PENULISAN HAM IV SIRI 5
Ekonomi Masyarakat Pulau Mabul
Pada 4 Mac sehingga 6 Mac 2014 saya
Muhamad Mustaqim B. Abdul Latiff bersama rakan saya Siti Nur Adilah Bt Ishak
merupakan ahli Program Hak Asasi Manusia 3 (Shrek Projek) telah menjejakkan
kaki buat pertama kalinya dibumi Sabah iaitu di sebuah pulau yang sangat cantik
dikenali sebagai Pulau Mabul.
Tugasan yang diberikan untuk saya dan
rakan saya semasa berada di Pulau Mabul ialah berkenaan dengan faktor ekonomi
penduduk tetap di Pulau Mabul. Berdasarkan sesi temubual bersama-sama lebih
kurang 6 orang responden iaitu penduduk tetap di pulau tesebut,apa yang dapat
kami rumuskan adalah ekonomi mereka
tidak menentu kerana bergantung kepada sumber yang mereka miliki.Terdapat juga
sesetengah penduduk yang bekerja tetap di “resort”.
Ekonomi utama yang dijalankan oleh
penduduk pulau tersebut ialah perniagaan. Ramai penduduk membuka kedai runcit
yang dijadikan sebagai sumber pendapatan utama mereka. Rata-rata penduduk yang
membuka kedai runcit akan memperbaharui dan menambahkan stok barangan mereka
sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh sebulan yang diperolehi daripada
kedai-kedai di Semporna, Sabah.
Barang-barang yang dijual ialah keperluan
asas seperti beras, minyak, sabun dan lain-lain lagi. Kebanyakan kedai
runcit diurus oleh anak-anak pemilik
kedai tersebut. Selain itu, terdapatsegelintir kanak-kanak yang berniaga secara
kecil-kecilan seperti buah-buahan,air minuman dan lain-lain lagi.
Di samping itu, terdapat juga penduduk
yang menjana pendapatan dengan membuat bot,membaiki bot dan menjadi nelayan.
Sebilangan kecil penduduk kampung di
Pulau Mabul bekerja sebagai pekebun,pengendali untuk aktiviti “snorkeling” dan
“scuba diving” di resort dan pusat peranginan di sana. Berdasarkan perkongsian
pekerja tersebut mengenai pendapatan bulanan mereka, rata-rata mereka dibayar
antara RM350 sehingga RM850. Gaji pekerja dibayar mengikut jangka masa mereka
bekerja. Sebagai contoh pekerja yang bekerja selama 3 tahun akan mendapat
bayaran yang lebih tinggi daripada pekerja yang baru bekerja selama setahun.
Khazanah lautan seperti kulit
kerang,coral,mutiara tiram, kulit siput dan sebagainya turut dijadikan sebagai
sumber mencari pendapatan oleh sesetengah penduduk mabul. Mereka membersihkan
kesemua khazanah tersebut sebelum dipasarkan sebagai cenderamata. Bagi
cenderamata seperti kulit kerang,kulit siput dijual pada harga antara RM5
sehingga RM35. Untuk coral dan mutiara tiram, harga yang selalu ditawarkan
adalah di antara RM35 sehingga RM 300 mengikut saiz dan keaslian cenderamata
tersebut.
Selama 3 hari 2
malam di Pulau Mabul,ini adalah antara pengalaman peribadi serta maklumat yang
telah diperolehi.Setiap daripada penduduk mabul sentiasa berusaha keras untuk
memajukan kehidupan mereka yang serba kekurangan.Pelbagai jenis pekerjaan telah
dilakukan bagi menjana ekonomi masing-masing supaya dapat mengubah kehidupan
kearah yang lebih baik.