Oleh: Mohammad Nasiruddin Mohd Tahir
Tahun 1 KIZ
Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran
kepada Allah SWT diatas rahmat dan hidayahnya
aku masih berpeluang meneruskan
sisa-sisa umur yang berbaki untuk terus beribadah kepadaNYA.Seterusnya, selawat
dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW diatas perjuangan
baginda,kita masih merasai nikmat IMAN dan ISLAM.ALHAMDULILLAH.
Sebelum aku
meneruskan kalam aku. Terima kasih aku ucapkan kepada barisan MEP KIZ yang meminta pada aku agar mencoretkan sebuah artikel untuk berkongsi rasa dan cerita untuk
seluruh warga KIZ.cc to Kak Dayang..hehe..kerap kali kak dayang mesej aku di FB bila nk tulis artikel utk perkongsian bersama rakan-rakan?..akhirnya aku sambut dan menerima utk menulis
artikel ini agar dapat dikongsi bersama.. Semoga ianya bermanfaat tuk
semua..Insyaallah..
Nama aku Mohammad Nasiruddin bin Mohd Tahir...aku berumur …….(secret).aku berasal dari Johor. Tinggal di Kuala lumpur dan sekarang hanya menghitung hari berada
di KL sebelum pulang semula ke negeri asal aku di Johor Bahru coz ayah aku
bersara. Aku mendapat pendidikan Awal di SKSHAS, SMKBB(hanya 5 bulan), SMA di
negeri JOHOR. Selepas menerima keputusan SPM yang merupakan sejarah paling
bermakna bg aku(nnti aku coretkan akan dtg), aku menerima dua tawaran untuk
menyambung pengajian aku iaitu UIAM dan DARUL QURAN, JAKIM. Ketika itu, aku confused untuk memilih yg mana satu institusi pengajian yang ingin aku
teruskan..Akhirnya,kata hati aku member
isyarat bahawa DARUL QURAN tempat
yang terbaik bg
aku.
Pernah dengar DARUL QURAN? DQ merupakan sebuah institusi
pengajian tahfiz yang dikendalikan KERAJAAN MALAYSIA melalui JAKIM. Sebuah
Institusi yang melahirkan seorang hafizul quran, duat untuk umat..Alhamdulillah,aku
berjaya menamatkan pengajian 3 tahun walaupun berbagai-bagai mehnah dan ujian
yang aku dan rakan2 hadapi. .Allah saja yang tahu. Kini, aku terus melangkah maju
meneruskan pengajian aku di bumi pembukitan ilmu,UKM.. Semua ini telah diaturkan oleh Tuhan
Baiklah,
tajuk aku tentang “beli buku suatu kegilaan bagiku”.Dulu aku adalah seorang yg
paling malas membaca apatah lagi jika nk beli buku. Kalau membaca sekalipun, aku hanya menatap gambaran muka hadapan
surat khabar, majalah ujang tanpa melihat isi dan isu yang terkandung didalamnya..Itulah
aku..TP itu DULU, SEKARANG lain pula…sikap aku yang malas membaca mula berubah
ketika aku berada di DQ..Di DQ,aku punya senior dan merupakan NAQIB aku. Dia
memang seorang yg tip top berkaitan segala perkara yg melibatkan ilmu dan perkara
semasa..Dia ada pesan pada aku "Nasir,bacalah BUKU. Didalamnya terkandung banyak
ilmu..jika enta malas membaca buku sekalipun, cukuplah kalau enta punya “kegilaan”
membeli buku..” fuh!!tersentap aku bila dy pesan kat aku. Namun, aku melihat
pesanan dari sudut pandangan positif maka bermulalah sikap aku .yang ‘gila’
melihat buku..pantang aku tgk buku kat kedai, pasti aku beli walaupun sebuah..
Apa
yg disampaikan oleh Naqib aku,benar mengubah diri aku..ada betul jgk dia pesan sedemikian. Bagi aku, jika ingin melakukan sesuatu perkara yg diluar kebiasaan
kita sgt suka memerlukan masa dan ‘paksaan’ jika kita ingin berubah..Selain
itu,jika aku x mampu nk baca habis sebuah buku sekalipun, cukuplah bagiku untuk
memilikinya sebagai rujukan .Ia begitu penting jika diri disoal mengenai
sesuatu perkara..Sekurang-kurangnya kita punya rujukan untuk dirujuk..Tambahan pula,cara aku mudah, klo nk kemana, aku pasti akan membimbing buku.. klo x mampu
nk baca habis satu bab sekalipun,cukup bagi aku membaca satu halaman coz setiap
satu huruf itu adalah ILMU..
Satu pesanan yang selalu menjadi sumber inspirasi
aku, Pesan Imam Hasan al Banna "Binalah sebuah perpustakan mini didalam
rumahmu” Inilah cita-cita aku untuk mempunyai perpustakaan sendiri Doakan aku
wahai teman2..Buku ini utk aku, dan untuk isteri dan anak-anak aku.. aku
menginginkan sebuah keluarga yg cinta pada ilmu, akhlak, dan bermanfaat utk
ummah..untung sape yg berjaya memikat hati aku..hehehe..gurau je..:)
Konklusi, kata
Imam Al Ghazali, ”Jika kita ingin ikhlas melakukan sesuatu perkara,maka kita
perlu memaksa dan terus memaksa melakukan perkara tersebut.Insyaallah,sifat
ikhlas akan hadir..”. Ini saja coretan dan perkongsian yg boleh aku kongsikan
bersama anda sume..Aku minta maaf jika aku menggunakan bahasa yg tidak formal
sbb bg aku ini cara yg paling sesuai jika ingin berkongsi pengalaman sebuah
kehidupan..Aku bersedia menerima teguran jika aku silap..aku mendoakan kalian
smua berjaya dalam setiap bidang yang dipelajari..ameen..sekian..BERSAMBUNG….
‘KERANA
DIRIKU SEORANG DAIE,PERLUNYA UNTUK AKU CORETKAN”
IKLAN
SAT….SESIAPA YG INGIN MENYERTAI KIZ BOOK HOUSE,BLEH PAKAT DAFTAR YE..KAMI MASIH
MEMBUKA PENYERTAAN AHLI..BYK PROGRAM YG TELAH KAMI RANCANG..NANTIKAN…
Isnin,2.11am
10 Nov 2014.
No comments:
Post a Comment