Post a Comment